Malunya bila orang tengok mata anda berlingkar dengan dark circle. Nampak sangat anda selalu tidur lambat ataupun terlebih tidur. Takkan nak pakai mask untuk tutup mata dark circle tu kan?
Selalunya bila jadinya dark circle ini, orang akan gunakan hirisan timun dan macam-macam lagi petua. Kalau antara petua-petua ini tidak berjaya menghilangkan dark circle anda, apa kata cuba pula petua yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai ini.
Mana tahu petua buat serum menggunakan aloe vera ini berkesan dan berjaya menghilangkan dark circle anda. Cara nak membuatnya juga mudah. Jom buat!
Kalau orang lain ada masalah kulit jerawat, Aisyah pulak masalah dark circle. Lagi sekarang selalu tidur lambat, lagi menjadi jadi la dark circle ni.
Memacam petua Aisyah dah try tuk hilangkan dark circle ni. Orang cakap pakai timun, Aisyah pakai timun. Orang cakap pakai kentang, Aisyah pakai kentang. Tapi dark circle Aisyah ni liat naa, still tak kurang sampai la Aisyah jumpe satu petua ni.
Jeng jeng jeng. Ingat tak semalam Aisyah cakap aloe vera ni boleh buat macam-macam. Yess, sila lah percaya. Aloe vera ni sebenarnya bahan utama untuk banyak petua kulit.
Ads
Aisyah dah try memacam petua tuk hilangkan dark circle, and serum ni masuk dalam carta top 2 paling best. Yang buat dia double best, dia guna 2 bahan jek. Memang simple sangat.?
– 2 sudu besar gel aloe vera
– 2 kapsul minyak vitamin E
Gunting softgel vitamin E, pastu masukkan minyak tu dalam aloe vera dan kacau rata-rata. Nanti aloe vera korang akan jadi kaler putih macam dalam gambar tu tau.
CARA NAK PAKAI:
Cara pakai serum ni senang jek. Korang amik calit sikit kat jari pastu sapu lembut-lembut kat bawah mata dengan kelopak mata. Pastu biarkan jek. Tak yah basuh okey. Pakai 2 kali sehari.
Tapi kalau dark circle korang kategori nazak sampai orang tak dapat beza mata korang dengan mata panda. Korang wajib konsisten pakai at least 2 minggu. Baru nampak kesan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki yang silap faham tentang grooming dan bagaimana untuk tampil kemas dan menarik. Perlu ditekankan di sini bahawa kemas itu bukan bergantung kepada kepanjangan rambut anda atau apa jua jenis pakaian yang adan pilih.
Anda boleh selekeh tapi bukanlah selekeh yang pengotor. Dan ada juga orang yang pada dasarnya nampak berpakaian kemas namun dari segi grooming mereka gagal dengan begitu teruk sekali.
Jadi perlu anda tanamkan dalam fikiran bahawa grooming itu bukan pada penampilan harfiah sahaja. Kaum wanita khususnya cukup peka dengan kebersihan seorang lelaki.
Tanyalah wanita mana sekalipun mereka pasti akan lebih suka lelaki yang pandai menjaga kebersihan serta kekemasan diri.
Terdapat beberapa tip grooming yang bila dilakukan dapat membuatkan daya penarik anda bertambah di mata wanita.
TRIM BULU HIDUNG
Sayang rasanya kalau wajah itu sudah cukup kacak, rambut sudah kemas namun bulu hidung terjurai keluar melambai-lambai di pinggit ringga hidung. Tidak dapat dinafikan ramai lelaki kadang-kadang agak apa terhadap perkara ini. Di pasaran sekarang sudah banyak menawarkan perlatan khas untuk trim bulu hidung.
CUKUR BULU HALUS SEKITAR LEHER
Bagi lelaki yang mempunyai banyak bulu badan pastinya berdepan cabaran ini. Bahagian leher merupakan antara lokasi yang sering menjadi perhatian wanita. Jadi cukur atau trimlah bulu di bahagian tersebut dengan baik.
TRIM KENING
Maksud MASKULIN di sini ialah agaria nampak kemas. Bukannya dengan mencukur seperti yang dilakukan oleh wanita. Cukup sekadar menggunakan gunting kecil bagi ia kelihatan kemas dan tersusun. Sekadar memberinya bentuk yang sesuai.
KUKU TANGAN
Usah malas untuk memotong kuku. Sekurang-kurangnay seminggu sekali anda perlu periksa kondisi kuku. Jika kuku panjang ia hanya memberikan gambaran anda seorang pengotor dan pemalas. Atau anda juga boleh pergi ke salon kuku untuk dapatkan servis. Lelaki juga perlukan perhatian kuku yang sama ya!
GUNA FLOS
Kebersihan mulut juga menjadi faktor penting bagi seorang wanita. Mulut yang busuk hanya menjauhkan mereka dari anda. Sebaiknya beruslah gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari atau selepas makan. Bagi menghilangkan sisa makanan yang melekat anda juga boleh lakukan flos.
JAGA RAMBUT
Katakan anda menyimpan rambut yang panjang. Itu tidak bermakna anda tergolong dalam kategori lelaki yang selekeh dan pengotor. Ramai sahaja selebriti beranbut panjang yang tampil kemas dan bergaya. Apa yang penting menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu setiap hari.
GUNA PENCUCI WAJAH SESUAI
Apal salahnya laburkan sedikit wang untuk membeli pencuci muka, losyen dan juga krim pelindung matahari untuk menjaga kebersihan. Bagi anda yang menggunakan sabun mandi untuk mencuci muka, hentilah tabiat itu kerana lama-kelamaan ia boleh memberi kesan buruk terhadap kulit wajah.
PAKAI PERFUME
Wanita paling alah dengan bauan minyak wangi di badan seorang lelaki. Itulah antara senjata yang anda boleh gunakan sebagao daya penarik diri. etiap lelaki perlu ada bau haruman. Jika tidak ada minyak wangi sekurang-kurangnya ada semburan cologne atau losyen.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Khasiat cuka epal memang tak boleh disangkal lebih-lebih lagi untuk membuang lemak. Ia telah digunakan oleh orang Greek dan Mesir sejak beribu tahun dahulu sebagai makanan dan ubatan.
Khasiat cuka epal ini mula diberi perhatian setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal sebagai produk masakan yang sihat yang boleh diamalkan setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).
Selain khasiat cuka epal untuk kesihatan tubuh badan, Jarvis juga mengesyorkan agar cuka epal dicampurkan dengan madu untuk membuat air ‘honergar’ (madu + cuka epal).
Jika anda nak kurangkan rasa masam, campurkan cuka epal dengan sesudu madu. Untuk dapatkan hasil terbaik, minum dua kali sehari.
Jom ketahui 8 lagi khasiat cuka epal, selain buang lemak.
1. Detox terbaik
Detox berfungsi mengeluarkan toksin dan bahan berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat, selain dapat mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.
2. Kawal nafsu makan & kuruskan badan
Dalam kajian 2013 yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, penyelidik mendapati bahawa cuka epal dapat menyekat selera makan. Ini secara tidak langsung dapat membantu anda mengawal nafsu makan dalam proses menurunkan berat badan. Sebelum anda memulakan apa-apa diet, pastikan anda rujuk dengan ahli dietetik atau doktor untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
3. Kurangkan paras kolesterol
Walaupun penemuan ini memerlukan lebih banyak kajian, namun pada tahun 2006 penyelidik telah menemui bahawa asid asetik yang ada dalam cuka boleh mengurangkan paras kolestrol di dalam badan tikus makmal. Malah satu kajian lain yang dijalankan di Jepun mendapati, orang yang mengambil 15 gram cuka epal setiap hari boleh mengurangkan tahap kolestrol bagi orang yang terlibat dalam kajian tersebut.
4. Melegakan sakit tekak
Jika tekak anda rasa tidak selesa, ambillah cuka epal. Ia mengandungi tahap asid yang ldapat membunuh bakteria yang ada dalam mulut. Caranya, campurkan satu cuka epal dan satu sudu madu ke dalam secawan air suam. Kemudian, berkumur dengannya setiap sejam ataupun 2 jam.
5. Bagus untuk kulit
Cuka epal juga sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti ekzema atau merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit mahupun selulit. Minuman berkhasiat ini kaya dengan potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi. Manakala beta karotin yang ada dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.
6. Jadikan rambut bersinar
Cuka epal boleh dijadikan sebagai pelembut rambut. Menurut seorang arkitek, Cheryl Cheko, beliau sering dipuji oleh pekerja salun kerana rambutnya yang cantik. Rahsianya ialah menggunakan soda bikarbonat sebagai syampu dan cuka epal ketika membilas rambut. Bahkan ia juga boleh menghilangkan gatal pada kulit kepala. Cuka epal bersifat asid dan kebanyakan masalah rambut disebabkan oleh rambut yang terlalu beralkali. Fungsi cuka epal dapat membantu meneutralkan rambut dan kulit kepala. Sebelum menggunakannya pada rambut, pastikan anda larutkan cuka epal dengan air bagi mengelakkan rambut rosak.
7. Rawat kaki berbau & gatal
Cuka epal sangat baik untuk merawat kaki yang bermasalah seperti kaki berbau, kutu air atau tumit kaki pecah. Untuk mengatasi masalah kutu air yang ringan, anda campurkan 2 sudu makan cuka epal dengan 3 cawan air. Rendam kaki dalam larutan ini selama 10-15 minit. Orang yang bermasalah dengan kaki berbau pun boleh amalkan cara ini. Bukan itu sahaja, rendaman cuka epal untuk tumit kaki kering dan pecah juga dikatakan efektif untuk mengembalikan kelembapannya. Caranya, gunakan air sejuk untuk rendam kaki selama 20 minit. Setelah kering, sapukan pelembap kaki dan pakai sarung kaki sebelum anda nak tidur. Elak gunakan cuka epal jika kaki anda luka kerana ia akan membuatkan luka lambat sembuh dan berlaku jangkitan.
8. Atasi masalah mulut berbau
Cuka epal juga bermanfaat sebagai bahan untuk berkumur dan mengatasi masalah mulut berbau. Kajian dari penelitian yang dilakukan oleh Mayo Foundation for Medical Education and Research membuktikan bahawa cuka epal sangat baik untuk mengatasi bau mulut. Ia mengandungi enzim baik yang dapat membantu menghancurkan plak penyebab karang gigi, melindungi mulut daripada bakteri sisa-sisa makanan dan menyimpan nutrisi yang baik untuk menjaga kesihatan gigi.
KESIMPULAN
Pengambilan cuka epal dalam diet harian pasti ada kebaikan untuk tubuh kerana ia kaya dengan nutrisi. Namun jangan ambil berlebihan, amalkan secara sederhana dan berpada-pada. Bagi yang ada masalah kesihatan, sebaiknya berbincang dahulu dengan doktor sebelum mengambil cuka epal ini. Untuk yang ingin mengamalkan cuka epal, pastikan anda larutkan cuka epal terlebih dahulu untuk mengurangkan kepekatannya untuk mengelakkan sebarang kemudaratan lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambut itu umpama mahkota buat kaum wanita. Itulah ungkapan yang sering kita dengar. Tidak dinafikan wanita memang cukup peka dengan penjagaan rambut mereka. Namun pada zaman kini lelaki juga lebih cenderung untuk mengambil berat akan penampilan rambut mereka.
Tahukah anda rambut merupakan sebahagian daripada komponen pada badan anda yang menjadi perkara pertama dilihat oleh seseorang. Selain senyuman yang baik tanggapan pertama juga meliputi gaya rambut yang anda gayakan.
Lelaki pada zaman sekarang cukup bertuah kerana di pasaran pada masa kini terdapat pelbaghai jenis produk yang boleh membantu mereka dapatkan gaya rambut diidamkan. Salah satu produk yang cukup sinonim dalam penggayaan rambut lelaki ialah pomade.
APA ITU POMADE?
Mungkin anda sendiri sudah lama menggunakan pomade, Tapi sejauh mana anda tahu tentang maksud sebenar produk penggayaan rambut ini? Pomade merupakan sejenis produk rambut lembut yang hadir dalam bentuk seperti gel atau berlilin. Ia biasanya membantu rambut untuk penggayaan rangkaian tahan dan kilauan yang bergantung pada formulanya.
Pada masa kini, perkataan ‘pomade’ telah ditukar ganti dengan ‘produk rambut’. Anda melihatnya tertulis pada produk yang menjanjikan daya tahan dan kilauan yang tinggi atau bahkan pegangan yang longgar dengan kemasan matte.
Pomade biasanya boleh digunakan pada rambut yang dikeringkan dengan tuala atau rambut yang dikeringkan sepenuhnya bagi untuk hasil yang berbeza-beza. Jadi, dalam ikhtisar ini, ‘pomade’ merujuk kepada spektrum produk, termasuk produk yang membuatkan anda kelihatan seperti salah seorang pelakon siri popular, ‘Mad Men.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip untuk guna pomade dengan baik bagi mendapatkan gaya rambut idaman anda.
PILIH ‘SHINE’ SESUAI
Jika anda perhatikan di pasaran kebanyakan pomade diklasifikan mengikut mategori berbeza dengan pengelasan ‘shine’. Kebanyakannya akan menyatakan kekuatan shine dan juga level ‘hold’ pada label.
Antaranya ialah ‘high shine and high hold’, medium to high shine and light hold’, ‘low to medium shine and low hold’ dan ‘matte finish and high hold’.
Berdasarkan gaya yang anda inginkan pilihlah level shine yang paling sesuai. Sebagai contoh jika ingin gaya rambut yang lebih santai dan tidak terlalu nampak berkilau matte adalah pilihan paling tepat.
KERINGKAN RAMBUT DAN BIARKAN SEDIKIT LEMBAP
Kondisi terbaik untuk mengenakan pomade ialah rambut yang dikeringkan dengan tuala. Ini kerana pomade merupakan bahan yang diaktifkan dengan menggunakan air. Berbeza dengan produk rambut lain seperti wax dan fiber.
Namun biarkan rambur sedikit lembap sebelum menggunakan pomade bagi kesan yang lebih mantap.
JUMLAH POMADE
Sesetengah daripada anda mungkin tertanya berapa banyak kuantiti pomade perlu digunakan untuk rambut. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis pomade atau jenama serta rambut yang anda miliki. Sebagai contoh jika anda berambut lebat dan tebal maka lebih banyak pomade perlu digunakan.
Cedok pomade menggunakan anak jari dahulu dah sapu pada tapak tangan. Kemudian perlahan-lahan layari rambut anda di celah-celah rambut dengan sekata. Gunakan hujung jari untuk meratakan dan gosok rambut dengan sebaik mungkin.
BAHAGIAN AKAR RAMBUT
Untuk hasil yang lebih mantap, ketika mengenakan pomade pada rambut pertama sekali sasarkannya ke bahagian akar atau pangkal rambut. Ini bagi memastikan keseluruhan rambut dapat disapu pomade dengan sekata.
APLIKASI 360 DARJAH
Bergantung kepada jenis rambut dan gaya yang anda mahukan anda mungkin perlu menggunakan pomade secara sekata di seluruh rambut. Bagi gaya rambut yang lebih panjang lebih banyak pomade mungkin perlu digunakan.
Disebabkan itulah untuk penggunaan pomade secara efisien anda perlu lakukan aplikasi meratakannya secara 360 darjah. Selain itu teknik ini juga dapat meratakan pomade di kepala dengan baik.
Semoga tip pengayaan pomade ini mampu meningkatkan penampilan anda jadi jauh lebih menarik. Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.