Bercakap tentang minuman berkarbonat atau lebih mesra dengan panggilan ‘air gas’ di kalangan pengguna tempatan, ia bukan lagi perkara asing dalam kehidupan seharian kita.
Malah ke mana-mana kita pergi pasti tidak akan bebas dengan minuman berkarbonat yang dijual di restoran makanan segera, restoran biasa, hotel mewah, stesen minyak mahupun kedai runcit sebelah rumah saja.
Minuman berkarbonat sudah menjadi budaya pemakanan yang sebati dengan kehidupan seharian kita. Cuma ia bergantung kepada kita sahaja untuk mengawal pengambilan air yang banyak memberikan mudarat kepada kesihatan.
Ads
Perkara paling utama tentang minuman berkarbonat pastinya kandungan gula yang terlampau tinggi. Bila kita bercakap tentang makanan atau minuman mengandungi gula yang tinggi ia secara langsung dikaitkan dengan pelbagai penyakit.
Tapi tahukah anda apa yang berlaku dalam badan selepas meminum minuman berkarbonat ini?
1. SELEPAS 10 MINIT
Anda baru sahaja lepas makan atau mungkin anda ingin hilangkan dahaga. Lalu air gas menjadi pilihan untuk penuhi hasrat itu. Untuk 10 minit pertama kira-kira 10 sudu kecil gula masuk sistem badan. Ini adalah jumlah melebihi 100% dari yang disyorkan.
Ads
2. SELEPAS 20 MINIT
Kandungan gula dalam darah meningkat mendadak lalu menyebabkan pemecahan insulin. Hati akan menghantar isyarat terhadap hasil ini dengan menukarkan gula kepada lemak. Bagi haiwan, atau tikus makmal, fruktos sampai ke hati dalam kuantiti yang mencukupi dengan kelajuan yang mencukupi, dan hati akan menukarkannya kepada lemak.
Ini mengasilkan situasi yang dipanggil rintangan insulin, iaitu masalah asas obesiti dan penyebab kepada penyakit jantung dan diabetes tahap 2. Ia juga boleh menjadi penyebab kepada banyak barah.
3. SELEPAS 40 MINIT
Kira-kira 40 minit selepas anda mengambilnya penyerapan kafein sudah tamat. Anak mata anda menjadi besar dan tekanan darah meningkat sebagai respon kepada hati yang merembeskan kadar gula yang banyak ke saluran darah.
Ads
Reseptor adenosin dalam otak pula disekat untuk mengelakkan rasa mengantuk. Lima minit selepas tempoh ini badan akan rangsang rasa seronok kerana dopamin telah dihasilkan.
4. SELEPAS SEJAM
Jadi apa yang berlaku selepas sejam anda meminumnya? Asid fosforik mengikat kalsium, magnesium dan zink dalam usus yang meningkatkan metabolisma anda. Perkara ini akan lebih buruk dengan kandungan gula yang tinggi.
Kandungan pemanis buatan juga meningkatkan perkumuhan kalsium. Ciri-ciri diuretik kafein mula memainkan peranan yang membuatkan anda kencing. Ia akan memastikan anda membuang kalsium, magnesium dan zink yang sedang menuju ke tulang anda.
Apabila rasa seronok dan “rush” dalam badan anda berkurangan, anda akan mula mengalami apa yang dipanggil “sugar crash”. Anda mungkin akan mula rasa marah atau lembab. Anda juga mungkin akan kencing segala air yang terdapat dalam minuman berkarbonat itu tadi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ya, mungkin anda sendiri pun sudah banyak kali mendengar tentangnya. Tapi cuba tanya diri sendiri bilakah kali terkahir anda melakukannya, Senaman basic yang mudah dilakukan ini sebenarnya sangat baik terutamanya untuk anda yang ingin membina otot bahagian badan, tangan dan lengan.
Malah ia juga senaman untuk orang yang paling malas bersenam. Tak perlu banyak bergerak sangat pun dan hanya memerlukan sedikit ruang sahaja.
MASKULIN jamin anda akan dapat rasakan perubahan pada diri sama ada dari segi fizikal dan mental. Jadi apakah yang akan berlaku kepada anda selepas sebulan melakukannya setiap hari. Ikuti jawapannya di bawah!
LEBIH BERTENAGA
Selepas beberapa melakukannya anda akan rasakan perubahan pada fizikal. Badan anda akan rasa lebih bertenaga dan kurang lesu apabila bangkit dari tidur. Apabila genap sebulan anda melakukan 10 push up, badan anda akan rasa lebih ‘ringan’. Ini kerana dengan melakukan senaman kadar denyutan jantung anda akan bertambah lalu suhu badan juga jadi makin stabil. Dan ini berkait rapat dengan tenaga dalaman.
PERUBAHAN LUARAN
Walaupun ada kemungkinan badan tak berubah ketara dari segi fizikal namun dengan melakukan senaman ini selama sebulan badan anda akan rasa lebih pejal. Maksudnya di sini otot-otot penting seperti perut, tangan dan kaki akan menjadi lebih kuat.
TERAS BADAN LEBIH KUAT
Antara kelebihan melakukan push up, ia mampu menguatkan otot bahagian abdomen atau dalam erti kata lain menguatkan teras badan anda. Ramaik orang otak sedar bahawa senaman push up memberikan faedah kepada keseluruhan bahagian badan. Lalu dengan melakukan 10 push up selama sebulan anda dapat membina teras yang lebih kuat.
JADI MAKIN SENANG
Selepas melakukan senaman ini selama sebulan anda akan dapati lama-kelamaan push up akan rasa mudah dilakukan. Malah anda boleh meningkatkan jumlah push up kepada dua kali ganda dengan senang. Mungkin untuk bulan seterusnya anda boleh lakukan 20 push up setiap hari selama sebulan. Selain itu speed anda melakukan push up juga bertambah.
MENTAL LEBIH TENANG
Setiap hari anda ada misi tersendiri iaitu harus melengkapkan 10 kali push up. Ini secara tak langsung anda melatih diri untuk lebih berdisiplin. Dan apabila anda mampu mendisiplinkan diri, perkara lain juga anda akan boleh lakukan. Anda juga akan ada disiplin untuk menjaga pemakanan dan mengambil makanan lebih sihat setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gastrik adalah sejenis penyakit disebabkan ketidakseimbangan asid dan pepsin pada usus kita. Apabila seseorang itu ada penyakit ini, dia hendaklah sentiasa jaga pemakanan dan jangan skip makan seharian. Kalau sakit Gastrik ini sudah menyerang, memang sakitnya bukan calang-calang. Sesetengah orang boleh pengsan kalau ketahanan dirinya lemah untuk lawan sakit Gastrik ini.
Sekiranya ketika gastrik mula menyerang dan tiada ubat gastrik dengan anda, di bawah ini ada tersenarai beberapa makanan yang mudah didapati dalam dapur kita yang berfungsi mengurangkan sakit gastrik yang di alami.
MAKANAN UNTUK KURANGKAN SAKIT GASTRIK
1) Pisang
Pisang mengandungi Potassium yang sangat dan mempunyai nilai pH yang tinggi iaitu alkali. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mucus. Mucus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.
2) Susu Sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
3) Bunga Cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Selain itu, bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman. Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.
4) Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi mengetahui makanan yang memberikan reaksi kepada kulit, anda perlu ingat apa yang dimakan dan peka kepada makanan tersebut agar tidak mengambilnya lagi.
Ini kerana katanya, jika anda tidak peka dengan keadaan tubuh sendiri, bagaimana anda hendak mengelakkan diri daripada terus ditumbuhi jerawat pada kulit muka, belakang dan leher.
Ingin ditekankan di sini bahawa tiada sebarang makanan pun yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit tetapi reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri.
“Jerawat tumbuh disebabkan masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stres melampau. Banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.
Contohnya, jerawat akan tumbuh jika kurang tidur, menyedut udara tercemar dan juga menghadapi tekanan yang teruk akibat kerja dan hal peribadi.
Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat:
Makanan berlemak dan bergoreng – Ia meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.
Makanan daripada produk tenusu – Kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu boleh menyebabkan alahan
Makanan daripada karbohidrat yang diproses – Kandungan gula dalam makanan yang diproses adalah tinggi.
Minuman berkafein dan berkarbonat – Ia menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stres dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkarbonat juga mengandungi banyak gula iaitu lebih kurang tujuh sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
Makanan yang diproses atau ditinkan – Mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan.
Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika pengambilan makanan berkenaan dikurangkan. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.
Makanan untuk kurangkan jerawat
Berikut amalan pemakanan yang boleh dipraktikkan bagi membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit:
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya dua liter sehari
Amalkan cara masakan memanggang, stim atau bakar
Memakan makanan berserat tinggi seperti roti bijirin penuh, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega-3, ayam organik, salad, jus buah-buahan segar dan banyak lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.