Automotif

Lindungi Diri Dari Jadi Mangsa Penipuan Bengkel Tak Bertanggungjawab, Ini Panduan Penting!

Share

Sebenarnya perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu. Dalam kebanyakan bengkel yang memberi servis dengan begitu baik, cekap dan jujur, ada segelintir kecil yang suka mengambil kesempatan terhadap pengguna yang mungkin tidak berapa mahir atau arif tentang kereta.

Baru-baru ini turut tular sebuah video di mana seorang pengguna kelihatan berang dengan pemilik bengkel selepas keretanya masih tidak dapat dibaiki dengan baik walaupun telah membayar wang ribuan ringgit.

Pihak mana yang betul atau salah, buat masa sekarang MASKULIN sendiri pun tidak pasti.

Diharapkan kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Namun kali ini MASKULIN ingin kongsikan bersama bagaimana untuk anda lindungi diri dari jadi mangsa penipuan bengkel tak bertanggungjawab.

Pernahkah anda alami situasi di mana kunjungan ke bengkel hanyalah untuk pemeriksaan ringkas tapi berakhir dengan biaya perbaikan yang tidak diinginkan dan melampaui batas?

Kejadian seperti inilah yang membuatkan ramai pemilik kereta merasakan mereka seakan-akan kena ‘scam’ dengan bengkel kereta secara halus. Namun tahukah anda di Malaysia, pemilik kereta dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang melindungi pengguna dari amalan perniagaan yang tidak tidak adil.

Hak-hak ini termasuk mendapatkan keperluan asas, keselamatan, informasi, membuat pilihan, bersuara, ganti rugi, pendidikan pengguna dan alam sekitar yang sehat.

Bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan secara ‘halus’ seperti ini, berikut MASKULIN kongsikan beberapa panduan yang amat berguna.

Pastikan Ada Job Order

Sebelum bengkel memulakan apa-apa pembaikan pastikan anda menerima ‘job order’ yang menyenaraikan dengan teliti dan jelas tentang apa yangbakal  mereka lakukan. Ini termasuk kos perkiraan biaya dan apa-apa cadangan yang dinyatakan.

Ia berfungsi seperti penawaran dan memberikan anda kawalan dan informasi tentang jenis pekerjaan atau servis yang pada kendaraan anda. Jangan ragu-ragu untuk menolak atau meminta penyesuaian pada job order tersebut sesuai dengan persetujuan anda sendiri.

Aktif Bertanya

Jangan hanya jadi pan angguk semata! Buang rasa malu dan jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada mekanik atau pemilik bengkel tentang segala aspek perbaikan.

Ini termasuklah info jelas tentang jenis kerosakan, kos dan juga apakah langkah pembaikan yang boleh dilakukan. Mendapatkan informasi yang lengkap akan membantu anda membuat keputusan yang tepat dan menghindari biaya tidak terduga.

Pilih Bengkel Dipercayai

Menjalinkan hubungan jangka panjang dengan mana-mana bengkel yang boleh anda percayai juga satu langkah yang bijak. Ia boleh memberikan keyakinan kepada anda dalam jangka masa yang panjang.

Sebuah bengkel yang mempunyai sejarah membaiki kereta anda lebih cenderung untuk transparan dalam memberikan servis, layanan dan juga kos yang masuk akal. . Kepercayaan dan keakraban ini dapat mengurangi risiko penipuan dan memastikan kualitas perbaikan kendaraan Anda.

Pengetahuan Tentang Kenderaan

Menghabiskan waktu untuk mempelajari perkara asas tentang kereta sebagai contohnya sangatlah bermanfaat.

Dengan memiliki pengetahuan asas, anda tidak hanya lebih memahami pekerjaan yang dilakukan pada kenderaan tetapi juga dapat mengajukan pertanyaan yang tepat dan menghindari menjadi mangsa penipuan.

BACA: Servis Kereta, Kena Ikut Masa Atau Ikut Jarak Perjalanan, Mana Lebih Baik?

Ingatlah hak-hak anda sebagai pengguna. Ambil langkah proaktif dalam komunikasi dan informasi dapat melindungi anda dari menjadi mangsa bengkel yang tidak jujur.

Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat kepada anda.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Kredit: CARSOME

Published by
Farizul Izwany Ibrahim