BINA PALTFORM  USAHAWAN DYXY

 Limpah Rezeki Sebagai Ushawan Produk DYXY

“Saya menilai seorang yang mahu menjadi usahawan DYXY itu bukan dari sudut luaran fizikal, sebaliknya kesungguhan mereka untuk mengubah taraf hidup dan tidak sesekali hilang fokus untuk berjaya.”

 

“Saya bukanlah usahawan yang terlalu baru di dalam dunia perniagaan, hampir 10 tahun saya berkecimpung dan banyak ilmu yang saya telah pelajari sepanjang tempoh itu. Jatuh bangun perniagaan benar-benar membuatkan saya menjadi sangat kuat dan tidak sesekali mendabik dada dengan kejayaan yang saya miliki kini. Membuka perniagaan mungkin mudah, tapi tidak jika anda mahu digelar sebagai seorang usahawan. Untuk anda yang mahu menjadi seorang yang hebat berniaga haruslah mempunyai sifat-sifat ini untuk memastikan impian dan visi anda mudah untuk terlaksana.

Limpah Rezeki Sebagai Ushawan Produk DYXY

Ads

“ Saya juga merupakan anak didik kepada Azizan Osman, dia banyak memberikan saya ilham dan pengetahuan mengenai selok belok dunia perniagaan, jadi apa perkara utama yang perlu ada sebagai seorang usahawan itu adalah ilmu, menjadi usahawan berjaya tidak mudah, ianya menjadi lebih susah seandainya anda bodoh dan tiada ilmu. Oleh itu kumpulkan ilmu sebanyak yang boleh untuk digunakan sepanjang proses perniagaan anda berjalan. Tiada alasan hari ini untuk anda mengakses ilmu dengan mudah. Paling baik adalah dengan jadikan sikap suka membaca dan belajar daripada sesiapa saja asalkan ianya perkara baru yang bermanfaat.”

 

“Kedua, anda perlu ada semangat yang tinggi, Walaupun dengan ilmu setinggi mana, tanpa semangat yang tinggi, anda tak akan ke mana. Buatlah apa saja untuk membina semangat. Sertai program untuk mengaktifkan diri sama ada berbayar atau percuma. Lebihkan bergerak dan penuhi masa anda dengan aktiviti positif untuk membina semangat. Orang yang tidak aktif dan tidak bergerak secara automatik membunuh semangat diri.”

Limpah Rezeki Sebagai Ushawan Produk DYXY

Ads

“Seterusnya adalah nilai kesabaran, semangat yang besar mana sekalipun jika tidak disertakan dengan kesabaran akan hancur berkecai. Melatih kesabaran dapat dilaksanakan dengan mengambil sikap menghabiskan apa saja yang dilakukan. Tamatkan apa saja yang anda telah mulakan dan jangan berhenti sekerat jalan. Ingat! Anda tidak akan tahu tahap kesabaran selagi tidak mencampak diri dalam ujian. Sabar bukan ada hanya di mulut, tetapi di dalam segala tindakan kita meneruskan perjalanan tanpa henti.”

 

“Kepercayaan, tanpa kepercayaan, semangat tinggi dan kesabaran akan mati. Dengan menambah maklumat dari pembacaan dan mendengar serta melihat kejayaan orang lain akan membina kepercayaan. Oleh itu bina data kepercayaan sebanyak mungkin dalam minda anda. Selain itu jangan malu dengan produk yang anda bawa, cipta rasa bangga dengan produk yang anda sampaikan.”

Ads

Limpah Rezeki Sebagai Ushawan Produk DYXY

Hubungan sesama teman, ramai yang tak sedar dengan kelebihan berkawan. Tambah lagi dalam suasana desakan kehidupan hari ini, ramai yang mengambil sikap meminggirkan aktiviti berkawan. Kawan adalah antara perkara penting yang perlu ada pada semua usahawan. Dengan kawan kita kongsikan masalah, kejayaan, peluang dan lain-lain lagi. Kawan yang baik tidak pernah mengharapkan balasan. Kawan yang baik sentiasa memberikan ilmu, semangat, dan kepercayaan yang kita perlukan untuk berjaya. Selain itu dari situ juga cuba bina kumpulan kawan baru. Usahawan perlu buang sikap malu dan malas untuk berkenalan. Jangan terus harap bantuan dari kenalan baru kerana tujuan berkenalan adalah untuk berkawan. Pastikan aktiviti berkenalan tidak putus kerana untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari sekarang kita perlukan kenalan yang lebih baik daripada yang telah ada.”

 

“Akhir sekali jangan takut pada kegagalan, ingat kegagalan bukan penamat hidup anda. Kegagalan hanyalah satu keputusan untuk menilai kaedah yang telah digunakan sebelum ini untuk pedoman di masa hadapan. Orang yang tidak pernah gagal sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa. Lebih banyak orang belajar dari kegagalan daripada kejayaan. Oleh itu bersedia untuk menerima kegagalan dan terus mencuba dengan kaedah yang berbeza,”  jelasnya.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI