
Masalah jerawat badan sering menghantui orang lelaki sampai ingin membuka baju pun rasa malu dan tidak selesa kerana jerawat badan bersepah.
Jerawat badan ini jika tidak diatasi segera boleh menghilangkan keyakinan diri kerana orang akan beranggapan yang anda kurang menitikberatkan kebersihan diri.
Sekiranya anda berdepan dengan jerawat badan dan ingin mengatasinya, ada produk terbaik dan tip yang anda boleh cuba seperti dikongsikan seorang pengguna Twitter bernama EvarosAquaGel.
Malah beliau turut berkongsikan punca-punca menyebabkan masalah jerawat badan ini berlaku dan bagaimana anda ingin mengenali jenis-jenis jerawat.
Punca-punca jerawat badan
Kenali jenis-jenis jerawat
1. Pemilihan body wash
3. Produk exfoliate
4. Epsom salt
5. Guna Tea Tree Oil / Aloe Vera selepas mandi
6. Tukar cadar dan bantal
7. Amalkan pemakanan seimbang
8. Tukar baju dengan kerap
9. Mandi 2 kali sehari
10. Jumpa pakar kulit / dermatologist
11. Minum air secukupnya
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Berjambang Mudah Tarik Perhatian Wanita, Ini 5 Cara Mudah Untuk Lebatkan Jambang

Tahukah anda, selain punyai wajah bebas jerawat dan kulit yang licin, janggut atau jambang juga memainkan peranan yang besar untuk menaikkan peratus lelaki kacak. Jadi bila nak lebatkan jambang, pastikan bela dengan betul, bukan biar ia tumbuh hingga lagi memburukkan wajah anda.
MAsa yang sama jika anda baru sahaja lepas bercukur, ada kalanya muka anda kelihatan sangat muda dan ‘kosong’ kerana janggut sudah tiada.
Ia bukan sahaja mengurangkan keyakinan anda kerana anda yang berpendapat ‘wajah tua’ adalah imej penting untuk menunjukkan seseorang lelaki itu kelihatan matang.
BACA: Kalau Nak Jaga Rambut Panjang Agar Kekal Cantik & Tak Rosak, Amalkan Petua Ini
Jadi kalau anda mahukan janggut anda kembali tumbuh dengan lebat, ini adalah 5 tip simple yang boleh anda lakukan, MASKULIN dah kumpulkan maklumat untuk anda
1. Kurangkan bercukur
Untuk mendapatkan janggut yang tebal, anda perlu mengelak daripada membentuk atau mencukur janggut di wajah anda dengan terlalu kerap. Jika anda mahukan gaya stubble , ianya amat mudah. Caranya adalah anda tidak perlu bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah dan hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.
2. Biarkan janggut sehingga 4 – 6 minggu
Pertumbuhan janggut merupakan suatu komitmen bagi diri anda. Anda perlu membiarkan janggut anda tumbuh tanpa sebarang gangguan selama empat hingga enam minggu. Selepas enam minggu, anda boleh menggunting janggut anda untuk mengemaskannya apabila ianya telah matang dan anda boleh mula membentuk janggut dengan gaya yang diinginkan anda apabila ia telah berkembang sekurang-kurangnya 1 atau 1½ inci.
3. Cuci dan rapikan secara teratur
Sama seperti rambut anda, janggut anda juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang kerap. Anda perlu membasuh janggut anda menggunakan pencuci muka “mild” bersama air suam dua kali sehari. Ini akan mempercepat pertumbuhan rambut. Juga, gunakan syampu ringan di janggut anda dua atau tiga kali seminggu untuk memastikan rambut bersih dan bebas daripada makanan yang sesat dan zarah lain. Selepas mencuci, gunakan sedikit perapi untuk menjaga rambut yang kuat dan memberikan penampilan yang penuh dan tebal.
4. Urut wajah anda
Untuk merangsang pertumbuhan rambut di muka anda, mengurut secara teratur adalah suatu keharusan. Mengurut wajah anda akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan lebih tebal. Ini akan memberikan rupa janggut yang lebih lengkap dan lebih maju.
BACA: Risau Jerawat Semakin Membesar, Guna Petua Tradisional Ini Hilangkannya
5. Guna bahan semula jadi
Untuk menyediakan minyak urut, anda boleh menggabungkan 1 sudu makan minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak badam manis dan tambah 5 hingga 7 titis minyak pati kayu putih. Atau, anda boleh menggunakan campuran 2 hingga 3 sudu minyak zaitun dan beberapa titis minyak kayu putih.
Caranya adalah :
- Panaskan gabungan minyak dalam gelombang mikro selama beberapa saat.
- Letakkan minyak yang telah hangat di telapak tangan anda.
- Sapukan dengan teliti sepanjang janggut anda.
- Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 10 minit.
- Bilas minyak menggunakan air suam
- Lakukan dua kali sehari.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Trik Lelaki Kurang Kacak Kena Amalkan Untuk Sentiasa Nampak Segak & Bergaya!

Jangan pernah rasa rendah diri jika anda tergolong dalam kalangan lelaki kurang kacak. Walaupun anda tidak sekacak hero-hero di kaca televisyen, itu bukan penghalang untuk anda tampil stailo dan segak.
Dengan memberi perhatian pada penjagaan diri dan gaya, anda masih mampu untuk tampil stailo dengan penuh yakin dalam cara anda tersendiri.
Untuk memberi impresi yang baik apabila orang melihat anda terutamanya wanita, penting untuk anda menitikberatkan sembilan perkara ini agar penampilan anda sentiasa kemas, nampak gentleman dan penuh berkeyakinan.
1. Menjaga kulit muka
Percaya atau tidak, masih ada lagi lelaki yang mencuci muka menggunakan sabun! Walaupun sabun boleh membersihkan wajah, namun ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi lebih kering. Oleh itu, jangan kedekut untuk membeli set penjagaan wajah yang terdiri daripada produk pencuci muka, penyegar dan pelembap. Selain membersihkan wajah anda daripada kekotoran dan minyak, ia juga boleh membantu mengatasi masalah yang timbul pada kulit wajah anda.
2. Bersihkan bulu hidung, misai dan janggut
Jangan serabutkan wajah anda dengan bulu-bulu yang tidak diingini. Bukan sahaja wanita, kawan lelaki pun boleh lari jika wajah anda nampak serabai. Rapikan bulu hidung agar ia tidak kelihatan serta kemaskan misai dan janggut agar sentiasa kemas. Pastikan juga misai dan janggut anda sentiasa dicuci dengan pencuci wajah bagi mengelakkan timbulnya rasa gatal.
3. Jaga bau mulut dan elak gigi berkarat
Senyuman yang memikat datang daripada gigi yang putih dan tersusun rapi. Apatah lagi, wanita suka memandang gigi lelaki apabila berbual. Jadi bayangkan jika mulut anda berbau, pasti menimbulkan rasa tidak selesa si dia jika ingin berbual dengan anda. Oleh itu, jangan abaikan penjagaan gigi. Jika ada gigi yang rosak, segeralah mendapatkan rawatan agar ia tidak menimbulkan bau busuk dari mulut anda. Bagi perokok tegar, tentu sahaja gigi anda berkarat dan kekuningan. Sentiasalah menggosok gigi, berkumur dan kunyah gula-gula getah agar nafas mulut anda sentiasa segar.
4. Jangan abaikan senaman dan diet
Jangan abaikan penjagaan diet dan makanlah makanan yang lengkap dengan nutrisi. Sambil itu, rajin-rajinkan diri anda beriadah atau bersenam. Ajak kenalan baik atau pasangan untuk turut serta bersama anda menjalani aktiviti bersenam kerana ia akan memberi lebih motivasi untuk anda kekal sihat dan fit.
5. Sarungkan pakaian mengikut saiz badan
Tidak mengapa jika muka anda tak hensem namun pastikan gaya anda sedap mata memandang. Apabila bercakap tentang gaya dan penampilan, penting untuk anda memakai pakaian mengikut saiz badan. Jangan sesekali menyarungkan baju dan seluar yang longgar kerana ia akan menampakkan gaya anda selekeh dan menggelebeh. Beralihlah pada fesyen yang lebih fit agar penampilan anda nampak lebih stailo dan muda.
6. Sembur minyak untuk aroma memikat
Semua orang sukakan haruman. Untuk memberikan keyakinan, jangan lupa semburkan minyak wangi pada tubuh anda. Ia bukan sahaja memberikan aroma yang memikat, bahkan penggunaan minyak wangi juga boleh menutupi bau peluh dan badan anda. Tak semestinya anda harus membeli minyak wangi mahal, minyak wangi yang murah juga boleh mewangikan tubuh asalkan anda bijak memilih bauan yang kena dengan diri anda. Barulah anda nampak lebih gentleman!
7. Rapikan rambut agar kemas dan wangi
Potongan rambut pada seorang lelaki merupakan aset peribadi mereka. Betapa pentingnya untuk lelaki mendapatkan gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan tekstur rambut. Selain potongan, cara perapian rambut juga penting untuk anda beri perhatian. Gunakan gel atau minyak rambut dan sikat rambut anda agar sentiasa kemas. Jangan lupa basuh rambut tiga kali seminggu untuk menghilangkan kelemumur, daki, peluh dan bau busuk.
8. Kuku jangan dilupakan
Kebanyakan lelaki lupa untuk membersihkan kuku terutamanya kuku kaki. Jangan ingat wanita sahaja yang wajib merias dan mengemas kuku kerana lelaki juga harus menjaga kuku mereka. Untuk kaum lelaki cukup sekadar anda memastikan kuku kelihatan bersih dan pendek kerana kuku yang panjang dan kotor bukan sahaja boleh menyebabkan penyakit malah membuatkan orang geli.
9. Ambil aura lelaki kacak

Tidak salah anda meniru gaya lelaki kacak di luar sana untuk kebaikan diri anda juga. Bagaimana mereka mengambil gambar, posing, berinteraksi dan yakin apabila berdepan dengan orang ramai. Tidak semua wanita mementingkan rupa. Ada sesetengahnya tidak kisah asalkan lelaki mampu membuatkan dirinya rasa dihargai dan disayangi, bahkan menganggap anda kacak di matanya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Beza Minyak Wangi EDT, EDP & Parfum – Kalau Nak Beli Ini Perkara Perlu Anda Tahu!

Lelaki dan minyak wangi merupakan kombinasi yang tak dapat dipisahkan. Di pasaran pastinya anda tahu kewujudan perkataan EDP, EDT atau parfum pada botol minyak wangi. Apa beza antara jenis minyak wangi ini?
Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dan apakah perbezaan yang diwakili oleh istilah tersebut?
Dalam bahasa mudah istilah-istilah tersebut sebenarnya mewakili jumlah amaun penumpuan minyak wangian dalam minyak wangi atau dalam bahasa Inggeris, concentrated perfume oil in perfume. Okay
ASAL-USUL DEFINISI
Okay tak dinafikan kebanyakan minyak wangi lelaki terdiri daripada jenis Eau de Toilette (EDT). Disebabkan itu MASKULIN lebih cenderung untuk memperkenalkan istilah ini twerlebih dahulu.
Perkataan ‘Eau’ membawa maksud ‘air’ dalam bahasa Perancis. ‘De’ pula bermaksud ‘dari’ dan perkataan ‘Toilette’ pula membawa makna proses mencuci atau boleh digunakan untuk menjelaskan penampilan diri untuk majlis istimewa.
Ramai yang salah anggap perkataan ini dengan ‘toilet’ yang bermaksud tandas dalam bahasa Inggeris. Malah ia sebenarnya disebut dengan sebutan ‘twa-let’.
BACA: Tip Beli Perfume Untuk Lelaki, Salah Satunya Biar Sesuai Dengan Bau Badan
PERBEZAAN JENIS MINYAK WANGI
Eau de Toilette (EDT)
Maksud EDT adalah seperti yang MASKULIN terangkan di atas. Minyak wangi jenis ini merupakan yang pa;ing popular dan banyak terdapat di pasaran. Ini mungkin kerana ia merupakan minyak wangi yang terletak di tengah-tengah kesemua kelas minyak wangi. Dari segi harga ia juga lebih murah berbanding minyak wangi EDP. Walaupun memiliki konsentrasi lebih rendah, EDT juga mampu memberikan bau yang tahan lama. Secara kebiasaannya EDT boleh bertahan antara 8 hingga 12 jam pada pakaian.
Eau de Parfum (EDP)
Ini merupakan jenis minyak wangi yang memiliki konsentrasi minyak wangi kedua paling tinggi. Anda boleh dapat di pasaran bahawa harga EDP juga lebih mahal berbanding dengan jenis EDT. Malah baunya juga dikatakan boleh bertahan lebih lama iaitu 10 jam hingga 16 jam atas.
Suatu ketika dahulu hampir semua EDP di pasaran hanya terdapat untuk wanita sahaja. Namun dengan perkembangan trend terkini semakin banyak minyak wangi EDP untuk lelaki diperkenalkan. Kebanyakan minyak wangi EDP juga membawa karakteristik bau yang lebih keras dan kuat. Jadi tak semua orang boleh sesuaikan diri dengan jenis ini.
BACA: 10 Jam Pintar Mampu Milik Terbaik di Pasaran 2024
Parfum
Minyak wangi jenis parfum mengandungi kira-kira 15 hingga 40 peratus concentrated perfume oil menjadikannya sebagai yang paling tinggi dalam semua jenis minyak wangi. Ia juga menjadi sebab mengapa jenis ini yang paling mahal terdapat di pasaran.
Kira-kira 20 tahun lalu amat sukar untuk kita mendapati minyak wangi parfum terdapat di pasaran. Memiliki minyak wangi jenis ini menjadi satu simbol status kekayaan luar biasa kerana harganya yang sangat mahal.
Namun pada hari ini Eau de Parfum yang berharga sedikit rendah mula dijual untuk pengguna.Pada hari ini kita boleh dapati sebotol minyak wangi parfum 100ml dijual pada harga RM400.
Penggunaannya boleh bertahan sehingga 12 jam menjadikan ia sebagai minyak wangi paling lama bertahan pada pakaian dalam sehari.
Semoga perkongsian MASKULIN ini boleh memberikan anda sedikit idea tentang perbezaan tiga jenis minyak wangi ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber & foto: ACHARR
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI