Fesyen boleh datang dan pergi dalam sekelip mata. Mungkin apa yang relevan sekarang dalam trend fesyen semasa tidak lain menjadi ikutan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Begitu juga dengan kitaran trend yang boleh berulang dalam bila-bila masa sahaja. Disebabkan itulah untuk menghasilkan sesuatu item fesyen yang ikonik bersifat ‘timeless’ bukanlah satu perkara senang.
Bila bercakap tentang seluar jean salah satu imej pertama yang akan menerjah ke minda adalah Levi’s 501. Seluar jean yang cukup ikonik ini merentas masa dan sentiasa relevan hingga ke hari ini.
Tahun 2023 menyaksikan silhoutte jean dari Levi’s ini meraikan ulang tahun yang ke-150. Lebih menarik seluar jean ini mendapat tempat istimewa dalam evolusi gaya hidup moden merangkumi penggerak sub-budaya, penguji, pemikir dan individu kreatif di seluruh dunia.
Bagi memperingati kisah yang tidak terkira banyaknya – daripada yang biasa kepada sesuatu yang penting – dalam kalangan peminat jeans 501®, Levi’s® melancarkan kempen The Greatest Story Ever Worn (Kisah Pemakaian Terhebat) yang disambut selama setahun.
Sebagai sebahagian daripada pelancaran kempen ini, Levi’s® menghasilkan sebuah filem pendek, arahan Martin de Thurah dan Melina Matsoukas, bertajuk The Greatest Story Ever Worn, yang meneroka kisah keraian 150 tahun seluar jeans 501® dari seluruh dunia.
Menerusi kisah-kisah ini, serta beberapa kisah lain yang diilhamkan oleh peristiwa sebenar, ‘The Greatest Story Ever Worn’ meraikan masa lalu yang luar biasa.
Seluar jean 501 serta peranannya dalam pelbagai detik sejarah, budaya juga momen peribadi untuk memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk menulis bab seterusnya.
‘The Greatest Story Ever Worn’ menampilkan jeans 501® sebagai satu cerita yang sentiasa berkembang, yang ditulis malah diulang semula oleh mereka yang pernah mengenakan butang kelima pada jeans itu.
Lebih daripada sekadar sepasang seluar jeans, ia bukanlah hanya cerita individu tetapi cerita pelbagai orang yang pernah menyarungkannya. Naratif yang sentiasa berkembang ini menyerlahkan koleksi watak, peristiwa, cita-cita dan memori daripada wira harian sehinggalah kepada ikon hebat.
“Beberapa produk, bukan sekadar beberapa helaian, hadir secara konsisten dalam pelbagai pengalaman kehidupan manusia, sepanjang wujudnya 501®.
“Berasal dari permulaan sebagai seluar untuk pekerja lombong, jeans 501® Levi’s® menjadi kanvas kosong untuk ekspresi diri yang melangkaui sempadan budaya dan kelas.
“Ia sememangnya menjadi detik dan peristiwa penting untuk jenama Levi’s® dan menerusi kempen The Greatest Story Ever Worn ini kami menyasarkan untuk meraikan legasi 501®, penguasaannya yang tiada tandingan serta perkaitannya secara global dan sebagai pencetus inspirasi kepada bab seterusnya,” jelas Naib Presiden Pemasaran Jenama Levi’s, Chris Jackman.
Sebuah filem sejarah, Precious Cargo, menceritakan kisah bagaimana seluar jeans 501® jejak ke Kingston, Jamaica pada tahun 1970-an dan bagaimana Jamaica mengubah dan menjadikan jeans tersebut milik mereka melalui cara unik tersendiri.
Diarahkan oleh Melina Matsoukas dan penggambaran oleh ahli sinematografi yang tercalon pada Anugerah Akademi, Bradford Young, filem ini meraikan penerokaan di pulau yang penuh gaya, irama serta jiwa yang berbeza hingga bergema ke seluruh dunia.
Pelancaran The Greatest Story Ever Worn menandakan bermulanya sambutan ulang tahun ke-150 jeans 501® ini. Lebih banyak kisah akan dikongsi sepanjang tahun 2023 seiring dengan sambutan utamanya di seluruh dunia.