Salah satu cabaran memiliki atau menyewa rumah ialah berdepan masalah makhluk atau haiwan perosak. Lebih parah lagi jika ia juga berpotensi membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya kepada anda dan keluarga.
Perkara berkaitan dengan haiwan perosak ini tidak boleh dipandang sambil lewa dan perlu diambil tindakan segera. Salah satu haiwan perosak yang cukup berisiko ialah tikus.
Tahukah anda seekor tikus yang anda nampak kelibatnya mungkin terdapat kira-kira lima ekor lagi yang mungkin sedang bersembunyi?
Selain merosakkan bahan makanan tikus juga gemar menggigit pakaian, perabot dan merosakkan struktur kediaman rumah. Sebelum mendapatkan perkhidmatan pest control bagi membasmi kewujudan tikus dari terus bermaharajalela di rumah anda boleh lakukan beberapa petua ini yang menggunakan daun.
Dipercayai lima jenis daun ini cukup tidak disukai oleh tikus kerana aromanya yang kuat. Berikut MASKULIN kongsikan 5 jenis daun yang boleh bantu anda halau tikus.
Tidak perlu lagi kita perkara tentang aromanya yang kuat. Aromanya yang kuat dan segar itu cukup mesra di hidup kita sebagai manusia tetapi sebaliknya bagi tikus.
Cara untuk menyediakan daun pudina ini tidaklah sesukar mana. Tumbuk dan kisar daun pudina sampau lumat kemudian campurkan dengan air. Tapi air tersebut dan masukkannya ke dalam botol semburan. Anda boleh sembur di sekeliling rumah atau tempat tikus selalu ‘melepak’.
Buahnya sahaja sudah cukup eksotik dan sedap. Daunnya juga tidak kurang hebatnya. Dapatkan daun durian belanda dan ramas hingga keluarkan bau.
Tapi ingat kena guna daun yang tua atau matang sahaja. Letak di kawasan tersorok atau celah-celah dinding. Katanya bukan setakat tikus malah segala jenis serangga pun akan turut beredar.
Kebiasaannya daun semambu ini digunakan sebagai solusi tradisional untuk membantu merawat demam campak. Ramai tak tahu sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk menghalau tikus.
Daun yang dianggap sangat sinonim dan penting dalam dunia masakan tradisional masyarakat kita. Aroma daun panda memang cukup menyenangkan dan wangi. Namun wangi pada kita tidak semestinya kepada tikus.
Malah mereka cukup tidak menyukainya. Ambil beberapa kerat daun padang dan letakkan di lokasi strategik di dalam roma. Anda juga boleh membuat rebusan dan jadikannya sebagai cecair semburan.
Di pasaran kini penggunaan serai wangi sebagai ejen menghalau haiwan perosak dan serangga semakin popular. Keberkesanannya juga telah diakui ramai sangat tinggi. Kalau tak nak guna daun yang dipetik sendiri anda boleh dapatkan produk semburan serai wangi di pasaran yang kini cukup mudah didapati secara online juga.