Tiada ibu bapa yang mahu meletakkan anak mereka di dalam kondisi bahaya apatah lagi sehingga meragut nyawa. Namun malang memang tak berbau. Bak kata orang kalau sudah ajal apa boleh kita buat.
Namun jika sesuatu perkara atau kesilapan itu sebenarnya boleh kita elakkan, pasti ia sesuatu yang cukup mendukacitakan terutamanya bila melibatkan nyawa.
Tragedi kanak-kanak meninggal dunia akibat ditinggalkan di dalam kereta tanpa sedar oleh ibu atau bapa bukanlah satu perkara baharu. Tahun lalu sahaja sudah beberapa kali perkara ini dilaporkan berlaku.
Dan terbaru seorang kanak-kanak lima tahun dilaporkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta.
Hasil siasatan awal mendapati, mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di kawasan parkir di hospital Shah Alam selepas diambil dari sebuah taska berdekatan tempat kejadian sekitar jam 2 petang.
Ads
Tidak dapat nak dibayangkan apakah perasaan yang dilalui oleh ibu mangsa. Semoga tabah berdepan ujian ini.
Sebagai pengguna kereta, MASKULIN ingin kongsikan beberapa tip bagaimana untuk elakkan atau merendahkan risiko kejadian tidak diingini seperti ini berlaku.
Rutin Pemeriksaan
Selalu buat pemeriksaan rutin di dalam kereta sebelum keluar. Ini termasuk melihat ke belakang, ke tempat duduk anak, dan area lain di mana anak mungkin bersembunyi atau tertidur.
Ads
Gunakan Pengingat
Letakkan barang penting seperti dompet, telefon, atau beg kerja di tempat duduk belakang bersama anak. Ini akan memaksa anda untuk membuka pintu belakang dan memeriksa sebelum meninggalkan kereta.
Jadual Tetap
Jika anda mempunyai jadual tetap untuk menghantar anak ke sekolah atau penjagaan anak, minta pihak berkenaan menghubungi anda jika anak anda tidak tiba seperti biasa. Atau anda boleh set reminder setiap hari bekerja di telefon pintar pada tempoh tertentu.
Teknologi Pengingat
Gunakan aplikasi atau peranti yang memberikan amaran jika anak ditinggalkan di dalam kereta. Beberapa kereta baru sudah dilengkapi dengan sistem pengingat ini.
Ads
Kesedaran Awam
Ikuti kempen kesedaran awam tentang risiko ini dan sertai komuniti yang membantu menyebarkan maklumat penting.
Pemeriksaan Rutin
Jika anda melihat anak yang terperangkap dalam kereta, segera hubungi bantuan dan cuba memberi pertolongan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai pemandu kereta di negara bercuaca tropika seperti negara kita Malaysia anda pastinya susah sedia maklum akan situasi di mana tiba-tiba hujan turun mencurah-curah dengan tiba-tiba.
Bila cuaca seperti ini berlaku ia semestinya menjejaskan serba sedikit pemanduan anda di atas jalan raya. Di sinilah fungsi wiper atau bilah pengelap kereta memainkan peranannya demi memastikan bukan sahaja kadar penglihatan yang baik malah memastikan pemanduan lebih selamat.
Disebabkan itulah kita sebagai pemandu dan pemilik kereta perlu peka akan kondisi bilah pengelap berada dalam keadaan yang baik dari semasa. Bagaimana untuk tahu sama ada ia dalam kondisi yang baik atau sebaliknya?
Ada beberapa petanda yang boleh anda perhatikan. Berikut empat petanda utama boleh anda perhatikan bahawa bilah pengelap perlu ditukar dengan segera.
‘MELOMPAT-LOMPAT’ BILA DIPASANG
Apa yang dimaksudkan dengan melompat-lompat di sini? Ia bermaksud pergerakan bilah pengelap tidak lancar. Apbila ia dipasang pergerakannya melantun-lantun atau ‘skipping’ hingga mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah, air juga tidak dapat dilap dengan baik walaupun dipasang pada kelajuan maksima.
KESAN CORETAN BILA DIPASANG
Bilah pengelap yang sudah rosak biasanya getahnya sudah haus. Jadi akibat tidak rata ia akan memberikan corak yang seolah-olah ada coretan pada cermin. Jika dibiarkan lama cermin kereta anda juga boleh rosak.
KESAN ‘PECAH’ & TIDAK SEKATA
Selain itu, bilah pengelap yang tidak sempurna juga boleh menyebabkan ia berfungsi dengan ada kesan ‘splitting’ atau nampak kesan seakan pecah. Itu bermakna bilah pengelap kereta anda sudah tidak rata dan rosak.
BUNYI TERLALU KUAT
Bilah pengelap yang sudah tidak elok akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Ini disebabkan geseran di antara bilah pengelap yang mungkin sudah tidak ada lapisan getah yang baik bergeser denfan cermin. Walaupun cermin dibasahi air hujan bunyinya tidak akan hilang. Itu bermakna anda perlu tukar dengan segera!
Anda terdapat salah satu petanda di atas tukarlah bilah pengelap kereta anda dengan segera. Ia sangat penting bagi memastikan keselamatan anda terjamin ketika memandu dalam cuaca hujan.
Ada segelintir orang tidak boleh memandu dalam jarak jauh pada waktu siang kerana cuaca yang panas dan terik mentari. Jadi mereka memilih untuk memandu pada waktu malam kerana mungkin suasana lebih tenang dan sedikit nyaman.
Namun jika anda memilih untuk memandu pada waktu malam, MASKULIN gariskan 5 perkara yang perlu anda titik beratkan seperti :
1. Malapkan cahaya dalam kereta
Untuk keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda. Ini kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar.
2. Pantau suasana sekeliling
Mata anda perlu awas melilau ke kiri dan kanan. Kalau di jalan-jalan kampung, biasanya tiada lampu jalan dan dikhuatiri ada yang berjalan di tepi jalan.
3. Selenggara lampu hadapan
Pastikan anda menyelenggara lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam. Ini kerana lampu kereta merupakan sesuatu yang sangat penting.
4. Kekal jarak selamat
Jangan memandu terburu-buru dan pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda. Tujuannya untuk mengelakkan kemalangan.
Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika. Dengan melelapkan mata, anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah merungkaikan MINI Clubman terbaharu pada hari ini, ia hadir dengan sentuhan terkini pada elemen eksterior serta interiornya untuk membekalkan sebuah pengalaman pemilikan luar biasa yang sinonim dengan MINI.
“Selepas pengenalan MINI Clubman pada 2016, model terbaru ini bakal menerajui keupayaan model terdahulu ke aras yang lebih tinggi.”
“Menampilkan enam pintu yang ikonik, sistem transmisi baharu serta pelbagai penambahbaikan digital bertaraf tinggi, kami berbesar hati untuk mempersembahkan kenderaan peneraju segmen ini yang hadir bersama keseronokan pemanduan.”
“MINI Clubman terbaharu akan menjadi sebuah simbol keterujaan pemanduan yang luar biasa di Malaysia,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.
MINI Clubman terbaru ini didatangkan dengan rupa paras baharu yang meliputi penawaran eksterior berwarna merah (Indian Summer Red), penyerlahan interior yang elegan serta keupayaan keterhubungan yang tiada bandingannya dalam segmen kompak premium.
Perkembangan terkini dalam rangkaian perkhidmatan digital MINI Connected menonjolkan perwatakan progresif dan orientasi gaya hidup yang dibawakan oleh MINI Clubman.
MINI Connected generasi terbaharu juga menampilkan teknologi SIM 4G terintegrasi yang memaksimumkan ciri-ciri keselamatan dan kemudahan di atas jalan raya.
Ia juga hadir dengan gril radiator diperbaharui dengan penampilan lebih sporty. Ini termasuklah lampu hadapan LED baharu dan lampu kabus, serta Transmisi Automatik “Dual Clutch Sports” Tujuh Kelajuan yang menawarkan kemudahan penukaran gear yang pantas, menyelesakan dan berbekalkan efisiensi teroptimum.
MINI Clubman terbaharu juga didatangkan dalam warna merah menyala (Indian Summer Red) yang eksklusif.
MINI Clubman ini menampilkan enjin MINI TwinPower Turbo 2.0 liter dengan janaan 192 kk dan tork berjumlah 280 Nm. Pecutan abadnya pula tercatat dalam masa 7.2 saat. dan kelajuan maksima mencecah 228 km/j.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.