Bagi kebanyakan anda yang sebelum ini telah bekerja dari rumah selama kira-kira setahun lebih akibat wabak COVID-19, memasuki semula pejabat juga satu cabaran yang dirasakan.
Pernahkah anda merasa badan sangat penat dan kejung walaupun duduk di kerusi sahaja? Itu bermakna badan anda kurang cergas dan kurang bersenam. Sebaiknya setiap pagi lakukanlah senaman paling kurang pun 20 minit sahaja.
Ads
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa set senaman yang mampu memberikan kecergasan fizikal untuk anda sepanjang hari.
Ads
JUMPING JACKS
Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.
Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan.
Ulang semula sebanyak 20 kali.
WALL SIT
Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
Ulang semula sebanyak 20 kali
ABDOMINAL CRUNCH
Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.
Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal.
Ulang semula sebanyak 15 kali
SQUAT
Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh.
Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan.
Ulang semula sebanyak 10 kali.
HIGH KNEES RUNNING IN PLACE
Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang.
Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.
PUSH-UP ROTATION
Meniarap dalam posisi tekan tubi.
Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas
Ulang semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali.
Selamat mencuba dan teruskan mengamalkan SOP dengan baik!
Ads
Subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terpantas di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dengan pelbagai kemudahan senaman yang lengkap dan ruang selesa untuk melakukan senaman maka tidak hairanlah ramai lelaki menjadikan gym sebagai lokasi tumpuan mereka selepas habis kerja atau di hujung minggu.
Selain dua faktor tersebut di antara sebab lain ramai memilih bersenam dan melakukan latihan kecergasan di gimnasium ialah dengan kehadiran trainer atau jurulatih kecergasan.
Tapi ramai yang hanya memilih trainer berdasarkan penampilan luaran sahaja. Mungkin anda tak tahu bahawa bukan semua trainer sesuai dengan personaliti dan kecenderungan corak latihan yang anda gemari.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi tip bagaimana cara untuk ada pilih trainer yang sesuai untuk anda.
TANYA SOALAN
Ini ialah strategi utama untuk anda memilih jurulatih kecergasan yang sesuai. Soalan, apa yang perlu ditanya? Tanyakan apa-apa sahaja soalan tidak kiralah sama ada ia melibatkan fitness, gim mahupun kesihatan.
Uji minda dan kepakaran individu tersebut menjawab soalan anda. Dan sekiranya ada masa individu tersebut seolah-olah teraga-agak menjawabnya, baik anda lupakan sahaja.
FIZIKAL
Yang pastinya anda perlu mengkaji dan melihat sendiri imej luaran jurulatih tersebut. Dari segi fizikal, sudah pastinya anda boleh mengagak sama ada individu tersebut layak atau tidak.
Sekiranya fizikal jurulatih tersebut mencurigakan, ada baiknya untuk anda teruskan mencari yang lain. Aspek fizikal luaran ini penting untuk anda menilai sejauh mana kemampuan mereka.
KESERASIAN
Keserasiaan itu amat perlu. Ini tidak bermaksud keserasian dalam perhubungan intim, seksual mahupun peribadi.
Cuma, keserasian itu penting bagi anda dan juga jurulatih tersebut untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Jika anda merasakan jurulatih kecergasan tersebut tidak serasi dengan jiwa dan diri anda, ada baiknya anda berhenti dan mulai cari jurulatih yang lain.
SELIDIKI PROGRAM
Banyak pusat kecergasan di luar sana ternyata gagal mengemudi program yang dijalankan sehingga melibatkan kecederaan serta kesakitan bagi mereka yang menjalaninya. Disini, anda sendiri perlu mengkaji sendiri sama ada program kecergasan yang disyorkan menepati dengan kesesuaian dan kemampuan diri anda sendiri.
Jangan pula kerana terlalu teruja ingin mendapatkan badan yang cantik dan sasa, anda sanggup mengambil risiko. Pilih jurulatih yang memahami daya dan ketahanan tubuh badan anda.
BUAT LATIHAN PERCUBAAN
Jangan takut untuk meminta. Pastinya anda boleh meminta untuk menjalani latihan percubaan terlebih dahulu. Langkah ini penting bagi anda untuk menilai sejauh mana kemampuan anda terutama sekali jika anda inginkan latihan long-term arrangement.
Anda boleh menjalani beberapa latihan dan pada masa yang sama ia amat bagus untuk anda mendapatkan keserasian dengan jurulatih kecergasan tersebut.
KAJI LATAR BELAKANG
Ini juga langkah penting yang anda boleh lakukan. Kaji selidik latar belakang jurulatih kecergasan tersebut terlebih dahulu.
Anda tidak perlu menyelidik latar belakang perbadinya cuma anda perlu bijak untuk mengetahui mengenai potensi, dedikasi dan kebolehannya.Anda boleh bertanya kepada pihak pengurusan gim tersebut ataupun sesiapa sahaja yang bekerja di sana.
PENCAPAIAN PERIBADI LEPAS
Anda juga boleh tanyakan pada jurulatih kecergasan tersebut mahupun sesiapa sahaja siapa klien-klien mereka yang lepas.
Mana tahu anda mungkin akan mendapat recommendation daripada mereka. Ini penting bagi anda untuk melihat sejauh mana kemampuan dan dedikasi jurulatih tersebut dari klien yang pernah bekerjasama. Dan adakalanya ia amat penting bagi anda untuk meninjau semula sejauh mana kelayakan mereka.
PERHATI
Ini merupakan tip yang paling utama. Bayangkan anda sudah pun mendaftar di gim tersebut, anda boleh juga amati potensi jurulatih kecergasan yang lain di gim tersebut. Amati cara mereka melayan dan melatih klien.
Dengan cara ini, anda dapatlah membezakan dan bandingkan cara dan gaya mereka dari segi potensi, dedikasi, semangat, emosi dan lain-lain. Dan sekiranya anda punya peluang, luangkan masa untuk berbicara dengan klien tersebut sejauh mana kemampuan jurulatih mereka itu.
MINTA PERHATIAN
Ini juga amat penting dari anda sendiri mahupun jurulatih tersebut. Perhatian yang maksimum sangat penting terutama sekali bagi para jurulatih yang melatih anda.
Anda semestinya tidak mahu ada gangguan mahupun ‘selingan’ yang boleh mengugat konsentrasi anda seperti bersms, bual-bual kosong, menjawab sebarang panggilan dan lain-lain. Jikalau boleh, utarakan permintaan anda ini sebelum anda mula berlatih.
KELAYAKAN
Dan akhir sekali, semua jurulatih kecergasan peribadi di mana-mana gim sekalipun perlukan kelayakan. Ini juga perlu anda titikberatkan, walaupun di masa kini amat mudah dan senang bagi seseorang untuk menjadi jurulatih tanpa perlu sebarang pengiktirafan.
Di sini, anda boleh tanyakan kepada pihak pengurusan di gim anda mendaftar. Banyak organisasi yang terlibat dalam mengiktirafkan jurulatih kecergasan di Malaysia. Antaranya Federation of International Sports, Aerobics and Fitness (FISAF), American Council of Exercise (ACE), ataupun National Association of Fitness Instructor (NAFI) di Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang mana penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih (tanpa pigmen). Timbulnya tompok putih pada kulit berpunca apabila sel-sel yang menghasilkan pigmen iaitu melanosit dirosakkan antibodi pesakit itu sendiri.
Kerap terjadi kepada mereka berumur di bawah 20-an, namun ia boleh menyerang sesiapa sahaja. Tompok putih ini juga boleh terjadi di kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya. Walaupun tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal, namun ternyata ia memberi efek pada kualiti hidup pesakit.
PUNCA PENYAKIT
Vitiligo kajian menyatakan penyakit ini terjadi disebabkan kemusnahan sel melanosit. Kajian para ilmuan kesihatan global dari Universiti Menchester yang ditulis di dalam jurnal kesihatan, mereka membuat kesimpulan bahawa terdapat beberapa faktor menyokong keadaan ini. Antaranya adalah;
1- Gangguan autoimun. Ini merujuk kepada sistem kekebalan tubuh pesakit yang secara tiba-tiba menjadi terlalu aktif, lalu membunuh dan menghancurkan melanosit.
2- Trauma dengan geselan. Keadaan geselan pada permukaan tertentu di tangan, kaki, siku, lutut mahupun pergelangan tangan.
3- Cahaya matahari. Pesakit yang dilahirkan cukup sensitif dengan cahaya matahari sehingga membunuh sel-sel kulit seterusnya menhancurkan melanosit.
4- Terdedah kepada bahan-bahan kima tertentu
5- Faktor keturunan dan genetik. Ahli keluarga terdahulu yang pernah mengalami penyakit kulit yang sama.
6- Kehilangan pigmen yang terjadi pada seseorang secara tiba-tiba.
KOMPLIKASI RAWATAN
Selain menyebabkan cacat kekal pada kulit, merawat Vitiligo juga cukup kompleks dan boleh mengambil masa berbulan-bulan hingga bertahun. Berdasarkan kenyataan media oleh Pakar Perunding Dermatologi Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Mazlin Mohd. Baseri, rawatan penyakit Vitiligo bergantung pada beberapa faktor, termasuk keluasan permukaan kulit dan jenis Vitiligo itu. Antara rawatan yang disarankan adalah:
1-Rawatan first line iaitu menggunakan krim yang mengandungi bahan immunomodulator yang akan mengurangkan atau memberhentikan kerosakan melanosit.
2-Rawatan photo therapy yang menggunakan pancaran cahaya ultra violet juga boleh dilakukan di hospital yang mempunyai kemudahan tersebut.
3- Rawatan laser excimer dan pembedahan melibatkan kaedah pemindahan sel kulit atau melanosit yang diambil dari kulit normal pesakit.
PATUT TAHU
1- Penyanyi terkenal Michael Jackson semasa hayatnya menderita sakit kulit kerana masalah vitiligo.
2- Vitiligo bukanlah panau dan ia juga bukan albino, walaupun simptom dan keadaannya lebih kurang sama.
3- Berdasarkan kajian WHO, penyakit Vitiligo ini sudah menyerang hampir 3 peratus daripada populasi dunia. Ini bermakna dalam 100 orang, tiga orang daripadanya menghidap vitiligo.
4- ‘Kelakuan’ penyakit ini susah diramal kerana sesetengah pesakit mengalaminya dan merebak ke kawasan lain dengan cepat. Ada pesakit yang stabil iaitu tompokan tidak berubah menjadi lebih besar atau banyak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Aktiviti dan kalori yang dibakar / kCal (senaman selama 30 minit)
Lelaki (64 kilogram) Wanita (55 kilogram)
Lelaki Wanita
Berbasikal ( bersiang) 324 279
Berlari (8 km sejam) 280 252
Berlari-lari anak 215 185
Badminton 186 160
Jalan pantas 142 120
Berbasikal (riadah) 123 106
Mop lantai 119 102
Kerja rumah 115 99
Memasak 86 74
Seterika pakaian 63 54
Panduan Kuruskan Badan
1. Cuba elakkan daripada makan secara bufet.
2. Cuba makan perlahanlahan dan ambil masa untuk mengunyah makanan agar cepat kenyang.
3. Jangan makan ketika menonton televisyen.
4. Cuba mulakan makan dengan meminum segelas air atau sup dan makan banyak sayur-sayuran supaya cepat kenyang.
5. Lebihkan minum air jarang jika haus.
Ingatlah air jarang tidak mengandungi kalori dan dengan hanya menggantikan minuman berperisa dengan air jarang kita dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 200 hingga 300 kCal sehari.
6. Sediakan makanan ringan berkalori rendah di rumah atau di tempat kerja khusus jika anda perlu menghilangkan rasa lapar.
7. Tingkatkan aktiviti seharian anda dengan menggunakan tangga dan berjalan. Kurangkan penggunaan lif, tangga bergerak dan kenderaan.
Jika tempat pekerjaan anda dekat dengan rumah, anda boleh cuba berjalan atau berbasikal ke tempat kerja.
8. Luangkan masa dengan keluarga pada hujung minggu, cubalah kegiatan sihat seperti menunggang basikal, berlari-lari anak, bermain badminton atau berenang.
9. Anda masih boleh menikmati hidangan makanan kesukaan anda walau ia berkalori tinggi tetapi pastikan anda dapat membakar kalorinya kemudian dengan bersenam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.