Fesyen

Levi’s & Stüssy Tampilkan Koleksi Kolaborasi Kedua

Share

Dua jenama besar yang masing-masing mempunyai pengaruh yang cukup kuat di kalangan penggemar fesyen. Jika Levi’s sinonim dengan seleksi denim dan jeans, Stüssy pula dikenali sebagai di antara jenama fesyen jalanan yang sangat berpengaruh.

Selepas menampilkan kolaborasi buat pertama kali pada awal tahun ini, Levis dan Stüssy bakal memperkenalkan koleksi kolaborasi terbaru mereka yang akan dipasarkan di Malaysia bermula esok, 10 November 2023.

Menurut kenyataan media dari duajenama ini, koleksi ini hadir sebagai penghormatan kepada negeri asal jenama mereka di California. Bagi koleksi kali ini Stüssy dan Levi’s® kembali dengan kapsul baharu yang membawakan rekaan pengenalan estetika Stüssy kepada helaian ruji Levi’s.

Kepelbagaian yang ditampilkan pada kali ini memberikan tumpuan kepada rangkaian jaket trucker dan seluar jean yang tersedia dalam tiga warna tersendiri. Seleksi warna hitam, perang dan merah jambu hadir dengan persona gaya yang cukup bergaya dengan siluet ungguldari Levi’s.

Koleksi ini dihasilkan dengan menggunakan fabrik jacquard yang disudahi dengan pewarna pakaian dua tona nyata menyerlahkan hasil unik pada setiap helaian dengan kesan vintaj.

Levi’s telah lama dikenali dengan potongan denimnya yang mudah dikenal, menjadi keperluan dalam almari pakaian orang Amerika selama beberapa dekad.

Dengan kolaborasi Stüssy, label ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai elemen utama dalam industri pakaian sambil memperluas kehadirannya melalui elemen-elemen penting streetwear.

Berharga antara RM759 ke RM899, koleksi kapsul Stüssy & Levi’s® ini boleh didapati secara eksklusif di butik Levi’s® Suria KLCC mulai Jumaat, 10 November 2023.

Jadi buat anda yang mungkin peminat kepada dua jenama atau koleksi kolaborasi yang cukup terhad seperti ini pastinya tidak mahu melepaskannya.

Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

@maskulinmy Air Jordan 1 OG ‘Black Toe’ #maskulin #maskulinhobi #maskulinreview #airdordan #airjordan1 ♬ original sound – Maskulin
Published by
Farizul Izwany Ibrahim