Kalau anda perasan watak-watak utama sama ada superhero atau villain dalam komik kebiasaannya memiliki tubuh bdan serta fizikal sasa yang luar biasa besarnya.

Kadangkala memang tak masuk akal jika kita bandingkan dengan manusia dalam dunia sebenar. Namun itulah yang dilakukan oleh penulis dan pelukis komik untuk menggambarkan sifat hebat mereka sebagai superhero atau villain.

Karakter-karakter komik ini biasanya memiliki satu set otot yang sempurna seperti bisep, dada yang bidang dan kaki pejal berurat bagaikan dawai. Bermula pada era awal 1960-an dan 1970-an, pelukis komik mula menjadikan watak-watak mereka berbeadan besar. Antara yang memiliki badan sasa keterlaluan ialah Badrock, The Hulk, Collossus dan Juggernaut.

Kini filem-filem komik diubah dan diadaptasikan ke dalam bentuk filem. Secara tak langsung pelakon-pelakon Hollywood memiliki tanggungjawab sangat besar bukan sahaja melakonkan watak dengan berjaya tetapi mendapatkan badan yang sasa seperti dalam komik.

Walaupun mereka tidaklah mendapat 100 peratus sama namun transformasi yang dilakukan oleh barisan pelakon ini memang boleh dipuji.

Ikuti transformasi yang dilakukan oleh 10 bintang Hollywood ini untuk menjiwai karakter komik mereka.

10. Christian Bale – Batman

Lihat Transformasi Luar Biasa Pelakon Hollywood Lakukan Untuk Filem Superhero

Sebelum berlakon dalam filem ‘Batman Begin’, Christian Bale mempunyai fizikal sangat kurus. Dia hanya ada masa enam bulan sahaja untuk menaikkan semula berat badan. Dan bukan itu sahaja dia juga harus membina otot badan yang besar! Perubahan besar dalam waktu yang singkat benar-benar buat ramai orang kagum dengannya.

9. Henry Cavill – Superman

Lihat Transformasi Luar Biasa Pelakon Hollywood Lakukan Untuk Filem Superhero

Melakonkan watak superhero yang disayangi ramai ini merupakan satu cabaran besar buat Henry Cavill. Di dalam komik, Superman memiliki fizikal yang cukup tegap namun tidaklah ‘bagak’. Untuk filem ini Henry Cavill melakukan latihan keras dua kali sehari dan mengambil jumlah kalori antara 5,000 ke 6,000 sehari untuk mantapkan badan. Luar biasa!

8. Chris Hemsworth – Thor

Lihat Transformasi Luar Biasa Pelakon Hollywood Lakukan Untuk Filem Superhero

Tugas Chris Hemworth melakonkan watak sebagai dewa Norse bukanlah mudah. Ini kerana watak tersebut memiliki fizikal sempurna dengan ketampanan yang mampu mencairkan siapa sahaja memandangnya. Walaupun sebelum memegang watak ini dia sudah sedia tegap namun Chris harus masuk gim untuk mantapkan otot-otot badannya. Dia mendapatkan latihan bersama trainer terkenal yang juga bekas tentera Navy SEAL, Duffy Gaver.

Ads

BACA: Senarai Kesemua Filem Superhero Yang Bakal Ditayangkan Pada 2019

7. Chris Evans – Captain America

Lihat Transformasi Luar Biasa Pelakon Hollywood Lakukan Untuk Filem Superhero

Antara wajah utama Marvel Cinematic Universe ini secara harfiahnya melakukan transformasi ajaib di dalam filemnya. Walaupun dalam filem pertama pihak produk menggunakan CGI untuk menggambarkan badannya yang kurus namun itu tak bermakna Chris Evas tak bekerja keras. Dilaporkan Chris berlatih seorang diri dalam gim sehingga dirinya muntah kerana sangat komited untuk dapatkan tubuh badan yang sasa.

6. Tom Hardy – Bane

Lihat Transformasi Luar Biasa Pelakon Hollywood Lakukan Untuk Filem Superhero

Tom Hardy merupakan seorang pelakon yang serba boleh dan fleksibel di Hollywood. DFari melakonkan watak dalam filem ‘Star Trek’, filem aksi komedi ‘RocknRolla’ hinggalah atlet MMA dalam filem ‘Warrior’. Kesemua watak itu menuntut Tom memiliki fizikal berbeza, begitu juga untuk watak antagonisnya, Bane dalam filem Batman, ‘The Dark Knight Rises’. Malah dia juga mengambil sehingga 6,000 kalori sehari untuk dapat body seperti itu.

5. Chris Pratt – Star Lord

Lihat Transformasi Luar Biasa Pelakon Hollywood Lakukan Untuk Filem Superhero

Siapa sangka pelakon yang muncul dengan badan gempal menerusi drama komedi ‘Parks and Recreation’ mampu muncul sebagai bintang adiwira seperti Star Lord. Untuk filem ini Chris Pratt menurunkan berat badannya kira-kira 30 kilogram. Dia juga pernah berkongsi rejim latihannya di laman media sosial dan menunjukkan trasformasi dirinya yang berlaku peringkat demi peringkat.

Ads

4. Hugh Jackman – Wolverine

Lihat Transformasi Luar Biasa Pelakon Hollywood Lakukan Untuk Filem Superhero

Tak sah rasanya jika kita tak menyebut nama Hugh Jackman dalam artikel ini. Malah bila sebut sahaja Wolverine pasti namanya akan terpacul dalam minda. Begitulah impak lakonan Hugh Jackman bawa untuk karakter anti-hero yang juga dikenali sebagai Logan. Sejak kali pertama muncul memegang watak ini pada tahun 2000, Hugh Jackman begitu berdedikasi menjaga fizikalnya agar sentiasa relevan dengan watak yang dibawa hinggalah dalam filem terkahirnya, ‘Logan’.

3. Ben Affleck – Batman

Lihat Transformasi Luar Biasa Pelakon Hollywood Lakukan Untuk Filem Superhero

Ben Affleck merupakan seorang lagi aktor yang dipertanggungjawabkan membawa watak sebagai Batman. Dan memegang amanah ini merupakan satu cabaran buat dirinya yang sebelum ini pernah dikecam semasa melakonkan watak Daredevil. Untuk filem ‘Batman v Superman’ dan ‘Justice League’, Ben Affleck harus menjadikan fizikalnya sebagai Batman yang sudah meningkat usia dan sedikit tua. Dia menjalani latihan semlama lima hingga enam hari seminggu.

2. Ryan Reynolds – Deadpool

Lihat Transformasi Luar Biasa Pelakon Hollywood Lakukan Untuk Filem Superhero

Kisah bagaimana Ryan Reynolds berusaha begitu keras bagi merealisasikan filem ini berada kemas dalam lipatan sejarah sebagai sebuah usaha epik yang membuahkan hasil mengjangkaui batas akal. Berbeza denganw atak superhero atau villain yang lain, Deadpool merupakan watak yang memiliki fizikal tidak terlalu besar namun mempunyai badan kurus dan tegap.

1. David Harbour – Hellboy

Lihat Transformasi Luar Biasa Pelakon Hollywood Lakukan Untuk Filem Superhero

Ads

Sebelum ini watak ‘Hellboy’ pernah dibawa oleh Ron Perlman menerusi adaptasi filemnya pada tahun 2004. Untuk filem remake yang bakal dikeluarkan pada 11 April 2019 dilseluruh negara ini, Hellboy dilakonkan oleh Dabvod Harbour. Jika anda pernah menyaksikan drama seram fantasi ‘Stranger Things’ pasti kenal dengannya yang membawakan watak polis bernama Jim Hopper. Dia yang memiliki fizikal sedikit boroi menjalani latihan intesif untuk menurunkan berat badan dan membina otot di sekitar perut, pengan dan dada.


 

Filem aksi hebat adaptasi dari komik, ‘Hellboy’ akan menemui penonton di Malaysia pada 11 April 2019.

Tapi MASKULIN nak ajak anda tonton Tayangan Premier ‘HELLBOY’ lebih awal daripada tarikh tayangannya!

Lihat Transformasi Luar Biasa Pelakon Hollywood Lakukan Untuk Filem Superhero

Ikuti langkah-langkah di bawah.

CONTEST HELLBOY x MASKULIN

15 Pas Berkembar Tayangan Premier HELLBOY

Tarikh: 10 April 2019
Masa: 8:30 malam
Lokasi: TGV Cinema 1 Utama

Soalan: Siapakah yang membawakan watak sebagai ‘Hellboy’ untuk adaptasi terbaru 2019?

Emelkan jawapan anda ke mohd_farizul@ideaktiv.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI