Jika anda perhatikan sejak kebelakangan ini semakin ramai artis dari negara jiran Thailand berkunjung ke negara kita. Kebanyakannya memenuhi jemputan sebagai duta jenama fesyen atau gaya hidup. Kali ini MASKULIN ingin kongsi lima artis lelaki Thailand yang sangat popular.
Industri hiburan Thailand terus berkembang, mempersembahkan bakat-bakat yang tidak hanya memiliki kemahiran lakonan yang luar biasa, tetapi juga karisma yang tidak kurang hebatnya!
MASKULIN ingin tampilkan lima artis lelaki Thailand dianggap paling ‘mendunia’ dan terkenal termasuklah di Malaysia.
Dari senarai ini anda rasa jejaka mana yang paling mempunyai jumlah peminat yang ramai di Malaysia? Ikuti senarai lima artis Thailand yang mendominasi perhatian peminat!
1. Nadech Kugimiya
Nadech Kugimiya bukan hanya seorang pelakon tetapi juga model berdarah campuran Thai dan Austria. Terkenal dengan wajahnya yang tampan dan senyuman memikat, Nadech telah membintangi beberapa drama Thailand yang paling sukses seperti “Duang Jai Akkanee” dan “Game Rai Game Rak”.
Popularitinya tidak terbatas hanya di Thailand sahaja, tetapi juga meluas ke seluruh benua Asia. Nadech juga aktif dalam pelbagai aktiviti kebajikan, menjadikannya sebagai salah seorang ikon paling disegani di Thailand.
2. Mario Maurer
Ads
Sejak melakukan debut menerusi film “The Love of Siam”, Mario Maurer telah menjadi nama yang dikenali dalam industri hiburan Thai. Aktor yang memiliki darah kacukan Jerman dan Cina ini terkenal dengan perananannya dalam “Crazy Little Thing Called Love” dan “Pee Mak”.
Filem “Pee Mak” merupakan salah sebuah filem Thailand yang berjaya mendapatan jumlah kutipan tertinggi sepanjang zaman. Mario juga dikenali dalam dunia fesyen dan sering terlibat menerusi kempen-kempen berskala mega menjadikannya salah satu wajah yang cukup dikenali ramai peminat.
3. Mark Prin
Mark Prin atau juga dikenali Prin Suparat merupakan seorang aktor yang memulakan kariernya dalam dunia hiburan sebagai model. Wajahnya mula menjadi kegilaan ramai peminat selepas membintangi drama “Punya Chon Kon Krua”.
Ads
Selain berlakon, Mark juga dikenal sebagai sosok yang berjiwa besar, aktif dalam berbagai kegiatan sosial dan kebajikan. Penglibatannya dalam dunia lakonan yang aktif dan komitmen terhadap masyarakat membuatnya menjadi salah satu figura paling disegani.
4. James Jirayu
James Jirayu atau Jirayu Tangsrisuk, mula dikenali melalui debutnya dalam drama “Suparburoot Jutathep”. Dengan bakat semula jadi dalam bidang lakonan dan muzik, James telah memenangi hati peminat dengan senyuman manis dan penampilan penuh karismatik.
Dia juga dikenali sebagai seorang penyanyi yang sangat berbakat. Malah, pernah hadir dengan beberapa album yang mendapat sambutan baik. James yang turut dikenali dengan gelaran Khun James juga sangat aktif di laman media sosial dan banyak meluangkan masa berinteraksi dengan peminatnya secara langsung.
Nama Bright Vachirawit Chivaaree menjadi bintang yang bersinar terang di kalangan generasi muda melalui peranannya dalam seri “2gether”. Aktor muda ini memiliki darah campuran Thai-Amerika dan Cina. Dia terkenal kerana memiliki wajah yang tampan serta bakat lakonan yang sangat baik.
Selain berlakon, Bright juga mempunyai hobi dan minat dalam bidang musik dan fotografi. Malah dia sering berkongsi hasil karyanya melalui media sosial.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda adalah seorang yang aktif ke gym, anda perlu tambah kekerapan pengambilan makanan ada. Ini adalah kerana anda perlukan lebih banyak kalori untuk dibakar berbanding yang tidak aktif bersukan. Kekurangan pengambilan makanan akan membuatkan anda cepat penat dan otot anda menjadi kejang.
2. Susun jadual pemakanan
Ambil makanan anda sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda bersenam. Ia akan memberikan masa yang cukup untuk badan anda menghadam makanan yang diambil dan seterusnya membekalkan tenaga untuk anda bersenam. Selepas sesuatu sesi senaman atau latihan, ambil makanan dalam kuantiti yang kecil contohnya makan buah-buahan untuk menggantikan semula zat-zat yang hilang ketika anda bersenam.
3. Tingkatkan kadar karbohidrat dalam makanan
Karbohidrat memberi badan kita lebih banyak tenaga dan boleh menggantikan nutrien dan zat yang hilang ketika anda bersenam. Anda perlu ambil karbohidrat sebelum dan selepas sesuatu aktiviti fizikal yang anda lakukan.
4. Tingkatkan sumber protein dalam makanan
balanced diet, cooking, culinary and food concept – close up of different foodstuffs on table
Untuk membina otot dengan cepat, anda perlu tambah sumber protein setiap hari. Ikan, daging dan ayam merupakan sumber protein yang baik untuk membina otot. Anda juga boleh mengambil protein shake untuk membina otot dengan cepat.
5. Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
Semua buah-buahan dan sayur-sayuran bagus untuk memberikan tubuh anda vitamin dan nutrien yang cukup ketika anda membuat senaman bina badan yang berat untuk mempercepatkan pembesaran otot.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Musim durian datang lagi! Durian (Durio zibethinus Murray) dikenali sebagai ‘raja buah’ dalam kalangan orang ramai khususnya masyarakat di Asia Tenggara. Memiliki bau yang menyengat, tekstur yang lembut, rasa lemak dan berkrim yang enak serta warna kekuningan sudah pasti menarik perhatian semua orang untuk mencubanya. Secara tradisinya, durian dianggap “panas” kerana ia dapat meningkatkan suhu badan dan menaikkan tekanan darah.
Durian boleh menjadi sebahagian daripada Pendekatan Diet Untuk Menghentikan Hipertensi (DASH) yang merupakan pola makan direka untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengikut Garis Panduan Pemakanan 2010 dari Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat. Pola pemakanan ini adalah dengan mengambil empat hingga lima hidangan buah sehari dalam diet 2,000 kalori, dan setengah cawan durian segar sebagai hidangan.
Hubungan durian dan hipertensi
Natrium
Durian hanya menyediakan 5 mg natrium per cawan, dan mengurangkan pengambilan natrium boleh menurunkan tekanan darah anda. Individu yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak boleh melebihi 1,500 mg sodium sehari. Bagi menurunkan pengambilan natrium anda, banyakkan memakan buah-buahan segar, sayuran dan kekacang serta hadkan penggunaan garam dan makanan yang disediakan.
Kalium
Satu manfaat penting buah durian untuk tekanan darah ialah ia sangat tinggi dalam kalium, dengan 1,059 mg per cawan. Diet tinggi potasium menyokong tekanan darah yang sihat, dan orang dewasa yang sihat perlu mendapat sekurang-kurangnya 4,700 mg sehari. Buah, kacang, sayuran dan ikan adalah sumber semula jadi potasium yang baik.
Bolehkan penghidap hipertensi makan durian?
Pesakit dengan hipertensi sering mengalami komplikasi dengan penyakit jantung. Kandungan alkohol dalam buah durian boleh meningkatkan tekanan darah pesakit hipertensi. Tekanan darah meningkat akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan penyakit jantung secara tiba-tiba. Kawalan tekanan darah yang sering terletak di atas 200 akan mendorong kepada penyakit jantung. Sekiranya tekanan darah dan serangan jantung serentak, ia mungkin boleh menyebabkan kematian.
Tip makan durian bagi penghidap diabetes:
Tidak makan berlebihan
Tidak makan daging berlemak tinggi selepas memakan durian
Pasti ramai yang tahu tentang kewujudan jambatan tertinggi di Malaysia yang baru di buka seminggu yang lepas. Jalan Pintasan Rawang atau lebih dikenali dengan Rawang Bypass ini dibuka untuk kegunaan orang awam, malangnya sudah ada tangan yang kreatif mencemari tembok lebuh raya yang dibina dengan kos RM630 juta itu dengan seni graffiti.
Gambar yang dimuat naik laman Facebook Blog Jalan Raya Malaysia (BJRM), mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab terbabit.
Seperti perumpamaan kera mendapat bunga. Tidak sampai seminggu Jalan Pintasan Rawang FT37 dibuka, sudah ada kesan contengan oleh orang yang tidak bertanggung jawap ini.
Sementara itu, Lawalah Familia, yang namanya turut terpalit dalam gambar berkenaan tampil memohon maaf bagi pihak peminatnya yang melakukan vandalisme tersebut.
“Kami Lawalah Familia ingin memohon maaf secara terbuka bagi pihak peminat kami yang melakukan vandalisme. Apa yang berlaku adalah di luar kawalan kami,” kata kenyataan kumpulan muzik itu di Facebook rasminya semalam.
Menurut kenyataan itu lagi, mereka juga turut mengecam tindakan individu terbabit yang telah mencemarkan imej mereka secara tidak langsung.
Di media sosial, netizen juga mengecam tindakan perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu.
“Rakyat kita masih mundur dari segi pemikiran. Lihatlah MRT baru tu, habis duit nak repair ekoran vandalisme. Tak tahu dah nak buat apa dengan orang kita ini,” – Izzo Jackster.
“Lawa ke tak lawa ke, tak boleh macam ni. Kalau kita tak strict, then every shithead with a spray can akan ambil mudah conteng kemudahan awam. Vandalisme adalah vandalisme.” – Daud Aiman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.