Sebagai seorang lelaki anda pastinya pernah berdepan dilema untuk mencari idea apakah hadiah sesuai untuk pasangan atau juga ahli keluarga dan kenalan rapat.
Tidak kiralah sama ada untuk hadiah hari lahir atau hadiah istimewa sempena perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, hadiah yang diberikan pastinya perlu hadir dengan nilai estetika tersendiri.
Tahukah anda jam tangan merupakan antara item atau aksesori yang cukup baik untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa. Jam tangan kini bukan sahaja berfungsi sebagai alat menunjukkan masa semata malah ia lebih daripada itu.
Mengapakah MASKULIN mengatakan jam sebagai antara hadiah yang menarik untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa? Ikuti lima sebab di bawah:
Jam tangan boleh menjadi simbolik terhadap masa yang anda luangkan di antara satu sama lain. Masa merupakan komoditi yang tiada nilainya. Dengan memakai jam tangan hadiah daripada anda mereka akan merasakan kehadiran anda setiap masa.
Ia juga boleh menjadi simbol terhadap hubungan lama yang telah anda jalinkan dengan mereka. Masa itu kan emas!
Berbanding sesetengah hadiah lain yang mungkin bersifat sementara, jam tangan boleh digunakan setiap hari. Sekali gus menjadikan ia sebagai item yang cukup signifikan dalam kehidupan seharian mereka.
Lebih menarik jika anda menghadiahkan mereka dengan jam tangan sesuai dengan personaliti mereka. Ya, jam tangan kini mampu menyerlahkan personaliti dan identiti seseorang dengan cukup unik. Setiap jam tangan tampil dengan rekaan, kombinasi warna, material tali dan juga bentuk paparannya sama jam analog atau digital. Serlahkan personaliti mereka!
Jam tangan boleh menjadi hadiah yang akan diingati sampai bila-bila dan begitu bermakna. Jika anda sendiri mendapat hadiah berbentuk jam tangan pastinya anda akan terus teringat akan siapa yang menghadiahkannya setiap kali melihat masa. Ia menjadi satu tanda ingatan yang sangat efisien.
Setiap jam tangan hadir dengan rekaan yang tersendiri. Ada jam tangan mewah dan ada juga jam tangan yang mampu milik. Ia terpulang kepada bajet anda masing-masing. Namun jika anda mahukan jam tangan yang hadir dengan rekaan hebat tapi pada harga berpatutan boleh dapatkan jam seperti dari jenama Ice-Watch.
Bersempena kemunculan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Ice-Watch memperkenalkan koleksi ‘Ice-Watch Raya’. Koleksi ini hadir dengan variasi pilihan untuk lelaki dan wanita.
Untuk koleksi lelaki, mereka memperkenalkan ICE Steel Collection yang hadir dengan dua warna berbeza iaitu biru dan hijau. Dilengkapi dengan tali silikon yang fleksibel, bertekstur dan juga cukup selesa untuk dipakai. Sesuai dipadankan dengan baju melayu di pagi Hari Raya.
Manakala untuk koleksi wanita pula, ICE Watch menampilkan ICE Flower Collection. Ia hadir dengan rekaan dan corak bunga dalam pelbagai warna. Tampil dengan rekaan lebih segar, feminin dan tampak optimistik, ICE Flower Collection menerokai personaliti tersendiri pemakainya.
Koleksi ICE Watch Raya kini boleh didapati secara di atas talian menerusi www.ice-watch.com.my dan juga outlet fizikal mereka di seluruh negara.