Lengkap Dengan Tabung Oksigen, Pasukan Kecemasan Dubai Kini Miliki Chevrolet Corvette & Nissan GT-R

402

Dubai, Emeriah Arab Bersatu sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk mempamerkan kekayaan yang dimiliki. Jika sebelum ini Dubai terkenal di kalangan pelancong bahawa polis memandu kereta mewah seperti Aston Martin, BMW dan sebagainya, kini pasukan kecemasan mereka juga sudah memiliki kereta mewah baharu.

Menurut laporan portal automotif Mekanika Malaysia, Perkhidmatan Ambulan Dubai atau Pasukan Kecemasan Dubai baru sahaja menerima kenderaan terbaru iaitu sebuah Nissan GT-R dan Chevrolet Corvette C7. Lebih menarik, ia bukan Corvette C7 biasa tetapi sebuah model Grand Sport.

Ambulan Nissan GT-R

Walaupun begitu, ia tidak dilengkapi dengan katil pengusung sebagaimana ambulan lain, tetapi ia juga turut dilengkapi dengan peralatan CPR, tabung oksigen selain peralatan mudah alih lain untuk digunakan ketika kecemasan serta jika ada pesakit yang memerlukan bantuan.

BACA: Dengan Harga RM2 Juta, Anda Boleh Miliki Kereta Kalis Peluru Pertama Dunia Bentley Bentayga

Ambulan Corvette C7 Grand Sport

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti kecemasan melibatkan masalah pernafasan serta kecederaan yang kecil. Selain itu, pekhidmatan ambulan Dubai turut menyatakan bahawa tempoh masa bertindak mereka berjaya dikurangkan sebanyak separuh dengan menggunakan kereta-kereta seperti ini.

Mereka juga turut pernah menggunakan kereta Supercar lain seperti Ford Mustang, Dodge Challenger dan Lotus Evora.