Ulang tahun ke-150 siluet ikonik Levi’s 501 diteruskan oleh jenama tersebut dengan satu lagi kempen yang tidak kurang hebatnya.
Lebih menarik, kempen terbaru ini menampilkan kerjasama bersama grup K-pop yang sedang meningkat naik, NewJeans.
Selaku duta global untuk Levi’s, NewJeans meneruskan sambutan legasi 501 dengan mempromosikan kegembiraan dalam menyerlahkan ekspresi diri yang sebenar.
Dengan rangkaian baharu padanan 501 serta penampilan bermusim, NewJeans dan Levi’s® menggalakkan peminat untuk menyatakan gaya unik mereka dengan mempamerkan cara berbeza kala menyesuaikan jean Levi’s 501® lalu menjadikannya gaya milik tersendiri.
Dihasilkan bersama Haus Tailors dan rakan kongsi artis Levi’s yang lain, kempen ini menampilkan satu-satunya padanan 501 klasik untuk menunjukkan potensi kreatif jean sebagai kanvas bagi ekspresi diri yang autentik.
Di Kedai Jahitan Levi’s® atau lebih dikenali sebagai Levi’s®Tailor Shop, peminat boleh menambah reka bentuk sulaman, tampalan, lipatan dan hiasan mereka sendiri pada rangkaian 501 Shorts, 501 ’81 Jeans, 501 Cropped Jeans, jean 501 ’90s dan jean Original 501.
Dengan reka bentuk serta tampalan sulaman khas oleh tukang jahit Jepun dan Korea, termasuk Kedai Jahit Harajuku dan Kedai Jahit Garosugil, peminat boleh mengunjungi ke Kedai Jahit Levi’suntuk mencipta tafsiran 501 mereka yang sepenuhnya asli juga tersendiri.
Menerusi kesan koyakan dan pembaikan khas, jean Original 501® juga boleh dibuat untuk kelihatan seperti sudah lama digunakan dan dalam padanan longgar. Sudah semestinya peminat daripada semua lapisan masyarakat dialu-alukan untuk mengandingkan serta memadankan helaian mereka untuk mencipta penampilan berbeza.
Intipati yang sama juga dirakam oleh mereka ketika menggayakan seluar Baggy Cargo, 501® Shorts dan Jean Baggy Dad dengan latar belakang rona sejuk untuk mewujudkan suasana musim panas.
“Ia adalah sesuatu yang mendatangkan kepuasan untuk bekerjasama dengan jenama yang bukan sahaja mempunyai sejarah masa lalu yang luar biasa malah melihat ke arah masa depan.
“Kempen ini menggalakkan orang ramai meneroka dan menyatakan gaya unik mereka dengan menampilkan cara berbeza ketika memakai seluar jean Levi’s® 501® sekali gus benar-benar menjadikannya milik anda tersendiri,” kata NewJeans.
“Kami teruja untuk melihat peminat kami meneroka bagaimana koleksi ini boleh disesuaikan dengan Levi’s® Tailor Shop. Kami tahu mereka boleh mengubahnya dalam arah penggayaan yang sangat unik dan kami tidak sabar untuk melihat apa yang mereka tampilkan!”
Padanan 501® ini boleh didapati mulai 11 September menerusi www.levi.com.my, applikasi Levi’s® dan di butik-butik Levi’s® seluruh dunia.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI