Khairy bersama atlet yang bakal membawa cabaran pada temasya KL2017 (Foto : Kamarul Akhir / www.asiana.my)
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar , menggariskan lima faktor pendorong untuk atlet negara menyempurnakan misi dalam acara masing-masing agar kontinjen negara muncul juara keseluruhan di Sukan Sea ke-29 bermula 19 Ogos ini.
Lakukan demi sukan yang diceburi, rakan sepasukan yang memberi laluan, wira yang tidak didendang, untuk ibu bapa yang memberikan sokongan dan demi diri sendiri.
Jelas Khairy Jamaluddin, faktor ini perlu disemat dalam hati kalangan atlet untuk memastikan sasaran juara keseluruhan temasya Sukan Sea 2017 menjadi milik Malaysia.
“Lakukannya demi sukan anda. Jika sukan anda dianggap kurang popular, inilah detik terbaik untuk menaikkan profil sukan anda. Anda berpeluang menjadi idola kepada jutaan rakyat Malaysia jika anda memenangi emas dalam sukan anda. Dedahkan mereka kepada sukan anda. Wujudkan kesedaran terhadap sukan anda.
“Kedua, lakukannya demi rakan-rakan sepasukan anda yang memberi laluan kepada atlet lebih muda, atau tidak dapat beraksi akibat kecederaan.
“Ketiga, untuk wira-wira yang tidak didendang. Mereka adalah tenaga di sebalik tabir. Anda akan menaiki podium berseorangan untuk menerima sanjungan tetapi jangan lupa pasukan yang memberi sokongan kepada anda.
“Jurulatih anda, pengurus pasukan, pengurus sukan, pegawai sains sukan, pakar fisioterapi, jurulatih kecergasan, semuanya komited menyumbang kepada kerjaya anda. Mereka juga berkorban mengikut cara masing-masing.
Ads
“Keempat, lakukannya untuk ibu bapa anda. Merekalah yang mengejutkan anda seawal pagi untuk menghantar anda ke sesi latihan dan sentiasa serta tidak putus-putus memberi sokongan,” kata Khairy dalam menyampaikan amanatnya kepada 700 atlet yang menghadiri perhimpunan akhir kontinjen negara di Hotel Renaissance, malam tadi.
Khairy turut memuji semangat berkobar-kobar atlet negara dan percaya mereka sudah bersedia untuk bertanding di gelanggang.
“Saya tahu kebolehan dan kemampuan para atlet. Saya ingatkan mereka supaya buat yang terbaik untuk diri, keluarga dan semua orang.
Ads
“Saya rasa mereka memahami hakikat ini dan bukan jadi tekanan, sebaliknya menjadi motivasi dan dorongan memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan,” katanya.
Pada sidang media selepas majlis tersebut, tiga juara dunia diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang sempena upacara pembukaan temasya Sukan Sea nanti.
“Tiga juara dunia itu ialah Cheong Jun Hoong dari acara terjun, Mohd Al Jufferi Jamari (silat) dan Azizulhasni Awang (keirin).
Ads
“Kita akan ada tiga pembawa bendera. Kesemua ketiga-tiga atlet ini adalah juara dunia. Kita bawa sedikit kelainan untuk upacara pembukaan nanti,” ujarnya.
Kit kontinjen dan pertandingan yang bakal dipakai atlet negara di Kuala Lumpur 2017.
Mengaku status single sedangkan sudah berkahwin adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh membawa kesan yang serius.
Mengaku Status SINGLE, Lelaki Jangan Buat Main Boleh Jatuh Talak!
Walaupun dalam mood gurauan para lelaki harus berhati-hati dengan pernyataan mereka dan sentiasa menjaga kejujuran serta integriti dalam hubungan perkahwinan.
Mengaku Status SINGLE
Jom ikuti perkongsian puan Nor Afrizah, semoga menjadi pengajaran dan ingatan kepada orang lain.
MENGAKU STATUS SINGLE..
Saya didatangi sepasang anak muda yang baru berkahwin dalam tempoh lingkungan 2 tahun…
Mengaku Status SINGLE, Lelaki Jangan Buat Main Boleh Jatuh Talak!
Lelaki: Puan saya nak tanya, isteri saya buat permohonan pengesahan Lafaz.. Sebab saya mengaku status single di media sosial dan dikalanagan rakan-rakan saya.. Macam mana ye puan… Agak-agak jatuh talaq tak?, Saya saja je suka-suka mengaku single sebab ramai kawan Saya masih single lagi.. Segan nak mengaku dah berkahwin… Saya pun mengaku status single ni pada kawan saya, saya mengaku dah bercerai dengan wife.. itu yang wife saya dapat baca dari WhatsApp saya tu…
Masa saya mengaku single tu Saya sedar, tiada paksaan, waras.. tapi just for fun…niat saya just for fun..
Si isteri hanya tertunduk sendu di sebelahnya..
Ada riak kecewa di wajahnya..
##############
Dalam hati saya, kamu ni dah kenapa, nak mengaku bujang…
Mungkin sebab wajahnya kacak, kerja tetap..
Ke masih nak “test market”
aduhai..
Kebiasaannya, proses pengesahan lafaz ini memerlukan untuk melihat kepada beberapa faktor untuk mensabitkan sama ada terjatuhnya talaq atau pun tidak. Perlu juga di lihat sama ada lafaz itu soreh atau kinayah.
Dari situasi yang berlaku pada pasangan muda ini, ternyata si suami dengan sengaja mengaku status dirinya ‘single’ dalam si suami keadaan sedar dan waras.
Tiada isu provokasi atau keadaan bergaduh, tekanan atau penyakit mental yang dialami oleh si suami pada waktu itu..
Mengaku Status SINGLE, Lelaki Jangan Buat Main Boleh Jatuh Talak!
Meskipun dalam sesetengah keadaan pengesahan lafaz itu perlu melihat kepada niat si suami, namun perlu di ingat kepada hadis Rasulullah yang menyatakan perkara yang di buat secara bersungguh akan menjadi, yang secara bergurau juga akan menjadi iaitu nikah, talaq dan ruju’.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara serius atau main-main memberi kesan; nikah, talak, dan rujuk.”
Riwayat Abu Dawud (2194), al-Tirmidzi (1184) dan Ibnu Majah (2039)
Meskipun status itu ‘just for fun’ dan sekadar gurauan, besar kemungkinan jatuh talak dengan merujuk kepada hadis di atas..
Di dalam dewan, setelah meneliti keterangan si suami, Mahkamah mengesahkan bahawa jatuh talak satu secara raj’i terhadap pasangan ini di atas kekhilafan si suami dengan pengakuan statusnya pada media sosial dan kepada kawan-kawannya secara bertulis….
Pesanan mesra saya, hati-hati dalam pertuturan dan tindakan kita dalam hal-hal munakahat ini…
Mengaku Status SINGLE, Lelaki Jangan Buat Main Boleh Jatuh Talak!
Besar kesannya..
Mujur juga si isteri membuat pengesahan lafaz… Jika dia berdiam sahaja, bagaimana status perkahwinan mereka??
Besar kemungkinan akan berlaku penzinaan sepanjang hayat….
Rosak keturunan.
Jika tidak tahu… Jangan malu dan ego untuk beritanya….
Jangan nak bergurau sangat..
Ni mesti suka nyanyi lagu “gurauan berkasih”..
Hati-hati ye…
Oleh itu, suami jangan lupa segala lafaz ada pada tangan anda. Jangan suka-suka nak gurau tak bertempat ye!
DUA perkara penting yang sering diperingatkan Islam kepada manusia supaya menjaga dan memelihara dengan baik ialah penggunaan lidah dan tingkah laku.
Rasulullah s.a.w berpesan kepada semua orang iaitu sekiranya mereka beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka hendaklah ia mengeluarkan tutur kata yang baik, dan sekiranya tidak ada sesuatu yang baik yang hendak diperkatakannya, maka hendaklah ia berdiam diri sahaja.
Maskulin : Ingatlah, perkahwinan adalah ikatan yang suci dan harus dijaga dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.
Kemunculan Tahun Baharu pastinya hadir dengan azam baharu yang kebanyakan daripada anda inginkan satu perubahan lebih positif.
Salah satu perkara yang cukup popular ialah ramai menanam azam untuk mula bersenam atau mempertingkatkan aktiviti berikut sepanjang tahun mendatang.
Tapi sebenarnya, berapa lamakah perlu kita bersenam dalam satu masa? Ini merupakan soalan yang cukup lazim dan biasa menjadi persoalan ramai. Sebagai contoh berapa lamakah perlu kita peruntukan masa atau memberikan dedikasi masa untuk pastikan badan berada pada tahap kecergasan baik atau memuaskan.
Terdapat banyak faktor yang boleh menentukan selama mana perlu anda bersenam. Percayalah bahawa setiap individu mempunyai metabolisme berbeza dan kecergasan yang berlainan. Begitu juga dengan tahap intensiti perlu anda curahkan dalam melakukan senaman.
OBJEKTIF REALISTIK
Disebabkan itulah untuk jangka masa panjang anda perlu kenal dengan kemampuan diri serta menetapkan objektif yang realistik.
Menurut pakar kecergasan Men’s Health, Ebenezer Samuel berkata apabila anda melakukan larian atau bersenam atau senaman keseimbangan anda perlu masa untuk panaskan badan, masa mencukupi untuk bersedia dan juga masa untuk cool down.
“Sekurang-kurangnya seseorang yang ingin tampil cergas perlu melakukan senaman selama 30 minit dalam sehari. Ia merangkumi kedua-dua kekuatan dan tuntutan kardiovaskular yang anda inginkan,” jelasnya lagi.
Tambahnya lagi 30 minit masa senaman perlu dipenuhi dengan aktiviti senaman yang bermakna. Bagi melancarkan senaman harian 30 minit paling penting untuk merancang apakah jenis senaman yang ingin dilakukan lebih awal.
BERASA PUAS
Anda juga boleh menyusun sesi latihan anda mengikut kekangan masa anda, terutamanya untuk aktiviti berulang seperti berlari.
Bertujuan untuk bergerak untuk keseluruhan tempoh yang telah ditetapkan, bukannya untuk jarak sewenang-wenangnya. Teruskan berlari selama 10 minit, kemudian 20 minit, kemudian tekan tempoh yang ideal.
“Bagi aktiviti larian saya cadangkan antara 30 hingga 45 minit adalah tempoh cukup ideal,” kata jurulatih Nike Running, Percell Dugger.
“Sudah cukup masa untuk mewujudkan amalan yang konsisten dan menunggu usaha dalam tetingkap itu, anda benar-benar boleh memanfaatkan keuntungan yang anda cari.”
Dalam erti kata lain, berusaha untuk mengenali titik apabila anda merasakan bahawa anda telah melakukan tahap usaha yang membuatkan anda berasa puas. Kemudian anda boleh menyesuaikan latihan anda agar sesuai dengan masa yang anda ada, dan mengembangkan amalan fizikal anda dari sana.
Selamat bersenam!
Jangan lupa untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah anda memiliki masalah dengan perut buncit dan berlemak? Sebaiknya segera lakukan langkah-langkah yang tepat untuk mengecilkannya. Kerana perut buncit ternyata sangat merbahaya untuk kesihatan anda.
1. Risiko Penyakit Jantung
Banyaknya timbunan lemak pada area perut dan pinggang dapat memicu penyakit jantung atas pembekuan lemak yang masuk ke dalam aliran darah.
2. Diabetes
Kadar glukosa dalam darah meningkat dapat meningkatkan risiko diabetes. Lemak dalam perut juga telah dikaitkan dengan gangguan metabolisme yang merupakan alasan lain penyebab diabetes. Kenaikan berat badan sebesar 5 – 10 kg dari berat badan yang sihat akan meningkatkan risiko seseorang menghidap diabetes tipe 2 sebesar dua kali lipat daripada orang yang tidak mengalami kelebihan berat badan.
3. Kolesterol
Lemak perut secara langsung terkait dengan kolesterol tinggi total dan LDL (kolesterol jahat), penurunan HDL (kolesterol baik), dan resistensi insulin.
4. Stroke
Aterosklerosis atau penyempitan pembuluh darah yang menyebabkan pembekuan darah adalah kondisi yang menjadi punca utama stroke. Aterosklerosis dipicu oleh tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok, dan kurang bersenam. Sehingga kegemukan dan perut buncit dianggap sebagai faktor risiko sekunder yang mampu mengakibatkan stroke.