Levi Strauss Bawa Denim Dari Lombong Hingga Menjadi Ikon Fesyen Sepanjang Zaman

Share

Rasanya agak mustahil bagi seorang lelaki terutamanya tidak mengenali jenama denim, Levi’s. Mungkin anda sendiri tidak menyedari betapa besarnya impak jenama denim ini terhadap dunia budaya popular dan juga sub budaya yang mempunyai banyak cabangnya di seluruh dunia.

Tidak kiralah sama ada anda seorang pemuzik, rokcer, pemain papan selaju, pekerja buruh binaan hatta pekerja dalams sektor profesional sekalipun seluar merupakan antara pakaian yang wajib ada dalam almari.

TIMBUL IDEA

Jenama yang terkenal dengan denim biru ini diasaskan oleh seorang imigran dari Jerman yang berkenala ke Amerika Syarikat. Levi Strauss merupakan seorang imigran yang tiba di San Farancisco pada tahun 1850 di mana era kegemilangan lombong emas berada di puncak.

Pada mulanya Levi Strauss hanya bertindak menjadi pembekal kepada barangan kering untuk pelombong. Namun selepas mendegar keluhan pelombong yang berdepan masalah seluar yang tidak tahan lasak, timbul idea untuk dia melakukan sesuatu.

Pekerja berat memakai seluar denim untuk ketahanan semasa melakukan tugas seharian.

Levi kemudian mengupah seorang tukang jahit untuk menghasilkan pakaian daripada kanvas khemah. Selepas beberapa kali percubaan dia kemudian cuba menggunakan kain denim dengan riveting tembaga ditambah di bahagian poket untuk memberi sokongan lebih kuat.

PERKENALKAN JENAMA

Mendapati seluar itu kian popular bukan sahaja di kalangan pelombong tetapi juga bagi pekerja binaan landadsan, pembalak dan juga koboi. Levi kemudian bekerjasama dengan dua orang adik-beradinya iaitu Jonas dan Louis untuk membuka syarikat sendiri.

Dari situlah legasi jenama Levi’s mula terbina dan tersebar ke serata Amerika Syarikat dan juga dunia.

Seluar denim Levi’s mula menjadi popular di kalangan pelbagai sub budaya di antara tahun 1950-an hingga 1980-an. Dan antara iterasi seluar Levi’s yang paling popular ialah model 501. Ia boleh dilihat di majalah-majalah serta pelbagai program televisyen menampilkan selebriti berpengaruh menggayakan seluar ini.

Sehingga kini walaupun berdepan dengan pelbagai saingan dari segala macam jenama, Levi’s masih utuh terutamanya di kalangan penggemar denim. Malah, harga bagi denim vintage semakin hari semakin tinggi harganya dan mempunyai peminatnya yang tersenduri.

Published by
Farizul Izwany