Jika sebelum ini, Eddy Bernard, atlet olahraga menjadi atlet paralimpik pertama pada edisi kali ini menyumbang pingat gangsa pada negara.
Terbaru, jaguh badminton para negara Cheah Leik Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) menghadiahkan pingat emas buat Malaysia.
Pada aksi final berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Liek Hou membuktikan status selaku pilihan utama di Paris 2024 dengan menewaskan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam masa 42 minit.
Ads
sumber: bernama.
Kemenangan itu turut menyaksikan Liek Hou meraih pingat emas kedua berturut-turut pada temasya sukan terbesar dunia tersebut, sekali gus mempertahankan emas yang dimenangi di Tokyo, Jepun tiga tahun lalu.
Sebaik melangkah masuk ke dalam gelanggang, pingat emas sebenarnya sudah boleh dianggap berada dalam genggaman pemain berusia 36 tahun itu memandangkan dia baru sahaja menewaskan Nugroho di peringkat Kumpulan A sebelum ini.
Ads
sumber: bernama.
Sebagai rekod, di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), Liek Hou bakal menikmati habuan RM1 juta selaku pemenang pingat emas Sukan Paralimpik, sama seperti yang diterima ketika menjadi juara pada Paralimpik Tokyo sebelum ini.
Tahniah Liek Hou, anda wira negara!
Ads
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anak kelahiran Kelantan, dari Kampung Manal, Tanah Merah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila aktif bertanding dalam sukan bola sepak gaya bebas sejak lapan tahun lalu.
Zulhilmi Zuaswa, 21, baru sahaja pulang daripada menyertai kejohanan dunia bola sepak gaya bebas di Turin, Itali selama seminggu yang berakhir Sabtu lepas.
“Sebelum itu saya perlu bertanding di peringkat Asia di Jakarta dan dipilih sebagai empat peserta terbaik Asia Pasifik daripada 60 peserta lain,” katanya.
Zulhilmi (duduk, dua kiri) ketika menyertai kejohanan di Jakarta.
Bercerita mengenai penglibatannya, kata Zulhilmi, segalanya bermula ketika dia berusia 13 tahun dan masih belajar di sebuah sekolah agama di Tanah Merah.
“Ketika itu saya hanya menonton video di platform media sosial dan mencubanya sebelum mengambil keputusan untuk fokus sepenuhnya dalam sukan ini.
“Saya mula belajar menimbang bola dan memberanikan diri menimba pengalaman dengan menyertai kejohanan ‘freestyle’ pertama di Kuala Lumpur,” katanya.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu, mula menyertai kejohanan dunia pada usia 15 tahun di Poland.
Tahniah Zulhilmi , moga terbang terus tinggi di persada yang diceburi dan mengharumkan nama Malaysia!
Buat mereka yang setia mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan pasti mengenali sosok badan tegap berwajah kacak ini. Kelibatnya di skrin mungkin agak jarang dilihat namun Arja Lee atau nama sebenarnya, Azaharudin Ramli masih segar di bibir peminat.
Info menerusi laman media sosialnya mendapati, Arja Lee sebenarnya menyambung pelajarannya. Dan beberapa hari lalu dia telah menghadiri Majlis Konvokesyen, Universiti Perguruan Sultan Idris.
Aktor kacak ini merupakan penerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pendidikan Persembahan. Jelasnya, dia mengakui perasaan agak bercampur baur saat namanya dipanggil untuk menerima ijazah.
DEBAR BERBEZA
Melihat ahli keluarganya bersorak telah membuatkan dirinya hilang rasa gemuruh yang dirasakan pada ketika itu. Memetik laporan Media Hiburan, Arja Lee berkata, “Debarnya sungguh berbeza kali ini. Tak dapat saya nak gambarkan perasaan dan apa yang bermain di fikiran pada waktu ini. Amat berbeza.
“Apabila nama disebut hinggalah terdengar jeritan penuh kasih sayang dari ahli keluarga tercinta di depan mata menjadi penawar di kala gugup setelah menerima ijazah di atas pentas,” jelasnya lagi.
“Kini aku bergelar Graduan Ijazah Sarjana,” tulisnya menerusi hantara di Instagram.
Selain itu, Arja Lee juga sekarang bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan sejak tahun lalu lagi. Tidak hairanlah kelibatnya di industri lakonan memang agak sepi sejak kebelakangan ini.
Jelasnya menerusi satu temu bual bersama Mstar, Arja berkata dia tidak lagi mahu terlibat dalam dunia glamor sebagai selebriti. Apa yang dia mahukan sekarang ialah kehidupan yang lebih tenang tanpa sebarang kontroversi di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.
“Alhamdulillah saya selesa dengan kehidupan saya sekarang… ada pekerjaan tetap dan paling penting ada pendapatan bulanan yang tak perlu saya risau setiap bulan.
“Dekat sini saya mahu menjalani hidup tenang dan bebas daripada sebarang kontroversi sebagai seorang selebriti.
“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan tinggalkan bidang seni buat masa ini bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai seorang pensyarah yang turut memerlukan komitmen tinggi,” tambahnya lagi.
Rangkaian runcit 99 Speedmart bagaikan tumbuh macam cendawan. Sana sini cawangan baru. Tapi siapakah agaknya tauke kedai ini. Hebat betul!
Lelaki OKU Bukti Kemampuan, Kini Miliki Lebih 2000 Cawangan 99Speedmart
Pasti ramai yang tidak tahu siapakah individu di sebalik kejayaan pasaraya ini. Malah tentu anda tidak sangka, individu tersebut merupakan seorang OKU sejak kecil lagi.
rangkaian runcit 99 Speedmart bagaikan tumbuh macam cendawan
Individu yang dimaksudkan adalah Lee Thiam Wah. Dilahirkan pada tahun 1954 dan mempunyai 11 orang adik-beradik. Bapa Lee merupakan buruh pekerja binaan manakala ibunya seorang penjual makanan jalanan.
Sewaktu kecil, Lee telah diserang penyakit Poliomyelitis ketika berusia 8 bulan menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda sehingga sekarang. Disebabkan kemiskinan, beliau hanya bersekolah setakat darjah enam kerana ibu bapanya tidak mampu membiayai persekolahannya pada masa itu.
Lelaki OKU Bukti Kemampuan, Kini Miliki Lebih 2000 Cawangan 99Speedmart
Namun keadaan itu tidak menghalang Lee dari terus mengapai cita-citanya sebagai seorang ahli perniagaan.
Menurut laporan, walaupun tidak bersekolah, Lee selalu meminjam buku dari jiran-jirannya dan banyak menghabiskan waktu bersama neneknya. Nenek Lee merupakan individu yang banyak memberikan galakan padanya dan sering mengatakan bahawa Lee hanya caca fizikal tetapi keupayaan mental masih sempurna.
Semasa berusia 14 tahun, Lee mula menjual makanan ringan di luar rumahnya di Jalan Kampar, Klang. Semasa berusia 23 tahun, dia berjaya mengumpulkan RM17,000 dan dijadikan modal untuk buka kedai runcit pertamanya yang dinamakan Pasar Raya Hiap Hoe.
Pasar Raya Hiap Hoe.
Dari perniagaannya itu, Lee banyak belajar apa yang dimahukan pelanggan dan belajar tentang pembekal dan harga. Lee juga banyak mempelajari mengenai pesaingnya secara mendalam.
Kemudian pada tahun 1992, Lee telah menjual kedai runcit berkenaan pada harga RM88,000 dan membuka sebuah pasar mini untuk mencabar dirinya dengan menjalankan perniagaan yang lebih besar.
Pada 1999, Lee telah menbuat penjenamaan semula terhadap pasar mini tersebut kepada 99Speedmart yang boleh kita lihat kini selalu berada di kawasan-kawasan sekitar kita.
Lelaki OKU Bukti Kemampuan, Kini Miliki Lebih 2000 Cawangan 99Speedmart
Pada awal perniagaan, dia mensasarkan jualan kepada pelanggan yang berpendapatan rendah. Oleh sebab itu, Lee terpaksa mengorbankan margin pada sesetengah produk untuk dijual pada harga rendah berbanding pasaran untuk membina reputasi perniagaannya.
Ibu pejabat pertama kedai ini dibina pada Oktober 2002. Gudang berkeluasan 80,000 kaki persegi itu merupakan bangunan yang serba lengkap dengan perkhidmatan susun berpusat, penyimpanan dan pergudangan.
Pada Julai 2008, pusat pengedaran kedua telah siap dibina.
Ia diwujudkan untuk membolehkan rantaian itu terus menawarkan barangan dan perkhidmatan baharu dan canggih sambil mengembangkan rangkaian pasaran kecil di seluruh negara.
99 speedmart
Sejak itu, mereka telah membuka sehingga 10 pusat pengedaran. 99 Speedmart juga menerima Anugerah Pilihan Pengguna dari tahun 2006 hingga 2009 dan pada tahun 2012.
Pencapaian ini membuktikan bahawa strategi pemasaran 99 Speedmart yang hampir dan menjimatkan berfungsi.
Sehingga November 2021, 99 pasar mini Speedmart telah membuka lebih daripada 2,000 cawangan di seluruh Malaysia dan beliau telah digelar The King Of Mini Market.
Lee juga berjaya mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa dengan pembukaan 99 Speedmart pertama di Singapura di 110 Sims Avenue pada tahun 2019.
Baru–baru ini, Lee muncul sebagai pemegang saham utama dalam Alliance Bank Malaysia Bhd, dengan 5.076 peratus kepentingan. Lee merupakan pemegang saham ketiga terbesar Alliance Bank selepas Vertical Theme Sdn Bhd sebanyak 29.06 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 10.5 peratus.
Lee adalah contoh yang baik tentang bagaimana anda tidak boleh membiarkan kecacatan fizikal anda berdiri dalam cara mencapai impian anda.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.