Lelaki yang pandai bermain alat muzik memang mudah Tarik perhatian wanita. Walaupun dia tidak sekacak mana, namun gaya persembahannya di atas pentas boleh buat mana-mana wanita yang melihat pasti tertawan.
Fokus kali ini adalah lelaki yang bermain alat muzik jenis drum atau percussion seperti gendang. Selalu orang menganggap posisi drummer tidak begitu penting hingga ada yang mengatakan jika main muzik secara akustik, drummer tak datang pun tidak mengapa. Tanggapan itu salah sebenarnya.
Berikut adalah 5 sebab utama kenapa drummer mempunyai tarikannnya yang tersendiri.
Selalu orang kata drummer duduk belakang band atau di bahagian belakang pentas dan beranggapan mereka hanya bermain mengikut tempo. Itu silap sebenarnya, perasan tak, bila nak mula lagu, drummer selalu akan jerit 1,2,3 dan muzik terus bermain. Seorang drummer, rentaknya adalah kunci untuk segala-galanya, jika dia tersilap cue, alamaknya musnahlah sesuatu persembahan. Walau hebat mana sesuatu kugiran itu, kalau drummer salah cue, mesti kena kecam.
Mana tidaknya, seluruh bunyi dalam sesuatu orkes akan kosong jika tanpa iringin serta paluan drum. Mereka ibarat pelengkap, bila sudah ada bunyi sumbangan lead gitar, maka drummer harus memikirkan rentak yang sesuai untuk ‘masuk’ dalam lagu tersebut.
Seorang drummer jika anda perhatikan lengannya, pasti nampak berketul. Ini kerana otot di bahagian tricep & bicep banyak dikerahkan untuk memberi hentakan lagu yang padu. Masa yang sama, sebelum berlangsungnya sesuatu persembahan ada antara drummer yang terkenal pasti akan mengangkat dumbbell untuk latihan tangan.
Ahli muzik yang paling banyak guna tenaga adalah drummer. 2 tangan di atas sudah digunakan untuk menghentak simbal dan snare drum, kaki pula akan menekan pedal untuk drum bass dan jika lagi hebat, kedua-dua kaki berkenaan dikerahkan untuk bermain double bass, lagi banyak tenaga guna.
Bila bermain muzik drum, mereka merasakan drum set itu sebagai ‘pejabat’ mereka. Kadang-kadang ada drummer yang meletakkan gambar orang yang tersayang sebelah senarai lagu sebagai penaik semangat untuk memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton.