
Aktiviti fizikal seperti bersenam, berjoging, bersukan atau melakukan kerja berat pastinya akan menyebabkan badan kita berpeluh dengan banyak.
Rasa peluh yang menitik, baju yang basah dan nafas yang masih laju membuatkan kita rasa tak selesa dan terdetik untuk terus mandi bagi menyegarkan diri.
Tapi tahukah anda, terus mandi selepas berpeluh sebenarnya bukanlah tindakan yang baik untuk kesihatan?
Tubuh Masih Panas, Air Sejuk Jadi Bahaya
Ketika bersenam, suhu badan kita meningkat kerana otot sedang bekerja dan jantung mengepam darah dengan lebih laju.
Jika kita terus mandi dengan air sejuk, ia boleh menyebabkan kejutan suhu pada badan.
Perubahan suhu yang mendadak ini boleh memberi tekanan kepada sistem saraf dan salur darah, yang kadangkala boleh menyebabkan simptom seperti pening kepala, menggigil, sesak nafas atau dalam kes yang serius pitam.
Sama seperti enjin kereta yang perlu ‘cool down’ selepas perjalanan jauh, tubuh manusia juga memerlukan masa untuk menyesuaikan suhu dalaman.
Mandi ketika tubuh masih ‘panas’ boleh mengganggu proses ini dan menyebabkan ketidakselesaan.
Peluh Belum Kering, Pori Masih Terbuka
Ketika berpeluh, liang pori di kulit kita terbuka untuk membantu menyejukkan badan.
Jika kita terus mandi, terutamanya dengan air sejuk, pori-pori ini boleh tertutup secara mengejut, menjadikan sisa peluh, minyak dan kotoran terperangkap di bawah kulit.
Akibatnya, kulit mudah mengalami masalah seperti jerawat, ruam dan iritasi.
Selain itu, kulit yang masih lembap dan belum betul-betul bersih menjadi tempat yang ideal untuk pembiakan bakteria.
Ini boleh mengakibatkan bau badan yang kurang menyenangkan walaupun sudah mandi.
Jantung Masih Aktif, Risiko Pitam Meningkat
Selepas aktiviti berat, kadar degupan jantung masih tinggi.
Sekiranya kita mandi tanpa memberikan masa kepada badan untuk ‘tenang’, terutamanya dengan air sejuk, sistem kardiovaskular kita boleh terkejut dan menyebabkan penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.
Inilah punca mengapa sesetengah orang rasa pening atau hampir pengsan ketika mandi selepas bersenam.
BACA LAGI : Mengapa Tubuh Anda Memerlukan 3 Mineral Ini Setiap Hari?
Penting untuk memberi masa kepada tubuh untuk ‘cool down’ melalui aktiviti regangan ringan atau berjalan perlahan.
Ini membantu jantung kembali ke kadar normal secara berperingkat sebelum anda masuk ke bilik air.
Apabila anda sudah bersedia untuk mandi, pilih air suam berbanding air sejuk, kerana ia lebih mesra kepada badan yang baru habis bekerja keras.
Jadi, lain kali selepas anda berpeluh sakan, ambil masa seketika sebelum mandi. Tubuh anda akan berterima kasih!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI