Gaya Hidup

Lena 5 Saat, Nyawa Melayang! Bahana Microsleep Punca Kemalangan Maut

Share

Beberapa hari lalu kita telah dilaporkan tentang kemalangan maut melibatkan seorang ahli perniagaan yang sangat disegani.

Menurut apa yang dikahabrkan kemalangan mungkin berpunca daripada pemandu yang mengantuk dan tertidur.

Jangan jadi mangsa hanya kerana terlena!

Besar kemungkinan ia adalah sindrom mickrosleep. Apatah lagi sekarang di bulan puasa di mana rasa mengantuk semasa memandu itu memang menguji sesiapa sahaja.

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan sindrom microsleep?

Microsleep merupakan kondisi yang sangat berbahaya dan telah meragut banyak nyawa di jalan raya. Malah ia kini dikenali pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.

Jadi apakah penyebab utama microsleep?

Punca utama ia berlaku ialah disebabkan badan berasa penat dan berlaku terutamanya bila kurang tidur. Ia juga berlaku dalam situasi bila seseorang berdepan dengan perkara yang dilakukan secara berterusan seperti memandu atau menonton TV. Lebih mengantuk anda maka rasa lebih tinggi berdepan risiko sindrom microsleep.

Dan microsleep ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah kepada mereka yang rasa tubuh badan sihat.

Jadi bagaimanakah anda sebagai pemandu boleh mengelak daripada berdepan risiko bahaya microsleep?

MASKULIN ingin kongsi beberapa tip mudah yang boleh anda amalkan bagi mengelak jadi mangsa kemalanagan akibat microsleep.

Pilih waktu sesuai

Pertama sekali, elak elak memandu ketika anda rasa diri kurang aktif atau peka. Sebaiknya mulakanlah perjalanan ketika badan berasa paling segar yang maksima.

Tidur yang cukup

Rancang perjalanan dengan baik mengikut waktu tidur. Ingatlah tidur yang mencukupi dapat memberikan kondisi fizikal yang lebih peka dengan sekeliling.

Bawa teman

Jika memandu jarak jauh carilah teman sekurang-kurangnya seorang. Memandu seorang diri dalam perjalanan jauh cukup membosankan.

BACA: Ramai Yang Tak Tahu Fungsi Klip Pada Rear Mirror, Antaranya Kurangkan Silau!

Sentiasa fokus

Semasa memandu sentiasalah ingat untuk fokus pada jalan raya dan juga kenderaan lain. Jika kita sentiasa beringat InsyaAllah perjalanan akan bertambah selamat.

Berinteraksi

Jika balik bersama ahli keluarga atau kawan-kawan berinteraksilah dengan mereka dari semasa ke semasa. Jangan biarkan kesemua penumpang tidur dalam satu masa.

Sentiasa bergerak

Apabila berhenti di R&R, ambil masa 5 hingga 10 minit untuk regangkan badan, berjalan dan basuh muka untuk badan yang lebih segar. Pengaliran arah yang baik boleh memberikan keselesaan bukan sahaja kepada fizikal tetapi mental.

Tempoh berhenti

Bagi perjalanan yang lebih efisyen berhentilah setiap 2 atau 3 jam perjalanan. Jangan paksa diri untuk memandu terlalu lama.

Guna Aplikasi

Sekarang terdapat beberapa jenis apps anti-tidur yang terdapat di pasaran. Gunakan apps ini untuk membantu korang daripada tertidur semasa memandu. Ia akan berbunyi dan bergegar selang beberapa minit megikut tetapan.

Published by
Farizul Izwany