Levi’s & Jacquard by Google Hasilkan Jaket Dengan Gesture Technology

280

MASKULIN rasa setiap lelaki pasti pernah memiliki sekurang-kurangnya sehelai seuar jeand Levi’s. Jenama yang paling sinonim dengan denim di dunia ini kini terpaksa berdepan dengan saingan yang kuat daripada lambakan jenama lain di peringkat global.

Namun Levi’s sentiasa berada di dalam kelasnya tersenduri. Terbaru Levi’s telah memperkenalkan inovasi berteknologi tinggi hasil kerjasamanya dengan Google.

Levi’s bersama dengan Jacquard by Google telah sama-sama berkolaborasi menggabungkan dua teknologi dari dua dunia berbeza bagi menghasilkan produk berinmovasi untuk pengguna.

BACA: Cara Cuci Seluar Premium Dengan Betul Agar Tak Rosak Teruk

Dengan teknologi pintar built-in Jacquard dan perisian khas mereka sama-sama mengeluarkan trucker jacket eksklusif.

Untuk koleksi Fall 2019, kumpulan pakar teknologi teknikal Google dan Levi’s mengetengahkan teknologi gesture di dalam koleksi jaket trucker dan jaket sherpa.

Teknologi yang boleh dipakai bersama pakaian denim ini membolehkan pengguna melakukan arahanberdasarkan gerakan tangan bersama peranti pintar.

Diletakkan dia bahagian lengan jaket, pengguna boleh mengakses dan melakukan navigasi aplikasi ride share, cuaca dan laporan trafik, pesanan mesej, muzik dan banyak lagi.