Berjoging adalah senaman jalan cepat atau lari kecil untuk menyerap oksigen yang dihantar ke fungsi jantung agar ia bekerja lebih cepat dari kebiasaannya. Berjoging menjadi antara senaman pilihan terbaik kerana ia mudah untuk dilakukan.
Paling penting berjoging tidak memerlukan peralatan yang khusus untuk anda melakukannya. Hanya memerlukan pakaian dan kasut sukan yang sesuai, anda boleh berjoging di mana-mana sahaja tanpa halangan.
Sekiranya anda seorang lelaki yang rajin berjoging, anda memang beruntung. Bukan sahaja menyihatkan tubuh badan dan mengeluarkan peluh, berjoging juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih tampan dan awet muda.
Bukan itu sahaja, ada lima lagi manfaat yang anda boleh dapat daripada berjoging. Jadi mulakan senaman joging anda hari ini.
Tulang anda akan menjadi semakin kuat kerana ia selalu menerima rintangan. Begitu juga dengan tulang kaki yang akan mendapat manfaat paling besar untuk senaman berjoging ini.
Ads
2. Menguatkan otot
Otot yang selalu digunakan semakin lama akan menjadi semakin kuat dan besar. Pada awalnya, anda akan berasa sakit namun lama-kelamaan, badan anda akan akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
3. Menyihatkan jantung
Joging juga akan membuatkan jantung anda bekerja lebih kuat kerana permintaan oksigen yang lebih tinggi semasa anda bersenam. Secara tidak langsung ini akan menjadikan jantung lebih sihat.
Ads
4. Membakar kalori
Segala peluh dan rasa penat yang anda alami itu bukanlah satu yang sia-sia. Dengan berjoging, tubuh akan membakar kalori sekali gus membantu menurunkan berat badan anda.
Anda boleh melakukan sebarang aktiviti fizikal atas tujuan berbeza. Setiap tujuan itu juga mempunyai kaedah dan teknik yang berbeza. Contoh teknik joging berbeza mengikut tujuan adalah:
1. Meningkatkan stamina
Sekiranya anda baru sahaja ingin memulakan senaman berjoging, mulakan dengan berjalan laju dahulu. Kemudian, barulah anda beralih kepada berlari anak sebelum menambahkan tempo larian anda.
2. Menurunkan berat badan
Kalori lebih banyak dibakar apabila kelajuan bertambah kerana simpanan tenaga dalam bentuk lemak akan digunakan. Jika anda inginkan hasil yang lebih berkesan, kawal jumlah kalori daripada pemakanan anda.
3. Menambahkan kenalan dan teman sosial
Sukan sememangnya medan yang sangat baik dalam menambah kenalan kerana ia adalah sesuatu yang universal dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Malah senaman brjoging juga tiada teknik khusus untuk tujuan ini. Jadi anda bebas menyertai mana-mana kelab joging atau larian amal yang dianjurkan secara umum.
4. Menyertai pertandingan
Ini sudah tentu memerlukan latihan sesuai mengikut jenis pertandingan. Jika anda menyertai mana-mana kelab, ia kebiasaannya menyediakan panduan dan latihan. Bagi pertandingan terbuka, anda boleh jalani latihan sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bersempena Sukan Paralimpik Paris 2024, Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) memperkenalkan jersi rasmi yang akan dipakai kontinjen negara ke temasya itu.
Menerusi hantaran di laman media sosial rasmi PCM, rekaan jersi bagi atlet paralimpik negara turut menggunakan corak belang harimau seperti jersi rasmi atlet negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Yang membezakannya ialah, corak belang harimau jersi kali ini menggunakan warna-warna yang melambangkan bendera Jalur Gemilang seperti merah, kuning, dan biru.
Dengan menggunakan rona putih sebagai warna dasar jersi, ia menyerlahkan corak belang harimau berwarna jalur gemilang itu.
Pakaian rasmi itu diperagakan oleh atlet renang paralimpik, Muhammad Imaan Aiman dan atlet boccia, Abdul Razzaq Abdul Rahman.
Lebih Cantik Dari Jersi Atlet Olimpik
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji rekaan jersi rasmi bagi atlet paralimpik negara ini.
Melihat rekaan pakaian itu sahaja sudah membakar semangat kesukanan, apatah lagi apabila berentap di persada antarabangsa nanti.
Malah, ada juga warga maya yang berminat untuk membeli jersi tersebut jika ada dijual kepada umum.
Pengumuman pakaian rasmi atlet paralimpik dengan rekaan yang segar dan bersemangat ini seakan memulihkan rasa kecewa rakyat Malaysia melihat pakaian rasmi atlet olimpik negara.
Selain rekaan yang dikatakan tidak segar kerana masih kekal dengan rona hitam dan jingga seperti yang pernah digunakan sebelum ini, rakyat Malaysia turut kecewa apabila logo Jalur Gemilang tidak ditonjolkan dalam warna sebenar pada jersi.
Lebih memburukkan keadaan apabila pengumuman pakaian rasmi itu dilakukan dengan hanya menggunakan patung mannequin, sedangkan ramai atlet negara yang boleh memperagakan pakaian tersebut.
Ambillah peluang untuk bersenam di rumah dalam suasana yang selesa bagi mengeluarkan peluh agar badan sihat dan awet muda.
Bimbang jika anda tidak bersenam, bukan sahaja berat badan mudah naik malah boleh mendatangkan keburukan pada tubuh badan.
Bersenam bukan sahaja boleh jadikan badan sihat dan otot mantap, ia juga boleh menjadikan badan anda lebih bertenaga.
Apabila badan anda bertenaga dan sihat, secara tidak langsung akan memancarkan wajah yang segar dan memberikan mood yang lebih ceria.
Lakukan aktiviti bersenam di rumah ini secara rutin paling kurang sekali dalam sehari untuk anda mendapatkan kesan yang baik untuk tubuh badan anda.
Selain untuk tubuh badan dan kesihatan dalaman, wajah anda juga akan tampak lebih muda secara semula jadi.
Oleh itu, jadikan lapan aktiviti bersenam di rumah ini sebagai salah satu amalan harian wajib yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan mannfaat kecergasan pada tubuh badan.
Siapa kata puasa tak boleh bersenam? Sebenarnya kita digalakkan membuat senaman ringan semasa berpuasa untuk meningkatkan metabolism badan dan membantu penghadaman.
MASKULIN kongsikan 5 jenis senaman mudah untuk anda kekal sihat tapi dalam masa yang sama cukup mesra untuk ‘timbulkan’ six pack jika dilakukan secara berjadual sepanjang Ramadan ini.
JACKNIFE SIT-UP
Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari sit up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)
Ambil posisi berbaring
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh lutut
Turunkan kembali ke posisi berbaring dan lakukan kembali gerakan ulangan ini
Lakukan latihan ini sekitar 15 kali per 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan
PLANK
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai
Luruskan punggung
Rasakan kontraksi pada bahagian otot perut dan fokuskan kepada otot tubuh dari beban tubuh
Tahan sehingga beberapa minit
VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda masih baru dalam dunia kecergasan dan belum biasa melakukan latihan yang berat maka disarankan untuk lakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.
Namun ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi berbaring
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan
Angkat kedua kaki ke atas lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.
BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan mengayun basikal.
Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Semoga dengan melakukan teknik senaman di atas dapat membantu anda terus mengekalkan kecergasan dan juga bentuk badan. Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.