Filem Amazon Original pertama dari Malaysia, Budak Flat kini trending sebagai rancangan nombor satu di Malaysia di Prime Video.
Diinspirasikan oleh kisah benar, pengarah Eugene Lim mengajak kita menghayati cerita rekaan berlatar belakangkan suasana kompleks kediaman yang bergelut dengan masalah jenayah sekaligus memaksa penduduknya berjuang bagi meneruskan kehidupan.
Kisah ini mengisahkan kemelut kehidupan dua beradik, Aman (Zahiril Adzim), seorang bekas pencuri dan Riz (Pablo Amirul), seorang tokan dadah. Terperangkap dalam pertembungan persekitaran yang kacau bilau, dua beradik ini perlu menghadapi tekanan yang semakin parah, dimana mereka terpaksa bertarung dengan keperitan realiti yang mengancam untuk memisahkan mereka.
Ketahui lima fakta menarik mengenai filem Budak Flat yang mungkin bakal menarik perhatian anda yang belum menonton filem ini.
Ilham Kisah Sebenar Pengarah Eugene Lim
Menandakan arahan sulung Eugene Lim, Budak Flat merupakan naratif fiksyen yang diinspirasikan oleh kisah benar yang dialami sendiri oleh beliau. Bertahun-tahun membesar dalam suasana flat dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, Eugene memanfaatkan pengalaman peribadinya dengan menerapkan elemen realiti ke dalam karya fiksyen ini.
Sebagai penasihat filem Budak Flat, Syafiq Yusof didorong untuk memberi gambaran sebenar cabaran yang dihadapi oleh golongan miskin bandar yang tinggal di perumahan kos rendah di sekitar Kuala Lumpur. Disamping memberi kebebasan kepada Eugene untuk menyampaikan komentar sosial tentang budaya rumah pangsa, Yusof memanfaatkan pemahaman Eugene membesar dalam persekitaran sedemikian secara langsung bagi memastikan gambaran suasana sebenar dapat disampaikan.
Ads
2. Lokasi Flat San Peng Yang Ikonik
Dibina pada tahun 1972, rumah pangsa yang umumnya dikenali sebagai Flat San Peng atau Flat Sri Selangor ini telah menjadi simbol ketahanan. Setiap malam, ahli persatuan penduduk yang berdedikasi akan membuat rondaan dan bersungguh-sungguh menjaga keselamatan di kawasan perumahan tersebut.
Pada tahun 1990-an, nama “San Peng” di Kuala Lumpur dikaitkan dengan aktiviti kumpulan samseng. Bagaimanapun, Kawasan itu telah mengalami banyak pembangunan yang ketara dan kini muncul sebagai komuniti yang lebih selamat, lantas menghilangkan reputasinya yang dahulu. Ketika penggambaran Budak Flat berlangsung, penduduk Flat San Peng telah memberikan layanan yang luar biasa untuk memastikan kesejahteraan pelakon dan para kru sepanjang penggambaran dilakukan.
3. Penggambaran Di Bulan Ramadan
Satu kelainan mengejutkan berlaku apabila penggambaran filem penuh aksi ini dilakukan bertepatan dengan bulan Ramadan. Keputusan yang tidak dijangka itu telah menambah kesungguhan, terutamanya memandangkan adanya babak tertentu yang menuntut komitmen penuh pelakon dan kru untuk bekerja dari waktu senja hingga subuh.
Ads
Dedikasi luar biasa yang ditunjukkan oleh barisan pelakon dan kru penggambaran sepanjang tempoh ini wajar diiktiraf dan dipuji.
4. Penampilan Pertama Balan Kash, Penyanyi Rap Kini Berlakon
Menceburkan diri dalam dunia lakonan, khususnya genre aksi, penyanyi rap ini tidak gentar menyahut cabaran untuk memainkan watak seorang gangster. Kedua-dua Pablo dan Zahiril, yang menitikberatkan keaslian dalam semua babak yang dilakonkan, secara peribadi telah memintanya untuk memberikan pukulan yang meyakinkan agar adegan pergaduhan kelihatan benar-benar meyakinkan.
Hasilnya? Penyanyi rap ini bukan setakat berani menyahut cabaran, malah dia juga telah mempamerkan bakat lakonan semula jadi yang mengagumkan. Untuk merasakan impaknya, anda harus menyaksikannya sendiri!
Ads
5. Pelakon Sendiri Terjun Bangunan Berulang Kali
Mandy (Joyce Harn) telah mempamerkan aksi berani apabila dia secara sukarela terjun dari tingkat enam rumah pangsa tersebut, membuktikan dedikasinya terhadap keaslian lakonan. Walaupun takut dengan ketinggian, Mandy dengan beraninya memilih untuk tidak menggunakan bantuan pelakon lagak ngeri untuk babak khas ini.
Lebih mengagumkan, Mandy bukan sahaja bersetuju untuk melakonkan sendiri lagak ngeri tersebut malah melakonkannya berulang kali demi mendapatkan ‘shot’ yang sempurna. Menariknya, babak itu, walaupun kelihatan seperti di tingkat enam, ia sebenarnya dilakonkan dari tingkat tiga, menjadikan lakonannya lebih mengagumkan.
Filem ini sarat dengan konflik, aksi pertarungan yang mendebarkan serta pergolakan emosi yang pasti membuatkan sesiapa sahaja tidak senang duduk.
Filem ini, yang diterbitkan oleh Skop Productions dengan Syafiq Yusof selaku penasihat, diarahkan bersama oleh Eugene Lim, Woo Ming Jin, dan Faizal Ishak. Ia dibintangi barisan pelakon terkenal antaranya Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Balan Kash, dan Aaron Aziz.
Saksikan kehebatan filem aksi Budak Flat dan strim sekarang di Prime Video!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang pelakon veteran Zulkifli Ismail mencadangkan agar mata pelajaran Tatara’ayat (Tatarakyat) kembali diajar di institusi pendidikan.
Menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya, Zulkifli Ismail menjelaskan yang pengenalan mata pelajaran Tatarakyat adalah bertujuan bagi melahirkan individu yang lebih beradab.
“Saya cadangkan supaya mata pelajaran Tatara’ayat diajarkan semula di semua sekolah di seluruh negara termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah swasta dan lain-lain untuk melahirkan warga yang lebih bersopan santun dan bertatasusila,” tulisnya.
Generasi muda sepatutnya menjadi pelapis dan pemimpin di masa hadapan, namun adab dan juga sikap sopan santun dilihat semakin terhakis dalam diri segelintir dari mereka.
Selain tidak menghormati orang yang lebih tua, ada juga yang menggunakan kata-kata kasar dan tidak sopan ketika berbicara.
Lebih membimbangkan apabila perbuatan itu semakin dianggap sebagai suatu kebiasaan dalam pergaulan mereka, apatah lagi kehadiran media sosial menjadikan sikap tidak sopan mereka tampil lebih jelas di mata umum.
Intipati Buku Lama Tatarakyat
Zulkifli yang terkenal dengan watak ASP Razlan dalam drama bersiri kepolisan Gerak Khas itu turut berkongsi gambar sebuah buku lama subjek berkenaan yang pernah diterbitkan di Malaysia.
Dalam hantaran yang sama, Zulkifli menunjukkan muka hadapan dan beberapa isi kandungan buku bertajuk Tatara’ayat Ada-lah Kera’ayatan Yang Baik ditulis bersama oleh C Michael dan T Daniel bagi kegunaan pelajar Tingkatan Satu.
Antara tajuk yang terkandung dalam buku tersebut adalah mengenai adab antaranya seperti ‘kelakukan kamu di rumah’, ‘kelakuan kamu di hadapan khalayak ramai’ dan ‘kesetiaan kepada sekolah’.
Untuk rekod, Pendidikan Sivik merupakan mata pelajaran yang mempunyai persamaan dengan Tatarakyat
Mata pelajaran itu mula diperkenalkan pada Jun 2019 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diajar di semua peringkat bermula prasekolah hingga sekolah menengah.
Ia merupakan ilmu berkaitan tatarakyat dan mengajar individu untuk bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
Akibat sikap tidak bertanggungjawab dengan menunggang motosikal melawan arus, seorang penunggang motosikal yang lain telah mengalami kemalangan dan kehilangan nyawa.
Sebuah video telah tular semalam menunjukkan satu kemalangan yang cukup menyayat hati bagaimana seorang penunggang motosikal Ducati telah mengalami kemalangan akibat terjatuh dari jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE).
Dalam kejadian yang berlaku pada 1.05 tengahari tersebut, mangsa telah mengelak sebuah motosikal lain yang memandu melawan arus. Susulan daripada itu dia dilihat hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh penghadang jejambat dan terjatuh ke bawah.
Mangsa yang mengalami cedera parah dipercayai maut di lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat selepas hasil siasatan awal diperoleh daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Ampang Jaya.
Terdahulu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 12 saat memaparkan motosikal melawan arus tular di media sosial. Fenomena pengguna jalan raya yang seakan tidak ada akal dengan melawan arus ini bukanlah satu perkara baharu.
Rata-rata pengguna laman media sosial mengutuk keras sikap tidak bertanggungjawab penunggang motosikal yang melawan arus dan seterusnya menjadi punca mangsa hilang kawalan motosikalnya.
Sama ada penunggang motosikal atau pemandu kereta ia dapat dilihat berlaku setiap hari. Malah lebih mengharukan kemalangan maut melibatkan kes kemalangan akibat pemanduan melawan arus ini sering kita dengar.
Namun amaran keras pernah dilontarkan oleh Plis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadapmana-mana pemandu atau penunggang motosikal yang melakukan kesalahan melawan arus trafik.
Memetik satu perkongsian di FB rasminya, PDRM berkata, mana-mana pemandu dan penunggang yang melakukan kesalahan melawan arus trafik termasuk yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.
Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000. Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.
Ingatlah ya, corak pemanduan anda mampu mengubah segalanya. Usahlah ambil ringan dan tidak peduli keselamatan orang lain dan diri sendiri semata-mata nak cepat dengan memandu melawan arus.
Jangan jadi ‘pembunuh’!
Salam takziah MASKULIN ucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga di masa akan datang hukuman lebih keras dikenakan terhadap pemandu atau penunggang motosikal tidak bertanggungjawab seperti kejadian ini. Sama-sama kita ambil iktibar ya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Travel bersama pasangan adalah perkara terindah yang mungkin anda rasakan. Ia akan merapatkan lagi hubungan anda bersama pasangan, dan di saat travel anda akan menghadapi senang susah bersama dan juga travel di tempat-tempat menarik bersama-sama.
1. Rakam kenangan manis bersama
2. Cari pengalaman baru
3. Kebebasan bersama
4. Kesenangan bersama
5. Pelajari perkara baru besama-sama
6. Travel menginspirasi untuk menghadapi masalah hidup
7. Travel menciptakan kenangan manis bersama
Kongsikan artikel ini.
p/s : Nak travel bersama pasangan tu kalau boleh bawalah pasangan yang sah untuk umat islam ?
sumberr: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.