Tindakan heroik lima warga Pakistan yang meredah sungai demi menyelamatkan penduduk dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, baru-baru ini telah mencuri tumpuan banyak pihak.

Bukan sahaja tular di media sosial, malah ia turut mendapat penghargaan rasmi daripada Kedutaan Pakistan di Malaysia.

Mereka yang terdiri daripada Khaista Nawab, Bakht Munir, Amir Nawab, Rafiq Ullah, dan Jaafar Ali, telah dipanggil untuk menerima sijil penghargaan oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia.

Lima Hero Pakistan Selamatkan Mangsa Kebakaran Gas Dirai & Diberikan Penghargaan Istimewa
Penghargaan rasmi daripada Kedutaan Pakistan di Malaysia.

“Kami bantu kerana itu yang patut dilakukan sebagai manusia, bukan untuk habuan. Bila lihat penduduk di seberang sungai panik, kami tahu kami perlu lakukan sesuatu,” kata Khaista, mewakili kelima-lima mereka.

Kisah keberanian mereka bermula pada 1 April lalu apabila kebakaran saluran paip gas Petronas menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter, dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius.

Lima Hero Pakistan Selamatkan Mangsa Kebakaran Gas Dirai & Diberikan Penghargaan Istimewa
Foto: BERNAMA

TANPA RASA TAKUT

Api yang mengerikan itu memaksa lebih 30 penduduk yang berada di Kampung Sri Aman, Subang Jaya, melarikan diri menyeberangi sungai untuk menyelamatkan diri.

“Kami berenang ke seberang dan kembali ke tebing di Kampung Sri Aman lebih lima kali bagi menyelamatkan semua penduduk,” ujar Khaista, mengimbau kembali detik berbahaya tersebut.

Tanpa rasa takut, kelima-lima mereka terjun ke dalam sungai yang dalamnya lebih 1.8 meter, membantu penduduk, termasuk kanak-kanak dan warga emas, melintasi sungai selebar lebih 40 meter untuk menyelamatkan diri dari bahaya.

Lima Hero Pakistan Selamatkan Mangsa Kebakaran Gas Dirai & Diberikan Penghargaan Istimewa
Foto: Ohmedia

Bagi mereka, tiada pilihan lain selain bertindak pantas. Khaista yang berusia 50 tahun bersama rakan-rakannya yang berusia antara 25 hingga 47 tahun itu, bertekad untuk menolong walau nyawa mereka sendiri dalam bahaya.

Ads

“Tapi kemudian saya fikir, tidak boleh lari kerana nanti pada hari kiamat akan ditanya juga. Harus bantu orang walau nyawa sendiri dalam bahaya,” tambah Khaista.

PENGHARGAAN

Bukan hanya mereka, tindakan ini turut mengundang perhatian rakyat Malaysia. Farooq Ahmed, pemilik syarikat pakaian Alfaro Sdn Bhd, turut memberi sumbangan berupa pakaian dan wang tunai kepada kelima-lima hero ini.

Lima Hero Pakistan Selamatkan Mangsa Kebakaran Gas Dirai & Diberikan Penghargaan Istimewa

“Saya tertarik untuk memberi mereka sagu hati kerana keikhlasan membantu insan lain yang dalam kesusahan,” ujar Farooq. Tindakan mereka yang tanpa mengharapkan apa-apa balasan ini telah mendapat perhatian bukan sahaja daripada rakyat Malaysia, tetapi juga dari Pakistan.

Penghargaan tidak terhenti di situ. Menteri Persekutuan Pakistan, Amir Muqam, turut menghubungi mereka bagi menyampaikan rasa bangga dan penghargaan terhadap keberanian lima individu ini.

Ads

“Mereka tular bukan saja di Malaysia malah di Pakistan hingga mendapat perhatian seorang menteri di sana,” kata Farooq dengan penuh bangga.

MEMILIH JADI BERANI

Hero sebenar tidak selalunya memakai jubah atau capaian luar biasa. Kadang-kadang, hero itu adalah mereka yang membuat keputusan pantas dalam keadaan terdesak.

Mereka adalah mereka yang memilih untuk berani walaupun bahaya menanti di hadapan. Dalam dunia yang penuh dengan ujian dan cabaran, kelima-lima mereka menunjukkan sesuatu. Membuktikan kebaikan, keberanian dan keikhlasan adalah sifat sebenar seorang hero.

Lima Hero Pakistan Selamatkan Mangsa Kebakaran Gas Dirai & Diberikan Penghargaan Istimewa

Bagi kita, tindakan mereka adalah pengajaran berharga. Dalam hidup yang penuh dengan kesibukan dan ketidaktentuan, mungkin ada ketika kita juga perlu melangkah ke depan, menghulurkan bantuan tanpa mengira apa yang akan terjadi.

Ads

Heroisme tidak selalunya tentang kemenangan, tetapi tentang melangkah ke depan ketika orang lain memerlukan pertolongan.

Mereka adalah contoh sejati tentang bagaimana setiap lelaki mampu menjadi hero, walau dalam situasi yang paling mencabar sekalipun.

BACA: 10 Perfume Dengan Jenis Bau Paling Disukai Wanita!

Kelima-lima mereka mungkin tidak memakai pelindung badan, tetapi mereka membawa sifat heroik yang sejati – berani, ikhlas, dan tidak takut berkorban demi orang lain.

Sebagai lelaki, kita boleh memilih untuk mengikuti jejak mereka, untuk berani bertindak apabila diperlukan, tanpa mengharapkan pujian atau ganjaran. Ini adalah definisi sebenar heroisme yang sepatutnya menjadi inspirasi kepada kita semua.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI