Menjalani ibadah berpuasa menuntut kita untuk menghayati maksud sebenar mahahan lapar dan dahaga. Serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara tidak baik yang boleh membatalkan puasa.

Bagi kita yang bekerja sepanjang hari berpuasa pastinya mahu badan yang mampu kekal cergas. Kita tidak mahu jadikan puasa itu sebagai alasan untuk tidak jadi produktif dan bertenaga untuk melakukan tanggungjawab kerja.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh Coach Syai Aizat bersama kami. Coach Syai Aizat menyenaraikan 5 tip untuk kekal cergas sepanjang bulan Ramadan.

Paling menarik tip ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan peringkat umur. Ikuti perkongsian Coach Syai Aizat di bawah.

IKLAN

PERTAMA

Sepanjang bulan Ramadan kita perlu tidur awal dan jangan amal tidur terlalu lewat. Ini kerana kita perlu bangun awal untuk bersahur. Keesokan harinya pula perlu guna banyak tenaga untuk melakukan pelbagai aktviti. Jadi tidurlah awal sekurang-kurangnya jam 11 malam.

KEDUA

Pada bulan puasa tidak bermakna kita tak boleh lakukan senaman. Untuk kekal cergas, anda boleh lakukan senaman dengan rutin selama 30 minit hingga satu jam setiap hari. Tapi pada siang hari, lakukanlah senaman yang tidak terlalu ekstrem. Manakala sebelah malam dan selepas berbuka pula bolehlah lakukan senaman yang lebih advance. Melakukan senaman dapat membantu badan kita menjadi lebih cergas sepanjang bulan berpuasa

IKLAN

KETIGA

Berbuka puasa bukanlah lesen untuk kita makan secara berlebihan. Jadi elak makan terlalu banyak ketika berbuka. Bila makan terlalu banyak badan boleh menjadi penat kerana perlu menghadamkan makanan yang banyak. Jadi rancanglah diet pemakanan untuk berbuka puasa dengan sebaiknya.

KEEMPAT

Antara faktor penting memastikan badan sentiasa cergas di bulan puasa. Minumlah air kosong dengan mencukupi. Paling penting jangan minum terlalu banyak air manis sebaliknya gantikan dengan air kosong. Bila berpuasa badan akan alami kekurangan air namun jika kita minum mencukupi sewaktu bersahur dan pada waktu malam, ia boleh membantu meningkatkan kecergasan badan.

IKLAN

KELIMA

Pada waktu siang, ambillah masa selama satu atau dua jam untuk berehat atau ‘power nap’ buat seketika. Tidur yang sekejap ini boleh memberikan badan rehat yang baik. Bila bangun badan akan jadi lebih cergas.

Semoga perkongsian dari Coach Syai Aizat kali ini boleh memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk update tekniki gaya hidup lelaki!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI