Perasankah anda, ada sesetengah orang yang berdiet akan mengalami saat di mana beratnya sudah turun tetapi orang di sekelilingnya langsung tidak perasan dek perubahan dirinya.
Semua ini kerana mereka hanya kurangkan berat badan, bukannya mengurangkan inchi di tubuhnya. Hal ini disokong oleh Sam Abd Rahman, menurutnya lemak seseorang dibakar sebanyak 30-50gram sahaja setiap hari.
Menurutnya lagi menimbang hari-hari adalah sesuatu yang boleh diumpamakan ‘membunuh diri’, kerana setiap perubahan di atas alat penimbang berat badan adalah kerana perubahan air di tubuh badan. Malah, dia turut berkata lelaki sepertinya memerlukan air dalam tubuh badan sebanyak 55-60% sahaja.
Tambahnya jika badan anda turun dengan mendadak, itu bermakna badan anda kehilangan air dan otot. Malah, dia akui dengan mengamalkan crash diet berat badan memang akan turun dengan cepat, namun tubuh badan akan mudah rasa lemah dan tidak sihat kerana tubuh badan sudah membuang komponen otot.
Menurutnya lagi, dalam dunia fitness banyak benda yang perlu di titik beratkan selain dari kilogram. Namun kejayaan paling besar adalah apabila anda berjaya turunkan inchi diukur lilit badan anda.
Malah, apabila lemak banyak terutamanya di bahagian abdomen kerana ia akan menyaluti organ-organ dalam tubuh badan yang akan menyebabkan hormon dan akhirnya dan mengundang pelbagai penyakit.
Okay, MASKULIN tidak mahu cakap panjang saksikan video ini sendiri….
Sumber: Sam Abd Rahman
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mentega Kacang Boleh Bantu Anda Dalam Diet? Anda Setuju Tak Dengan No. 2 Tu?
Roti sandwich yang tidak biasa ini mempunyai kuasa yang lebih besar daripada yang anda percayai.
Pada tahun 1884, Kanada Marcellus Gilmore Edson menjadi orang pertama yang mencipta mentega kacang. Ia menjadi ruji di rumah-rumah Amerika Utara selama hampir 131 tahun sejak itu, dan mudah difahami mengapa?
Mentega kacang adalah berkhasiat dan lazat. Ia merupakan campuran dari buah-buahan hingga coklat dan jeli hingga saderi. Lemak bagus dan kaya dengan nutrien yang sihat, ia adalah salah satu makanan kegemaran untuk penurunan berat badan. Jadi, bagaimana sebenarnya ia membolehkan perut anda rata, dan apa lagi yang mentega kacang boleh lakukan kepada badan anda?
1. Anda mengurangkan risiko kematian anda
Menurut kajian Vanderbilt University 2015, makan kacang setiap hari dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih rendah. Apa yang memberi kacang keupayaan untuk menghalang penuaan? Ketumpatan nutrien mereka yang mempromosikan kesihatan dan perlindungan. Kacang mempunyai profil lemak yang sihat, termasuk lemak mono dan polyunsaturated yang kaya dengan antioksidan, mengandungi nutrien seperti kalium yang membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat, kaya serat, dan mengandungi phytosterols tumbuhan yang sihat. Asid lemak tanpa tepu dan tak tepu telah ditunjukkan untuk menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida LDL, menurunkan risiko sindrom metabolik, penyakit jantung, dan diabetes jenis 2.
2. Cepat berasa lebih kenyang
Lemak dan protein monounsaturated butter mentega sangat sihat. “Memiliki mentega kacang disapu pada roti bakar semasa sarapan pagi, di sandwich untuk makan tengah hari, atau salut pada epal untuk snek boleh menghalang anda makan berlebihan. Namun ia haruslah diambil secara sederhana. Saiz hidangan yang baik ialah dua sudu. Anda juga boleh bertindak secara kreatif campuran mentega kacang ke dalam makanan anda.
3. Lebih Bertenaga
Protein, serat dan lemak sihat dalam mentega kacang boleh memberikan anda tenaga yang anda perlukan untuk memulakan hari dan sepanjang hari. Ia juga membantu mengekalkan gula darah yang stabil, yang menghalang keletihan dan lesu ketika anda sedang bekerja.
4. Menurunkan berat badan
Walaupun anda mengawal ketat pemakanan anda, kajian menunjukkan bahawa termasuk kacang boleh membantu mengurangkan berat badan. Mengapa? Sebagai permulaan, kacang mengandungi lebih banyak protein daripada jenis kacang yang lain. 8 gram dalam 2 sudu besar. Tambahkan kepada kandungan lemak dan serat yang tinggi, dan anda mempunyai snek yang lazat yang akan menjadikan daya kelaparan anda tahan lebih lama. Hasilnya mungkin kurang pengambilan kalori pada siang hari. Kebanyakan orang mendapati makan 200 kalori mentega kacang lebih sihat daripada, katakan, 200 kalori pretzel. Menurut satu kajian di Journal of Obesity and Related Metabolic, kacang tanah juga boleh meningkatkan relau metabolik anda. Dalam kajian itu, kadar metabolisme subjek melonjak sebanyak 11% apabila mereka makan kira-kira 500 kalori kacang setiap hari selama 19 minggu.
5. Anda lebih bijak
Kajian mendapati bahawa lemak monounsaturated yang terdapat dalam makanan seperti kacang dan minyak zaitun adalah perlindungan terhadap kesihatan dan fungsi otak. Bagaimana? Ciri-ciri antioxidative dan anti-inflamasi kacang membantu mengurangkan tekanan (atau kerosakan oksidatif) ke otak. Jadi untuk mereka yang sedang membesar, mentega kacang sesuai untuk diambil kerana ia boleh meransang pertumbuhan sel-sel otak anda.
Namun perlu ingat! Jenama yang salah boleh menjejaskan zakar anda. Sesetengah petani kekacang ini menggunakan racun perosak menjadikan bahan kimia senang larut dalam pertumbuhan kacang. Pendedahan racun perosak telah dikaitkan dengan kecacatan kelahiran dan kesuburan pada lelaki. Bagaimana nak memilih mentega kacang yang sesuai dengan ciri-ciri diatas? Pilihlah yang mengandungi pelbagai organik.
*Sumber: MSNLifestyle
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Workout Ini Selesaikan Masalah Lelaki Sukar Dapat Dada Seksi Yang Berketak!
Tidak dinafikan ramai lelaki masuk ke gimnasium untuk mencuba segala jenis workout bagi mendapatkan tubuh idaman.
Selain mahu membina six pack dan lengan yang berurat, lelaki turut mahu membina dada besar yang seksi serta berketak.
Bukan apa.. sebabnya, ada wanita yang boleh jadi merenyam dan kalaulah dia dapat baring dekat dada yang super itu, pasti dia terbuat dek mimpi!
Jadi apa caranya?
Untuk menyelesaikan masalah itu, Maskulin berkongsi beberapa steps workout dan diharap ia membantu kaum lelaki kelihatan lebih segak dan macho :
1. Chair Dips
Dalam misi mahu membentuk otot dada, latihan ini perlu dilakukan kerana ia begitu efektif untuk membentuk otot bahu dan tricep.
Ini kerana ketika tubuh anda berkerja, ketiga-tiga otot tersebut dengan sendirinya akan dilatih secara saksama dan pada akhirnya boleh membentuk postur tubuh anda.
Tahap pelaksanaan : Posisikan kedua tangan anda tepat pada kerusi dengan jarak selebar bahu.
Angkat badan atau tubuh anda dengan memfokuskan kepada otot dada, bahu, dan tricep secara saksama.
Lenturkan tubuh anda kearah belakang. Turunkan tubuh anda dengan perlahan ke bawah tetapi dengan posisi punggung anda kekal lurus. Kembali ke posisi awal lagi
2. Rotation Pushup
Di samping boleh membantu dalam membentuk otot dada, latihan ini juga baik untuk meningkatkan koordinasi dan keseimbangan tubuh anda.
Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Buka tangan kanan anda sampai tubuh mengiring ke kanan. Kembali kepada posisi semula. Ganti dengan tangan kiri.
3. Pull Up
Latihan ini tak hanya membentuk otot dada saja, tetapi pull up juga dapat melatih otot latissimus dorsi atau bahagian punggung ke bawah.
Tahap pelaksanaan : Genggam palang pull up selebar bahu. Gunakan cara pegangan overhand.
Pastikan tubuh anda bergantung dengan lengan lurus. Tarik tubuh anda ke atas sampai menyentuh palang. Turunkan kembali tubuh anda kepada posisi asal. Ulangi lagi.
4. Plyometric Push Up
Untuk anda yang sudah muak dengan latihan push up biasa, anda juga boleh mencuba latihan ini.
Di samping boleh membentuk otot dada, latihan ini juga boleh melatih otot tricep dalam satu gerakan sekaligus.
Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Tekan tubuh anda ke bawah. Angkat tubuh anda ke atas sampai kedua tangan terangkat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Fahami BMI Terlebih Dahulu Baru Merungut Mengenai Berat Badan Anda!
Siapa harus kuruskan badan?
Anda mungkin pernah mendengar akronim BMI.
Ia bukanlah singkatan bagi Badan Makin Ideal – walaupun memang itulah yang ramai orang harapharapkan.
Sebaliknya, ia merujuk pada Indeks Jisim Tubuh (BMI).
BMI boleh diperolehi dengan menggunakan formula berikut:
BMI = Berat badan dalam kilogram / (Ketinggian dalam unit meter)2
BMI yang sihat adalah di antara 18.5 dengan 23. Namun begitu, ia bukan bermakna seseorang itu harus menurunkan berat badan sehingga menghasilkan BMI 23.
Angka ini hanyalah sebagai panduan.
Bagaimanapun, jika BMI anda melebihi 30, anda digalak mengurangkan berat badan kerana ia sekali gus dapat membantu menurunkan risiko mendapat penyakit.
Dengan hanya mengurangkan berat badan antara lima dengan 10 peratus, ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kadar gula. Apabila badan terasa lebih ringan, seseorang akan berasa lebih cergas, pernafasannya menjadi kian lancar dan mood bertambah ceria.
Saya rasa kesan-kesan itu seharusnya sudah cukup memberi kepuasan kepada mereka yang gigih ingin menguruskan badan. Selebihnya, bolehlah dianggap sebagai bonus.
Rahsia kawal berat badan
Kalau banyak makan, kenalah banyak ‘buang’. Jika tidak dibuang, ia bakal disimpan dan ibarat kata pepatah, sikitsikit, lama-lama membukit, maka bertambahlah babat.
Ingatlah formula: Tenaga daripada makanan = Tenaga yang dibakar hasil aktiviti dan Kadar Metabolisme Dasar (BMR).
Untuk mengekalkan berat badan, jumlah kalori atau tenaga daripada makanan mestilah seimbang dengan pembakaran kalori atau tenaga daripada aktiviti. Jika seseorang ingin mengurangkan berat badan.
• Meningkatkan pembakaran kalori dengan melebihkan kegiatan seperti bersenam atau;
• Mengurangkan pengambilan kalori dengan mengurangkan makanan yang berkalori tinggi.
Kadar Metabolisme dasar seseorang itu bergantung pada beberapa faktor:
• Usia: Kadar BMR merosot dengan peningkatan usia.
• Diet yang terlalu terhad dari segi kalori.
• Kadar otot dalam badan: Kaum Adam yang lebih berotot mempunyai kadar yang lebih tinggi.
• Bersenam: Terutama sekali latihan kekuatan/ketangkasan seperti angkat besi.
• Suhu keliling yang rendah – mereka yang tinggal di negara sejuk mempunyai kadar yang tinggi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI