Levi’s Bakal Perkenalkan Face Mask Reusable Di Pasaran Tempatan

Share

Rasanya tidak lengkap jika seorang lelaki tidak pernah memiliki sekurang-kurangnya sehelai seluar jean Levi’s. Jenama yang dipercayai sejak turun-temurun sebagai pengeluar denim, pakaian dan aksesori ini sudah cukup sinonim di kalangan golongan lelaki di peringkat global dan Malaysia amnya.

Walaupun terkenal dengan rekaan jean potongan klasiknya, setiap tahun Levi’s pasti tidak pernah ketinggalan memperkenalkan inovasi baharu.

Terkini Levi’s bakal memperkenalkan pelitup muka atau face mask reusabale. Ini bermakna pelitup muka istimewa keluaran mereka boleh diulaNg pakai dan dicuci semula. Berikutan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia, Levi’s pada awalnya memainkan peranan untuk membantu pelbagai komuniti.

Di Amerika Syarikat sebagai contohnya, Levis’s telah menyumbna sebanyak USD3 juta kepada tabung Covid-19. Ia disalurkan kepada pelbagai program serta rangkaian yang boleh membantu komuniti secara terus dan cepat.

Ketika pandemik ini dilihat masih tiada penghujungnya, Levi’s sedar akan tanggungjawab mereka untuk memenuhi permintaan pelitup muka di kalangan orang awam.

Pelitup muka yang diperkenalkan oleh Levi’s datang dalam tiga warna berbeza dalam setiap pek. Setiap satu mempunyai corak cetakan seperti yang biasa kita lohat pada bandana dan juga kemeja keluaran mereka.

Tinjauan MASKULIN di Facebook Levi’s mendapati pelitup muka istimewa ini bakal dilancarkan di Malaysia berkemungkinan pada 20 Julai 2020.

Rata-rata pengguna terutamanya peminaty jenama Levi’s begitu teruja untuk mendapatkan pelitup muka eksklusif ini. Ia bakal dijual menerusi Levi’s Store secara online dan juga butik Levi’s yang terpilih.

MASKULIN menjangkakan pelitup ini bakal laku keras dan sold out dalam sekelip mata sahaja. Jika anda berminat ingin dapatkan pelitup muka ini teruskan dapatkan update terkini dari Levi’s Malaysia.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim