Bercakap tentang dua nama gergasi dalam sukan terutamanya bola sepak, Liverpool dan Nike berada pada satu titik pertemuan. Antara budaya sukan, gaya dan sejarah yang cukup luar biasa.
Terbaru kolaborasi dua nama besar ini menghasilkan sesuatu yang lebih daripada sekadar sepasang kasut. Liverpool x Nike Air Max 95 ‘Black’ bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-30 model kasut ikonik ini.
Tetapi juga menandakan detik terakhir kolaborasi lima tahun antara kelab bola sepak terkemuka Premier League itu dengan jenama sukan gergasi, Nike.
Dan ya, waktu pelancarannya tidak boleh lebih sempurna daripada sekarang.
Perpisahan Bergaya Antara Dua Gergasi
Sepanjang lima tahun ini, kerjasama antara Liverpool dan Nike telah menyaksikan pelbagai detik manis. Baik dari segi rekaan jersi mahu pun pencapaian Liverpool di atas padang.
Empat trofi berjaya dirangkul, dan musim ini, Liverpool tampak berpotensi besar menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim 2024/25.
Ads
Namun, seperti semua kisah legenda yang hebat , setiap permulaan pasti akan ada pengakhirannya. Musim menyaksikan penutup tirai bagi kolaborasi ini Nike dan Liverpool sebelum Adidas mengambil alih sebagai penaja jersi rasmi mulai Ogos 2025.
Sebagai simbolik kepada perpisahan ini, Nike mempersembahkan sesuatu yang bukan sekadar memorabilia, tetapi juga statement piece yang boleh dibanggakan oleh peminat dan pengikut gaya jalanan.
Estetika Scouse
Apa yang membezakan edisi khas ini? Subtlety. Daripada menonjolkan logo Liverpool secara berlebihan, rekaan kasut ini mengetengahkan pendekatan lebih matang dan versatile.
Kasut ini dihasilkan dengan asas mesh hitam yang sejuk, disulam panel suede yang bergradasi dari arang gelap ke kelabu cerah. Satu palet warna yang mudah disuai padankan untuk gaya harian lelaki moden.
Ads
Sentuhan merah yang melatari lubang tali kasut dan jenama Air Max memberi penghormatan kepada warna ikonik kelab.
Manakala bubble udara besar di bahagian tapak bukan sahaja untuk keselesaan, tetapi menjadi elemen visual yang kuat, simbol ikonik kepada model Air Max 95.
Walaupun rekaannya tampak minimalis, butiran khas Liverpool tetap disematkan. Di bahagian belakang lidah kasut, terpampang burung Liver klasik.
Ads
Ia simbol ikonik kelab dan pada bahagian dalam, tapak kasut dijahit dengan frasa keramat, You’ll Never Walk Alone. Ini bukan sekadar kasut, ini sejarah yang boleh dipakai.
Buat peminat fesyen khususnya peminat Liverpool ksut kolaborasi ini akan dipasarkan dalam masa terdekat. Di United Kingdom ia akan mula dipasarkan bermula esok, 9 April 2025 secara eksklusif melalui laman web rasmi Liverpool pada harga USD160 (RM720).
Kalau anda tanya kami, ini bukan sekadar kasut—ini legacy on your feet.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baju berwarna putih memang agak sukar untuk dijaga namun memandangkan ia menjadi pakaian rutin sewaktu ke pejabat, warnanya memang perlu dijaga.
Bukan apa.. jika kemeja putih yang anda pakai itu kelihatan kusam, pastinya pandangan orang ramai terhadap kita akan jadi ‘macam-macam’.
Sehubungan itu, ini tips yang boleh anda ikuti :
1. Asingkan sewaktu basuh
Kalau anda nak basuh baju, pastikan baju berwarna putih diasingkan daripada baju berwarna lain. Ini kerana warna daripada baju lain boleh membuatkan baju putih jadi kusam.
2. Asing ikut material
Kalau sudah asingkan mengikut warna, anda juga harus tentukan materialnya seperti :
Acetates boleh digabung bersama acrylics
Linen boleh dibasuh bersama kain kapas
Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material
Delicate perlu dicuci tangan
Jangan masukkan ke dalam satu mesin yang sama untuk kesan yang lebih berkesan.
3. Rendam dalam air suam
Periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas. Jika boleh, rendam baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya ‘setting’ terbaik untuk pakaian berwarna putih.
4. Guna lemon atau cuka
Jika anda kurang berminat guna agen pemutih yang ada di pasar raya, boleh gantikannya dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini menjadikan pakaian putih kembali putih.
5. Periksa mesin basuh
Pastikan mesin basuh anda bersih daripada saki baki kotoran yang terhasil daripada mencuci pakaian terdahulu. Saki baki ini mudah melekat pada pakaian putih.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menyaksikan persembahan fesyen dengan barisan peragawan dan peragawati berjalan gaya catwalk di pentas peragaan merupakan satu lumrah industri ini.
Namun satu kelainan telah ditonjolkan oleh AEON Fashion Preview edisi Jun 2023 apabila menyaksikan mereka menempatkan diri dalam Malaysia Book Of Records.
Rekod yang dicatatkan tersebut ialah jumlah model dan personaliti yang berjalan merentasi catwalk sepanjang persembahan fesyen yang berlangsung di IO City Mall Putrajaya pada Sabtu lalu.
Mengulas kejayaan yang dicatatkan tersebut, Ketua Pegawa Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata pihaknya sentiasa utuh memegang keazaman dan komitmen AEON terhadap gerakan fesyen yang lebih inklusif – disertai oleh pelbagai lapisan usia dari pelbagai latar belakang.
“AEON mweraikan setiap individu yang datang dari segenap latar belakang dengan tangan terbuka dan sepenuhnya.
“Kami percata fesyen ialah sesuatu perkara yang boleh digayakan dan dipakai oleh semua golongan dan persembahan fesyen kali ini memainkan peranan besar untuk AFP kali ini.
“Sebagai peruncit ternama yang menyediakan barangan kepada orang kebanyakan dan keperluan pakaian, AEON meraikam kemeriahan kepelbagaian dan membolehkan setiap individu menyerlahkan gaya tersendiri masing-masing.
“Ia juga bertujuan menghidupkan keyakinan serta menggalakan orang ramai untuk lebih berani seperti tanda pagar #ownwhatyouwear, bangga untuk jadi diri sendiri dan menaikkan kuasa keyakinan individu,” tambahnya lagi.
Menerusi edisi AFP Jun 2023 mereka menampilkan beberapa kapsul persembahan fesyen mengikut tema tersendiri mengikut jenama di bawah AEON seperti Puteri, SCAR, M, ti:zed, iC, Agenda, Suave, Guys’ Vision, +Collection, Creme, JKids dan Scarlet inner.
Penggunaan fabrik linen ringan dan berliang yang lain dari kebiasaan, fabrik denim atas denim dan juga kepelbagaian seleksi pakaian sukan menjadi tarikan utama.
Mereka turut menampilkan koleksi khusus buat ibu hamil dalam meraikan keperluan berbeza mereka untuk kegunaan setiap hari selain koleksi pakaian menarik kanak-kanak.
Tidak semua lelaki dilahirkan dengan fizikal tinggi lampai. Namun, tidak bermakna lelaki ‘ petite’ atau kurang tinggi tidak boleh tampil bergaya dan menarik di mata wanita!
Seluar Yang Paling Sesuai Untuk Lelaki ‘Petite’, Cipta Ilusi Lebih Tinggi
Ia sebenarnya bergantung juga kepada bagaimana anda mengenakan pakaian dan memilih fesyen yang sesuai. Terdapat beberapa trik gaya yang boleh anda ikuti dan tidak kurang juga beberapa gaya fesyen harus anda elak untuk nampak lebih menarik dan tinggi.
Terutamanya dalam pemilihan seluar!
Berikut adalah 5 jenis potongan seluar yang paling sesuai untuk jejaka petite:
1. Seluar Slim Fit
slim fit ( foto pinterest)
Seluar slim fit adalah pilihan utama untuk jejaka petite. Potongan yang kemas dan tidak terlalu ketat mampu memberikan bentuk yang lebih panjang pada kaki, menjadikannya nampak lebih tinggi. Selain itu, seluar ini juga membantu memberikan siluet yang lebih rapi, sesuai untuk gaya kasual mahupun formal.
Tip: Pastikan panjang seluar tidak terlalu melepasi bahagian kasut untuk mengelakkan kesan “bunched-up” di pergelangan kaki yang boleh membuatkan anda kelihatan lebih pendek.
2. Seluar High-Waisted
Seluar High-Waisted ( foto Pinterest)
Seluar high-waisted adalah trik terbaik untuk menambah beberapa inci pada ketinggian visual anda. Dengan garis pinggang yang lebih tinggi, seluar jenis ini memberikan ilusi kaki yang lebih panjang. Ia sesuai dipadankan dengan kemeja yang dimasukkan ke dalam seluar untuk penampilan yang lebih rapi dan tersusun.
Tip: Pilih warna gelap seperti hitam atau navy untuk menambahkan kesan slim dan panjang pada penampilan anda.
3. Seluar Cropped
Seluar cropped yang berakhir tepat di atas buku lali adalah pilihan yang sesuai untuk jejaka petite. Panjang seluar ini membantu menonjolkan kaki dan mengelakkan kesan seluar yang terlalu panjang atau meleret, yang boleh memendekkan penampilan. Potongan ini sesuai untuk gaya kasual yang trendy.
Tip: Elakkan potongan cropped yang terlalu lebar, sebaliknya pilih potongan yang slim atau straight untuk penampilan yang lebih kemas.
4. Seluar Tapered
Seluar Tapered
Seluar tapered yang sedikit lebar di bahagian paha tetapi mengecil di bawah lutut adalah pilihan yang bijak. Potongan ini memberikan keseimbangan pada bahagian atas badan sambil mencipta ilusi kaki yang lebih panjang. Seluar jenis ini sesuai untuk dipakai ke pejabat mahupun acara formal.
Tip: Pastikan anda memilih seluar tapered yang tidak terlalu ketat di bahagian kaki untuk memastikan keselesaan sepanjang hari.
5. Seluar Straight Leg
Seluar Straight Leg ( Foto Pinterest)
Seluar straight leg memberikan keseimbangan dan proporsi yang baik untuk jejaka petite. Dengan potongan yang lurus dari pinggang hingga ke pergelangan kaki, ia tidak menambah lebar yang tidak perlu pada tubuh anda. Potongan ini sesuai untuk gaya yang lebih klasik dan formal.
Tip: Pilih fabrik yang lebih ringan dan elakkan seluar yang terlalu tebal, kerana ini boleh menambah volume yang tidak diingini pada badan anda.
MASKULIN : Jangan takut untuk mencuba pelbagai potongan dan sesuaikan dengan gaya peribadi anda. Yang penting, pastikan seluar yang dipilih memberi kesan seimbang dan selesa untuk dipakai sepanjang hari!
Seluar Yang Paling Sesuai Untuk Lelaki ‘Petite’, Cipta Ilusi Lebih Tinggi
Tip Gaya Tambahan: Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan tidak terlalu sarat menggunakan aksesori seperti rantai, kepala tali pinggang yang besar, gelang besar dan juga kasut yang berwarna terlalu terang. Penggunaan aksesorui yang banyak hanya menampakkan anda lebih pendek. Ingat, anda harus simple dan bersahaja untuk berikan ilusi dan tampil lebih tinggi.
Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.