Dubai, Emeriah Arab Bersatu sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk mempamerkan kekayaan yang dimiliki. Jika sebelum ini Dubai terkenal di kalangan pelancong bahawa polis memandu kereta mewah seperti Aston Martin, BMW dan sebagainya, kini pasukan kecemasan mereka juga sudah memiliki kereta mewah baharu.
Menurut laporan portal automotif Mekanika Malaysia, Perkhidmatan Ambulan Dubai atau Pasukan Kecemasan Dubai baru sahaja menerima kenderaan terbaru iaitu sebuah Nissan GT-R dan Chevrolet Corvette C7. Lebih menarik, ia bukan Corvette C7 biasa tetapi sebuah model Grand Sport.
Ambulan Nissan GT-R
Ads
Walaupun begitu, ia tidak dilengkapi dengan katil pengusung sebagaimana ambulan lain, tetapi ia juga turut dilengkapi dengan peralatan CPR, tabung oksigen selain peralatan mudah alih lain untuk digunakan ketika kecemasan serta jika ada pesakit yang memerlukan bantuan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti kecemasan melibatkan masalah pernafasan serta kecederaan yang kecil. Selain itu, pekhidmatan ambulan Dubai turut menyatakan bahawa tempoh masa bertindak mereka berjaya dikurangkan sebanyak separuh dengan menggunakan kereta-kereta seperti ini.
Mereka juga turut pernah menggunakan kereta Supercar lain seperti Ford Mustang, Dodge Challenger dan Lotus Evora.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tayar kereta tersangkut atau tersekat dalam lumpur sering kali terjadi, terutama ketika anda memandu di jalan dan kawasan yang berlumpur selepas hujan.
Bagi yang tidak berpengalaman, keadaan ini boleh mencetuskan panik. Namun, jangan risau! Terdapat beberapa teknik mudah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini tanpa memerlukan bantuan yang besar. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil!
kereta tersangkut dalam lumpur.
Jika kereta tersangkut dalam lumpur
Kebiasaanya bila dah perasan tayar kereta tersangkut atau masuk dalam kawasan berlumpur kita akan terus tekan minyak dan pandu ke depan.
Lumpur
Cara ini salah ya. Jika dilakukan banyak kali ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tayar mungkin akan tenggelam lebih dalam dan menyukarkan lagi untuk keluar.
Jadi apa yang perlu dilakukan. Menurut James Alatin bila tayar kereta termasuk dalam lumpur begini apa yang perlu dilakukan adalah bertenang.
Cara Betul Reverse Ketika Tayar Kereta Tersangkut Dalam Lumpur
Cara betul untuk mengeluarkan tayar kereta dari lumpur ini adalah dengan menukar gear reverse dan tekan minyak secara perlahan-lahan. Cara ini barulah senang nak keluar.
Lagi satu cara yang boleh digunakan jika, cara di atas tidak berjaya adalah dengan menggunakan kayu atau batu untuk membantu meningkatkan cengkaman. Caranya dengan meletakkan kayu atau batu tadi pada tayar sebagai landasan.
Selain barisan produk teknologi hijau, Honda Motors Co Ltd turut mempamerkan motor modifikasi bagi pasaran Jepun di Tokyo Motor Show (TMS) 2017.
Salah satu model yang menarik perhatian pengunjung ialah motosikal sport Honda CBR 250RR versi kustom.
Jentera yang didakwa memiliki DNA perlumbaan itu mendapat sentuhan modifikasi yang berbeza daripada versi standard. Bagaimanapun bahagian mekanikal dikatakan masih sama yang mana mempertaruhkan enjin 250cc dengan kuasa 38.7PS dan tork 23.3Nm.
Pihak Honda memilih warna putih bagi badan CBR 250RR berkenaan. Ia kemudian dipadankan dengan jalur merah di beberapa bahagian bagi menyerlahkan ciri perlumbaan.
Bahagian rim turut menerima semburan cat putih yang kemudian dipadankan dengan tayar perlumbaan. Melengkapkan imej tersebut, Honda memilih ekzos Akrapovic.
CBR250RR kustom itu turut menerima lampu depan LED bersama perincian merah yang menjadikan pandangan depan lebih agresif. Secara keseluruhan, model tersebut sama dengan CBR 250RR di pasaran selain tawaran pad tangki dan kemasan gentian karbon pada fender belakang.
Jentera berkenaan menggunakan suspensi USD di depan dan Pro-Link monoshock di belakangnya.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Edisi kedua The Hot Wheels Legends Tour kini bakal kembali di Malaysia. Program meraikan pelbagai rekaan kereta ini diadakan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia dan ia merupakan siri global pencarian kenderaan rekaan khas untuk dijadikan model sebenar kereta permainan Hot Wheels. Paling menarik, barisan panel jurinya terdiri daripada pereka global Hot Wheels dan disertai barisan juri tempatan.
Mereka telah memilih 12 rekaan terbaik (Top 12) daripada sejumlah 163 penyertaan di Malaysia. Pusingan pusingan akhir pertandingan ini bakal disiarkan secara pentriman secara langsung pada 17 Oktober 2021 (Ahad), pukul 8 malam.
Pada tahun ini, para peminat kereta rekaan khas Malaysia akan disertai kelompok peminat dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia dan New Zealand, sekali gus bersaing merebut gelaran juara. Siri Hot Wheels Legends Tour Malaysia tahun ini juga mencatatkan peningkataan penyertaan dua kali ganda berbanding tahun 2020.
Setiap penyertaan dinilai berdasarkan Ketulenan (Authenticity), tahap mirip rekaan memaparkan identiti semangat Hot Wheels; Kreativiti, daya tarik rekaan menonjol berbanding rekaan lain; dan Semangat Garaj (Garage Spirit), keupayaan pereka menyerlahkan ciri model sebagai kereta ‘buatan khas bukan dibeli.’
Pemenang siri Malaysia akan mewakili negara di peringkat antarabangsa dan bakal bersaing dengan para pemenang dari siri-siri Hot Wheels Legends Tour. Juara keseluruhan akan menyaksikan rekaannya diabadikan dalam Hot Wheels Garage of Legends sekali gus ditransformasi kepada kereta permainan 1:64 untuk dipasarkan serta memberi keseronokan kanak-kanak semua peringkat usia di seluruh dunia bermain.
Barisan juri pereka Hot Wheels terdiri daripada Brendon Vetuskey, ketua pereka model kereta permainan Monster Trucks dan Red Line Club; Manson Cheung, pereka model 3D Hot Wheels yang terkenal dengan ukiran seninya; dan Sam Kok, pereka Hot Wheels yang kini merupakan pemacu utama pereka pakej Mattel.
Panel juri tempatan pula terdiri daripada Christian Coujin, figura yang tidak asing dalam komuniti kerana koleksi kereta RWB miliknya dan peminat kenderaan buatan khas atau diubahsuai; Tengku Djan, pelumba drift profesional negara yang menyertai perlumbaan D1 Grand Prix; dan Azrina Jane Abdullah, pemandu lagak ngeri dengan bakat sebagai pelumba drift dan litar.
Kesemua 12 finalis Malaysia menunjukkan kepelbagaian rekaan kereta berjenama dari pelbagai negara seperti Jepun, Jerman, Itali termasuklah jenama Malaysia. Finalis terdiri daripada:
Lee Ming Hui (Audi TT MK2), Sofyan Darmadi (1969 VW Beetle Vandetta), Norsayang bin Ngatiman (1968 Toyota Corolla KE10), Addison Victor Liew Kian Tek (1980 Mazda RX7 1st Gen Savanna Sa22C), Jeffrey Teoh (2008 Ferarri 430), Karrthikan Amerudalingam (1997 Proton Wira 1.5 GL), Abdul Wahab bin Bahari (1986 Daihatsu Mira Walkthrough Van), Elden Schrock (1987 Toyota Cressida), Mohd Iltizam bin Mohamad Sokri (1990 Toyota Estima TCR 21), Tham Kheng Ming (2002 Toyota MRS MR2 Spyder), Norman Ng (2014 Porsche Boxster 981), dan Kathires Thanabal (2012 Honda Accord).
Pusingan akhir akan bersiaran langsung dalam talian dari Muzium RWB, Johor Bahru yang dikurator oleh Christian Coujin. Muzium RWB merupakan satu bentuk keraian berkisar RAUH-Welt Begriff dan pengasasnya, Akira Nakai, serta diiktiraf oleh komuniti peminatnya sebagai sebuah pameran menakjubkan sekali gus membuktikan hobi ini amat mengujakan.
Bersempena sambutan Hot Wheels Legends Tour dan segalanya tentang budaya kereta, Hot Wheels telah melancarkan rekaan kolektibel menarik sebagai hadiah menerusi pembelian daripada rakan kerjasama runcit rasmi: Toys ‘R’ Us Malaysia [https://www.toysrus.com.my/hot-wheels/] dan Shopee Malaysia [https://shopee.com.my/hotwheels.os] untuk pembelian dalam talian. GWP boleh disusun / dicantum dan boleh dibeli selagi stok masih ada.
Oktober 2021
• BELI produk Hot Wheels RM50 ke atas, dapatkan Model Misteri Hot Wheels PERCUMA
• BELI produk Hot Wheels RM200 ke atas, dapatkan model edisi terhad Hot Wheels Nissan Laurel 2000 SGX PERCUMA
November 2021
• BELI produk Hot Wheels RM50 ke atas, dapatkan Model Misteri Hot Wheels PERCUMA
• BELI produk Hot Wheels RM200 ke atas, dapatkan model edisi terhad Hot Wheels ‘65 Volkswagen Fastback PERCUMA