
Kekejaman zionis Israel yang terhadap rakyat Palestin yang tidak berkesudahan membuatkan ramai figura-figura ternama bangkit menyuarakan solidariti mereka terhadap Palestin.
Ini termasuklah juara dunia Formula 1 (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton yang menggesa gencatan gencatan senjata segera di Gaza yang setakat ini menyaksikan lebih 31,000 warga Palestin maut dalam serangan rejim Israel sejak Oktober lalu.
Memetik laporan The Merdeka Times, Lewis menyuarakan perkara itu menerusi sebuah hantaran story di Instagramnya.
“Menyampaikan kasih sayang dan sokongan saya kepada semua orang di Palestin yang menghabiskan waktu suci ini menghadapi bahaya, kehilangan dan kesedihan.

“Dalam bulan yang suci kepada begitu banyak orang di rantau ini, kita mesti terus menyeru gencatan senjata kekal dan pemulangan tebusan supaya keluarga dapat bersama dan bebas daripada ancaman berterusan kemusnahan dan keganasan.
“Gencatan senjata sekarang,” kata Lewis merujuk kepada serangan rejim Israel di Gaza dan bulan Ramadan disambut umat Islam di seluruh dunia.

Lewis turut berkongsi data Save the Children mengenai situasi kebuluran kanak-kanak Palestin di Gaza menerusi sebuah hantaran story berasingan.
Sumber: The Merdeka Times
BACA: Aktivis AS Perjuang Isu Palestin Shaun King & Isteri Peluk Islam Di Hari Pertama Ramadan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sperma Semakin Kurang Bila Kerap Tonton TV

Menghabiskan masa berjam-jam di hadapan televisyen hanya akan mendatangkan mudarat terhadap kesihatan. Antara kesan tonton TV terlalu lama adalah seperti berikut :
RISIKO DIABETES
Berdasarkan kajian yang dijalanakan, seseorang yang terlalu kerap menonton televisyen lebih dari dua jam setiap hari, berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis. Bukan setakat itu sahaja, risiko kematian mengejut juga boleh terjadi apabila tabiat buruk ini menjadi amalan.
MASALAH OBESITI
Kebiasaannya individu yang terlalu kerap menonton televisyen dalam tempoh masa yang lama pasti berhadapan dengan sikap malas untuk melakukan sebarang aktiviti. Lebih seronok apabila aneka jenis makanan ringan sudah terhidang. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan kenaikan berat badan. Jesteru itu, hindari dan gantikan dengan perkara-perkara yang lebih menbawa faedah kepada kesihatan dan gaya hidup sehari-hari.
FIKIRAN RUNSING
tabiat menonton televisyen dalam tempoh yang lama hanya akan merunsingkan fikiran dan hati. Ini kerana ‘keseronokan’ menonton televisyen membuatkan diri terlupa pada waktu tidur yang sepatutnya malah ahli kesihatan sendiri percaya bahawa kelaziman ini membuatkan anda mengalami gangguan fisiologi sekali gus merosakkan mood sedia ada.
MEROSAKKAN OTAK
Para pengkaji mendapati terlalu lama menonton televisyen hanya akan mengubah struktur otak dengan cara merosakkan secara perlahan-lahan. Perkara ini telah dibuktikan melalui hasil kajian yang dilakukan di Jepun apabila satu ujian imbasan otak telah dilakukan kepada 276 orang kanak-kanak. Keputusannya terdapat peningkatan dikawasan abu-abu di korteks hadapan sekali gus membuktikan bahawa menonton televisyen hanya akan menurunkan kecerdasan verbal si anak.
KURANGKAN JUMLAH SPERMA
Mungkin ia kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi hasil kajian mendapati individu yang memperuntukkan masa yang lama untuk menonton televisyen hanya akan mengurangkan jumlah sperma mereka. Ini kerana lelaki yang gemar menonton lebih dari 20 jam seminggu akan memiliki jumlah sperma yang lebih sedikit berbanding lelaki yang jarang menonton televisyen.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Habislah Kena Jumpa Bakal Mertua Raya Ni

Mungkin ini adalah tahun terakhir anda bergelar lelaki bujang, tidak salah untuk anda mengenali bakal mertua anda dengan lebih dekat. Jangan takut ok, buat biasa sahaja.
Steady
Anda tak perlu rasa cuak untuk pergi beraya rumah dia. Buat rilek je. Anggap macam tak ada apa-apa yang berlaku. Lagi pun anda pergi untuk beraya, bukannya anda pergi nak buat benda jahat pun. So tak perlu anda rasa takut-takut nak datang beraya rumah bakal mertua anda tu. Mereka tak makan orang lah. Mereka makan kuih raya.
Kemas
Pakaian yang anda pakai tu mestilah kemas. Kalau boleh, pakai baju kemeja yang elok sikit. Jangan pakai baju tshirt lusuh, koyak sana sini, siap ada lambang tengkorak lagi. Sangat-sangatlah tak sesuai untuk datang beraya rumah orang. Kalau saya tengok pun akan pandang dua tiga kali siap cakap lagi, “Dia ni nak datang tengok konsert ke, atau nak datang beraya?”
Rapi
Pastikan juga rambut anda disikat rapi. Lebih elok kalau rambut tu pendek. Barulah nampak kemas. Biar bakal mertua anda tu tengok anda ni nampak segak, tampan dan bergaya. Tak selekeh. Kalau adik-beradik dia tengok pun rasa kagum sebab anda kelihatan hensem.
Buah tangan
Jangan datang dengan tangan kosong. Walaupun anda datang untuk beraya, tetapi bawa la sikit buah tangan apabila anda datang beraya rumah si dia nanti. Kalau anda rasa tak tahu nak bawa apa, belilah buah epal ke, buah anggur ke, atau pun buah limau yang boleh anda beli dekat shopping complex.
Masa
Pastikan anda menjaga masa anda. Kalau anda beritahu si dia yang anda akan datang pukul 2 petang, pastikan yang anda sampai tepat pukul 2 petang. Kalau nak sampai awal pun boleh, dalam 5-15 minit. Tetapi jangan sampai awal sangat sebab takut family dia tak ready lagi. Paling penting sekali, jangan sampai lewat. Kalau lewat, anda gagal.
Saudara-mara
Sebab selalunya masa beraya ni ramai saudara-mara atau kawan-kawan family dia datang rumah untuk beraya. Jadi lebih baik anda deal awal-awal dengan pasangan anda yang anda akan datang pada sekian-sekian waktu. Sebab tak nak la nanti bila anda datang ke rumah dia, sekali tengok-tengok ramai pula saudara-mara dia ada dekat rumah tu. Anda yang tadi mula-mula okey, terus jadi segan pula nanti menjawab soalan-soalan killer dari makcik-makcik dia.
Teman
Kalau anda rasa tak berani untuk pergi sorang-sorang, bawalah teman (wingman). Mungkin anda boleh ajak kawan baik anda ke, atau pun adik-beradik anda ke, untuk pergi teman beraya rumah si dia. Sekurang-kurangnya tak adalah anda rasa kekok bila tiba-tiba anda tak tahu nak berbual apa dengan parents dia nanti. Sebab bila kita duduk sorang-sorang ni, kita mudah mati akal bila dah habis point untuk berborak. Jadi bila ada teman tu, ok lah sikit.
Hormat
Ketika sampai rumah dia nanti, pastikan yang anda hormat bakal mertua anda dan adik-beradik dia. Jangan hanya hormat pada ibubapa dia saja sebab adik-beradik dia pun mainkan peranan juga nanti. Sebab kebiasaannya, ibubapa akan tanya pendapat adik-beradik yang lain tentang diri anda. Jika anda hanya mengambil hati bakal mertua anda saja dan mengenepikan adik-beradik dia yang lain, anda silap. Anda gagal lagi sekali.
Duit Raya
Kalau anda sudah bekerja, pastikan anda bagi duit raya untuk adik-beradik dia. Tetapi berikan kepada mereka yang masih bersekolah saja. Yang sudah bekerja tu, tak perlu la bagi. Untuk bakal mertua anda pula, tak perlulah bagi duit raya. Mereka bukannya perlukan pun. Oh ya, kalau anda nak naikkan saham anda, bagi la duit raya tu depan parents dia. Bagi ketika anda sudah nak balik.
Tenang
Ketika duduk makan bersama dengan family dia nanti, anda perlu tenangkan diri. Jangan kelam kabut. Apabila berborak dengan family dia pun, berborak pada topik yang anda tahu saja. Jangan cerita topik yang berat-berat yang sampai buat orang lain pun rasa meluat. Cari topik yang santai-santai yang semua orang faham. Lagi bagus kalau anda boleh borak topik yang berkaitan dengan minat family pasangan anda.
Salam
Ramai yang terlupa part ni. Sebab dah seronok pergi beraya rumah si dia, terus lupa beri salam bila dah nak balik. Masa datang, pandai pula berikan salam. Tetapi bila balik, cakap terima kasih dan terus balik je tanpa berikan “Assalammualaikum” dekat kedua ibubapa dan family pasangan mereka. Jadi, ingat. Semasa anda nak balik tu, berikan salam. Tunjukkan yang anda ini cukup budi bahasa dan agamanya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Aliff Syukri Memohon Maaf Minta Video Teaser Raya Dihapuskan Semua Pihak

Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini memohon maaf dan meminta agar video teaser lagu hari raya yang telah menjadi viral dihapuskan oleh mereka yang memiliki akses kepadanya.
Dalam sebuah catatan Instagram yang telah mendapat sambutan lebih 8,000 suka, Aliff mengungkapkan permintaan maafnya dan meminta agar isu tersebut tidak diperbesarkan lagi.
“Maafkan saya… mohon yang ada video yang korang tak senang tu, delete lah. Tak payah dipanjang-panjangkan. Maaf ya sahabat-sahabat semua,” demikian tulis Aliff.
Akan tetapi, reaksi netizen terhadap permintaan maaf ini bercampur aduk. Dalam perkembangan terbaru, media melaporkan bahawa telefon bimbit dan kad sim Aliff, yang diduga digunakan untuk mengunggah video tersebut, telah disita oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memberitahu bahawa peralatan tersebut sedang diperiksa oleh Unit Forensik sebagai bagian dari penyelidikan lebih lanjut.
“Saya difahamkan selepas beliau dipanggil dirakam percakapan di Ibu Pejabat MCMC tempoh hari, telefon bimbit dan kad sim beliau disita dan dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut. Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat terperinci,” ujar Fahmi dalam sebuah sidang media.
Meskipun video tersebut dikatakan telah dihapus, Fahmi meminta MCMC untuk terus menyelidiki masalah ini. Kontroversi ini bermula ketika Aliff memuat naik klip video lagu hari raya bertajuk ‘Love Raya’, yang langsung mendapat kecaman dari netizen.
Bahkan ibu Aliff, Rozita Ibrahim, juga menyatakan rasa malu dan kecewa terhadap perilaku anaknya.
Kisah ini menjadi bukti bagaimana sebuah video dapat memicu reaksi luas dan menyeret nama seorang usahawan terkenal ke dalam sorotan publik, sekaligus mengingatkan tentang pentingnya mempertimbangkan isi konten yang diunggah ke media sosial.
Sumber: Media Hiburan & Sinar Harian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI