Minggu bermula pada minggu hadapan dijangkakan jutaan kenderaan akan mula keluar dari ibu kota untuk pulang meraikan cuti Hari Raya Aidilfitri. Keterujaan rakyat Malaysia pada kali ini dirasakan lebih signifikan selepas dua tahun tidak dapat pulang beraya akibat pandemik Covid-19.
Seiring dengan jumlah kenderaan yang berlipat kali ganda di atas jalan raya, pihak berkuasa seperti tahun-tahun terdahulu akan menjalankan tugas dengan lebih kuat dengan operasi khas ‘Ops Hari Raya’.
Operasi seperti ini bukanlah ingin mencari kesalahan pengguna tetapi ingin memastikan trafik berjalan lancar dan perjalanan pengguna jalan raya lebih selamat. Di sebalik kesesakan jalan raya kita sudah biasa menyaksikan pengguna dan pemandu tidak bertanggungjawab melanggar undang-undang.
Namun awas ya!
Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan terdapat lima jenis kesalahan trafik yang tidak akan dibenarkan untuk dikompaun. Malah mereka perlu menghadapi kesalahan tersebut di mahkamah.
Ads
Lima jenis kesalahan yang tidak boleh dikompaun sepanjang operasi ini ialah memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon pintar ketika memandu, gagal mematuhi lampu isyarat atau melanggar lampu merah, memotong barisan dan juga memandu melebihi had laju.
Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau ketika melancarkan kempen keselamatan dan Ops Bersepadu bersempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri di Putrajaya beberapa hari lalu.
Operasi Bersepadu tersebut akan bermula pada 29 April sehingga 8 Mei 2022.
Ads
“Seramai 2,200 orang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlibat dalam Ops Hari Raya Aidilfitri sebagai inisiatif utama untuk mengurangkan kadar nahas di jalan raya.
“Sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Bersepadu ini, kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres juga akan dilakukan,” jelasnya lagi.
Mengekalkan tema “Pandu Cermat, Sampai Selamat, Ops Bersepadu itu melibatkan kolaborasi kerajaan dan swasta iaitu JPJ, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuhraya Utara Selatan (Plus).
Ads
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya akan turut dijalankan.
Selain itu beliau berkata, JPJ juga turut menjalankan pra Ops Hari Raya Aidilfitri bermula 25 hingga 28 April ini melibatkan pemeriksaan bas ekspres di 75 depoh dan 28 terminal bas utama bertujuan memastikan kondisi bas sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Jika tidak mahu disaman dan terpaksa ke mahkamah, patuhilah undang-undang jalan raya. Pandulah dengan selamat. Biar lambat asal selamat!
https://www.youtube.com/watch?v=2w3hiAaL-tk&t=22s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila bercakap soal kencing manis, perkara utama yang ditekankan berulang-ulang semua pakar perubatan ialah menjaga pemakanan. Bukan setakat pengambilan gula, malah semuanya perlu dikurangkan terutama makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula asli termasuklah buah-buahan. Malah ada pakar pemakanan menyifatkan buah- buahan tempatan adalah ancaman utama kepada pemakanan pesakit kencing manis kerana yang lebih ranum, lebih enak rasanya dan semakin tinggi pula kandungan gulanya
Masalahnya, kencing manis tiada tanda khusus malah tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal pembentukannya. Jika ada pun hanyalah kehilangan tenaga dan pesakit terasa cepat penat yang sering disalah anggap. Justeru itulah ramai tidak sedar mereka menghidap kencing manis. Kajian menunjukkan sebaik penyakit dikesan seseorang pesakit sudah menghidap kencing manis sekurang-kurangnya selama lapan hingga 10 tahun.Berikut merupakan perkongsian daripada pengamal perubatan Dr Hamid Arshat tentang penyakit kencing manis ataupun diabetes ini.
Kedua2 abang saya menghidap penyakit diabetes. Ertinya risiko untuk saya memang wujud atas dasar baka. Alahamdulillah setakat ini saya dapat jauhkan.
1. Lebih kurang 18 % penduduk malaysia mengidap penyakit kencing manis (diabetes). Lebih 10 % lagi dalam kaedaan ‘ prediabetic’ dan bolih jadi pesaki diabetes jika tidak mengabil langkah2 mencegah.
Seseorang disahkan nengidap diabetes bila kandungan gula glukos dalam darah melebihi 8 mmol/L, setelah puasa melebihi 6 jam. Normal ialah antara 4 – 8 mmol/L. Air kencingnya pun didapati mengandungi gula; jesteru digelar penyakit kencing manis.
2. Terdapat 3 jenis diabetes;
a. Type 1 diabetes, juga digelar’ juvenile diabetes’, sering menimpa sebelum umor 20 tahun. Sel2 beta dalam panreas yang mengeluarkan insulin rosak. Pesakit perlu suntikan insulin.
b. Type 2 diabetes. Biasa menimpa orang dewasa, biassnya umor 40 tahun keatas. Sumber insulin cukup tapi berlaku insulin resistant, metabolisma gula glukos gagal.
c. Diabetes waktu hamil atau gestational diabetes sebab peningkatan hormon2 ketika hamil.
Pesakit2 saya yang hamil ada diabetes, saya stabilkan dengan ubat metformin tanpa guna insulin melainkan dia memang type 1 diabetes.
3. Type 1 diabetes terus begantung kepada insulin. Tiada pilihan main.
Type 2 diabetes dan diabetes waktu hamil boleh dikawal dan biasanya dikaitkan dengan kegemokkan, makan berlebihan karbohaidret dan manisan dan pengidap PCOS.
Jika tidak terkawal, dalam jangka panjang banyak kerosakkan organ-organ boleh berlaku : rosak buah pinggang, mata, saraf, jantung, saluran2 darah yang menyebabkan gangrene dan lain2.
4. Langkah2 mengawal dan mencegah diabetes;
a. Ikuti nasihat doktor yang merawat. Jika diarah makan ubat saperti Metformin atau lain, perlu patuh.
Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar olih kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, lepas puasa, lepas makan dan dua jam lepas makan.
b. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohaidret dan manisan. Nasi, mee, roti, kueh2, nasi lemak, roti canai, ais krim dan lain2 kesemuanya mengandongi karbohaidret dan gula.
Kurangkan amount makan.
Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam.
Lebihkan sayur2, buah2 dan lauk dari perotin.
c. Makanan2 perlu dikurangkan.
Jauhkan minuman soda, juz dalam tin, kotak atau botol, kandungan gula terlalu tinggi.
Jauhkan makanan yang mengandongi gluten saperti, wheat, wheat germ, barley dan rye. Gluten mencetuskan inflammation dan neningkatkan hormone steroids, tahap gula pun naik.
Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 casein yang sama tindakan saperti gluten. Tukar kepada susu kambing.
Jauhkan Minyak soya, canola dan corn. Minyak kelapa dan sawit lebih baik.
Jauhkan produk2 GMO saperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
Jauhkan semua minuman arak dan beer.
d. Makanan2 yang disyorkan
Makanan2 yang mengandongi fiber. Sayur tempatan sawi, kangkong, pucuk2 ubi, keledek dan paku, nenas, oats.
Makanan2 mengandongi chromium, broccoli, raw cheese, kacang hijau dan panjang.
Makanan2 mengandongi magnesium, bayam, almond, yogart
Perotin, ikan2 berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organic, dhall.
Lemak2 baik, Minyak kelapa
Makanan2 rendah gula, nuts, biji2 labu, sunflower, berries, avarcado.
e. Supplement , gantian gula, herba.
Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;
1. Kayu Manis (cinnamon) , kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides, disamping neningkatkan HDL cholesterol dalam darah.
2. Peria (bitter gourd). Kajian menunjukkan peria boleh mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga bolih bantu mencegah komplikasi diabetes saperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salurdarah.
Dipasaran terdapat jualan kapsiul dan tablet peria.
3. Alpa Lipoic acid.
Ini satu jenis anti oxidant yang bantu metabolisma glukos, meningkatkan insulin sensitivity, dan mencegah kerosakkan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama broccoli, bayam dan tomato.
4. Fish oil 1000 mg setiap hari.
Ia bantu tingkatkan insulin sensitivity dan kurangkan inflamasi. Bertindak mengawal cholesterol dan meningkatkan HDL. Kesannya bantu kawal diabetes.
5. Gantian gula.
Sweetener P3. Berasal dari gula tebu. Diperoses dengan Nano technology. Glycemic index sifar (zero). Bolih didapati dipasar2 supermarket, Mydin etc. Sesuai untuk gantian gula. Satu produk tempatan, usaha bumiputera.
Stavia. Sejenis tumbuhan kecil berasal dari amerika selatan. Daunnya sangat manis tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula. Dapat kawal glukos dalam darah. Sesuai sebagai gantian gula.
6. Minuman Teh hijau (green tea)
Teh hijau punyai banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioxidant – polyphenols dan catechins. Dianggap satu minuman yang memanjangkan umor kerana memperlahan kematian sel2 dan tisyi2. Ian juga mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Minumlah 5 cawan setiap hari.
7. Herba2 tempatan.
Saya dapati beberapa jenis herba2 tempatan ada berkesan mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Mithalnya daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain2.
Daun2 yang menghijau bolih dimakan sebagai ulam. Atau direbus dengan air panas. Atau dikeringkan dan jadikan air teh.
8. Exercise, kawal kegemokkan ,rehat dan tidor.
Sangat penting lakukan exercise 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga.
Cukupkan tidor 5 – 7 jam stiap hari. Dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita.
Semoga diberkati Allah hidup kita. Aamin
Sumber : Dr Hamid Arshat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun bermasalah, namun artis perlu diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan sebelum disenarai hitam pihak produksi dan stesen TV, demikian pendapat pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak.
Memetik laporan Harian Metro, Zizan Razak berkata pihak produksi juga perlu mengambil kira beberapa perkara seperti bakat, berapa jumlah pengikut artis itu di media sosial dan rating drama atau filem dilakonkannya.
“Sebelum tindakan diambil, pihak produksi juga perlu berbincang lebih lanjut dan bertanya masalah sebenar dihadapi artis terbabit, sebelum buat sebarang keputusan,” kata Zizan.
Pernah Ada Masalah Disiplin Dahulu
Zizan sendiri mengakui pernah dikaitkan dengan isu disiplin pada pembabitan awalnya dalam industri seni tanah air dulu.
“Saya pun pernah ada isu dan dikaitkan dengan itu dan ini termasuk masalah disiplin juga dulu dan bukannya terus bagus dalam industri seni seperti sekarang.
“Namun, selepas lama berlakon kita akan fikir bidang lakonan adalah satu tanggungjawab dan perlu bekerja dalam kumpulan kerana bukan kita sahaja ada di lokasi penggambaran sebaliknya ada kru produksi, tukang buat air, DOP (pengarah fotografi) dan sebagainya.
“Setiap hari, proses itu akan mematangkan diri kita sebagai pelakon di lokasi.
“Kita juga perlu beri peluang kepada artis baru untuk bekerjasama dalam drama atau filem dan menegur dengan tujuan untuk mendidik mereka kerana bakat seni adalah anugerah dari Tuhan,” katanya.
Pada masa sama, kata Zizan, artis yang berpengalaman atau artis lama perlu menegur artis baru yang sombong atau ada masalah ‘attitude’ (sikap) sekali gus untuk mendidik mereka.
“Ada artis baru yang ada masalah ‘attitude’ kerana mereka tidak tahu cara bekerja sebenar dalam industri seni.
Apabila sudah memasuki bidang seni, barulah artis baharu tahu cara bekerja seorang pelakon, kata Zizan.
Tambahnya, artis lama juga berhak menegur mereka menjadi artis yang lebih baik.
Perempuan mana yang tak terpesona lihat lelaki kacak. Lagi-lagi kalau lelaki tersebut ‘somebody’ dan berkarisma yang layak bergelar pemimpin negara.
Menariknya PRU ke-14 ini, ramai calon muda yang bertanding dan kebanyakannya berusia 35 tahun ke bawah.Nampaknya negara kita bakal dipimpin barisan pemimpin muda yang kacak dan menjadi pujaan ramai gadis!
Berikut 5 calon lelaki muda yang bakal bertanding dalam PRU ke-14.
1. Shahril Sufian Hamdan
Shahril Sufian Hamdan berusia 32 tahun akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Langat mewakili Barisan Nasional. Beliau adalah Ahli Majlis Eksekutif Pemuda UMNO yang mengetuai Biro Profesional Muda. Sebelum bertukar kerjaya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat minyak dan gas, Shahril bekerja sebagai pegawai polisi kepada Khairy Jamaluddin dan perunding strategi dan pengurusan di McKinsey & Company.
2. Ceasar Mandela Malakun
Berusia 28 tahun, Ceasar Mandela Malakun bertanding di kerusi Parlimen Penampang Barisan Nasional. Ceasar adalah seorang peguam dan merupakan anak ahli politik Kadazan Dusun, Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) dalam masa kurang 2 tahun selepas menyertainya sebagai ahli biasa.
3. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen
Bertanding di kerusi Parlimen Kuching (PKR-DAP), Dr. Kelvin Yii Lee Wuen yang berusia 31 tahun merupakan doktor perubatan.
Sebelum ini, beliau adalah pembantu parlimen kepada mantan ahli parlimen Stampin, Julian Tan dan pembantu khas kepada mantan ahli parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen.
Dr. Kelvin memasuki dunia politik sejak 2013 selepas 8 tahun bergiat aktif dalam misi kemanusiaan dan berhasrat untuk mengubah sistem pentadbiran yang lebih baik.
4. Ho Kwok Xheng
Ho Kwok Xheng yang berusia 30 tahun akan bertanding di kerusi Parlimen Damansara Barisan Nasional pada PRU ke-14 ini. Difahamkan, beliau sudah lama berminat memasuki bidang politik tetapi hanya menyertai MCA sejak awal tahun lalu.
5. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Nampaknya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman(PKR) yang berusia 26 tahun paling mendapat perhatian ramai netizen terutamanya dalam kalangan gadis! Sejak pengumuman Syed Saddiq akan bertanding di kerusi Parlimen Muar mewakili PKR, namanya menjadi bualan hangat di media sosial. Anak kelahiran Johor ini dikenali sebagai ahli debat yang hebat kerana pernah memenangi anugerah Asian British Parliamentary (ABP) Debating Championship’s Asia’s Best Speaker sebanyak 3 kali.
Malah Ketua Pemuda PPBM ini juga sanggup menolak tawaran melanjutkan pengajian di Oxford University untuk terus aktif berpolitik. Setakat ini, beliau adalah calon parlimen termuda dalam PRU ke-14 ini.
Jadi korang pilih yang mana antara 5 calon di atas? Pilihan di tangan anda okay
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.