Levi’s Kini Perkenalkan Siri Eyewear Pertama Di Malaysia

Share

Sebut sahaja tentang Levi’s pasti ramai di antara anda sudah terbayang akan legasi pakaian denim yang dibawa oleh jenama ini.

Malah tidak salah kalau MASKULIN katakan bahawa setiap lelaki pasti pernah memiliki sepasang seluar jean Levi’s.

Seiring dengan perkembangan fesyen semasa, Levi’s dilihat telah melakukan pelbagai inovasi dan pembaharuan dalam rekaannya. Tidak hanya bergantung kepada seleksi denim klasiknya, Levi’s sentiasa menampilkan idea-idea baru untuk menarik generasi lebih muda.

Terbaru, Levi’s menerusi Safilo Group Malaysia memperkenalkan siri eyewear yang pertama.

Pelancaran yang berlangsung pusat membeli-belah berprestij, Pavilion KL, koleksi eyewear Levi’s ini merupakan seleksi dari SS2020 Levi’s Eyewear Collection.

Pada majlis pelancaran tersebut Levi’s bersama-sama Safilo Group meraikan kerjasama mereka dengan penghargaan inspirasi dengan menampilkan bersama pertunjukan fesyen.

Terhasil dengan rekaan yang lebih straight forward, koleksi eyewear yang diperkenalkan ini juga menawarkan keselesaan dan fungsi maksima.

Dengan menggunakan warna-warna denim seperti biru, hitam dan kelabu ia memberikan sentuhan yang cukup berbeza buat koleksi eyewear.

Published by
Farizul Izwany