Lionel Messi Berjaya Pintas Ronaldo Sebagai Penjaring Gol Terbanyak Di Eropah

271

Lionel Messi Berjaya Pintas Ronaldo Sebagai Penjaring Gol Terbanyak Di Eropah

Dua nama ini tidak perlu lagi kita sebut. Sebagai pencinta bolasepak, kita semua sebenarnya cukup bertuah kerana dilahirkan sezaman dengan dua pemain terhebat pernah muncul dalam arena sukan ini.

Perseteruan mereka suatu ketika dahulu yang masing-masing mewakili Barcelona dan Real Madrid telah menjadi saru medan pertarungan epik dinantikan berbilion umat manusia.

Tapi kini Ronaldo sudah berhijrah dan memulakan fasa baru kariernya dengan bermain untuk pasukan Juventus.

Musim lalu Messi menjaringkan sebanyak 36 gol untuk Barcelona.

BACA: Fakta Tentang Ronaldo Yang Boleh Buat Haters Terkesima

Sejak kebelakangan ini prestasi mereka berdua banyak diperkatakan dan dilihat sedikit menurun berbanding musim-musim terdahulu. Sebenarnya prestasi mereka bukanlah merudum namun disebabkan aras prestasi diletakkan Messi dan Ronaldo sangat tinggi, mereka dilihat sebaliknya.

Kedua-dua pemain legenda ini juga memiliki rekod jaringan yang sangat luar biasa. Gol sepakan percuma Messi ketika berdepan Sevilla pada Ahad lalu telah berjaya mencipta satu rekod baru dan memotong jumlah gol jaringan Ronaldo.

Ronaldo yang kini berusia 34 tahun dikatakan berdepan musim-musim terakhir kariernya.

Sepanjang karieirnya di La Liga, Messi telah menjaringkan sebanyak 420 gol. Ia sekaligus menjadikan Messi sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa meilbatkan 5 liga utama di Eropah (La Liga, Premier League, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1).

Jumlah gol tersebut berjaya dicatatkan Messi dengan hanya 455 perlawanan. Manakala Ronaldo pula kini menghimpun 419 gol dengan 525 perlawanan sepanjang kariernya di England, Sepanyol dan terbaru di Itali.

Adakah Ronaldo akan memotong semula jumlah gol liga oleh Messi? Perseteruan ini kini menjadi semakin epik apatah lagi Messi dan Ronaldo kini berdepan di penghujung karier masing-masing.