Pernah tak anda denmgar kes serangga masuk dalam telinga terutamanya ketika sedang tidur. Ya, itu merupakan satu mimpi ngeri buat kita semua apatah lagi buat seorang yang cukup fobia dan geli terhadap serangga seperti lipas!
Kes serangga masuk dalam telinga kini bukan lagi satu perkara pelik dalam masyarakat kita. Apatah lagi jika anda tinggal di kawasan kediaman yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi. Cara pertama nak elak perkara ini berlaku?
Pertama sekali jagalah kebersihan di dalam dan juga di luar rumah. Anda dan jiran tetangga bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan sekali gus mempu mengelak pembiakan serangga-serangga kecil yang boleh menghuru-harakan hidup anda.
Bercakap perihal serangga masuk telinga, Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan telah membuat satu perkongsian menarik di Facebook tentang apakah langkah yang harus anda lakukan jika seranggan memasuki ke dalam telinga.
Jom ikuti perkongsian beliau untuk kita manfaatkan bersama;
“Doktor, lipas masuk telinga saya!”
Kes serangga masuk dalam telinga ni kes yang lazim berlaku. Kalau ia berlaku pada kau orang, tahu tak apa nak buat? Nak tahu? Jom baca!
Tanda-tanda serangga masuk telinga:
- Berdengung
- Bunyi keritik
- Pergerakan
- Sakit
- Kurang dengar
- Keluar air/nanah
- Berdarah
Apa nak buat jika serangga masuk ke dalam telinga?
1. BERTENANG
Memanglah ngeri dan geli geleman bila ssrangga masuk dalam telinga, tapi cubalah untuk bertenang. Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.
2. GUNA GRAVITI
Halakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkin akan keluar atau terjatuh keluar dari telinga.
3. ELAK GUNA PUTIK KAPAS
Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga.
4. ELAK GUNA PENGEPIT
Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit(twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.
5. GUNA MINYAK ZAITUN
Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati.
6. CUCI DENGAN AIR
Jika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti.
7. JUMPA DOKTOR
Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.
HATI-HATI!
- Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.
- Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.
Itu sahaja! Moga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan kita, tanggungjawab kita
Kongsikan ilmu ni dengan rakan-rakan. Ikuti saya untuk dapatkan info kesihatan yang padat dan ringkas!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI