Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.
Lelaki Umur 40-an, Makin Kacak, Bergaya & Awet Muda
Tapi zaman sekarang? Stereotaip itu sudah jauh ketinggalan. Lelaki dalam lingkungan umur 40-an kini semakin kacak, tampan, dan bergaya malah lebih menarik berbanding ketika muda!
Kenapa? Sebab ada sesuatu tentang lelaki 40-an yang membuatkan mereka lebih memikat dan berkarisma. Jom kita selami apa yang menjadikan mereka lebih menarik dalam dekad ini.
1. Kematangan Yang Menambah Daya Tarikan
Lelaki dalam 40-an bukan lagi lelaki yang tercari-cari arah dalam hidup. Mereka sudah lebih stabil, tahu apa yang mereka mahukan, dan lebih yakin dengan diri sendiri. Keyakinan inilah yang menjadikan mereka lebih menarik di mata ramai orang.
Wanita sering tertarik kepada lelaki yang matang dalam pemikiran, bukan sekadar rupa semata-mata. Mereka mahukan seseorang yang boleh menjadi tempat bersandar, seorang yang stabil dari segi emosi dan kewangan, serta tahu bagaimana menguruskan kehidupan dengan bijak. Dan semua ini lebih menyerlah pada lelaki yang sudah memasuki era 40-an.
2. Gaya Hidup Sihat, Wajah Makin Kacak
Lelaki sekarang lebih sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan. Ramai yang aktif bersenam, makan secara sihat, dan mengamalkan gaya hidup yang lebih teratur. Hasilnya? Badan lebih fit, kulit lebih segar, dan aura makin menyerlah.
Jika dulu lelaki umur 40-an dikaitkan dengan perut buncit, sekarang ramai yang memiliki bentuk badan yang lebih kemas dan atletik. Dengan rutin senaman yang betul, lelaki 40-an boleh tampak lebih maskulin dan menarik berbanding zaman muda mereka.
Ads
3. Kejayaan Dan Kewangan Yang Lebih Stabil
Lelaki dalam lingkungan 40-an selalunya sudah mencapai tahap kestabilan dari segi kewangan dan kerjaya. Mereka sudah bekerja bertahun-tahun, membina nama dalam bidang masing-masing, dan lebih tahu bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak.
Kemewahan atau kejayaan material bukanlah segalanya, tetapi kestabilan ini memberi mereka kelebihan dalam kehidupan. Dengan pendapatan yang lebih kukuh, mereka mampu berpenampilan lebih bergaya, melancong ke tempat-tempat menarik, dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
4. Gaya Berpakaian Yang Lebih Elegan Dan Kemas
Lelaki muda mungkin lebih suka bereksperimen dengan gaya fesyen mereka, tetapi lelaki 40-an tahu apa yang sesuai dan apa yang membuat mereka nampak terbaik. Mereka memilih pakaian yang lebih matang, kemas, dan sesuai dengan personaliti mereka.
Sama ada berpakaian kasual atau formal, mereka tahu bagaimana untuk tampil bergaya tanpa perlu mencuba terlalu keras. Setiap helaian yang dipakai menampakkan keyakinan dan kelas tersendiri.
Ads
5. Pengalaman Hidup Yang Membuatkan Mereka Lebih Menarik
Lelaki yang sudah melalui pelbagai fasa kehidupan mempunyai sesuatu yang lelaki muda belum ada iaitu pengalaman. Mereka lebih bijak dalam berkomunikasi, tahu bagaimana menangani situasi dengan tenang, dan lebih menghargai kehidupan.
Mereka juga lebih memahami emosi dan keperluan orang lain, menjadikan mereka lebih disayangi oleh pasangan, keluarga, dan rakan-rakan.
Kesimpulan
Lelaki dalam 40-an bukan lagi lelaki yang dianggap ‘menuju tua’. Sebaliknya, mereka adalah lelaki yang sedang berada di kemuncak kehebatan—lebih matang, lebih bijak, lebih bergaya, dan lebih menarik dari segi fizikal serta mental.
Jadi, jika anda seorang lelaki dalam lingkungan 40-an, yakinlah bahawa anda berada di fasa terbaik dalam hidup. Dan jika anda mengenali lelaki 40-an dalam hidup anda, hargailah kerana mereka adalah lambang ketampanan dan kejayaan yang sebenar!
Bagi mengelakkan kulit anda bermasalah, tolong stop lakukan 8 kesilapan ini masa cuci muka.
SALAH PILIH PRODUK
Sebelum membeli produk pencuci muka, anda kena tahu jenis kulit anda terlebih dahulu. Pastikan anda guna produk pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kerana setiap produk pembersih wajah mempunyai kandungan yang berbeza-beza.
ADA KANDUNGAN ALAHAN
Produk kecantikan juga bersifat alergik pada kulit. Jika anda miliki kulit sensitif, sila baca label bahan produk terlebih dahulu dan bertanyakan kepada pakar sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda membeli.
Jangan sembarangan membeli produk pencuci muka kerana jika tersalah, ia boleh menimbulkan masalah sekali gus merosakkan kulit.
Ada mitos mengatakan air panas berfungsi untuk membuka liang pori-pori kulit wajah manakala air sejuk pula untuk menutupi liang pori-pori.
Sebenarnya air yang sesuai untuk anda mencuci muka adalah air suam. Wajah anda akan rasa lebih nyaman apabila menggunakan air suam.
LAKUKAN PENGELUPASAN SETIAP HARI
Pengelupasan merupakan cara efektif untuk membuang sel-sel kulit mati. Pastikan anda menggunakan dua kali seminggu. Ia tidak boleh digunakan setiap hari kerana produk pengelupasan mempunyai tekstur skrub yang kasar.
Elak sental dengan kasar pada kulit kerana ia boleh merosakkan kulit. Sebaiknya sental dengan lembut agar segala sel kulit mati dapat disingkirkan.
CARA BILAS SALAH
Jika dalam keadaan tergesa-gesa, anda cenderung untuk mencuci muka ala kadar sahaja. Perlu diingatkan, sisa-sisa sabun yang melekat pada kulit wajah jika tidak dibersihkan sepenuhnya boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat dan kulit menjadi kering.
Selalunya bahagian wajah yang paling jarang dibilas adalah sekitar rahang, garis rambut dan hidung. Oleh itu, berikan perhatian di bahagian-bahagian ini agar keseluruhan kulit wajah anda dapat dibersihkan dengan sebaiknya.
TERLALU KERAP
Mencuci muka hanya boleh dilakukan dua kali sehari sahaja. Lebih dari itu, ia hanya akan merosakkan kulit dan menjadikan kulit anda lebih berminyak. Jika sudah dua kali anda mencuci muka dengan pembersih wajah tapi anda masih ingin mencucinya lagi, gunakan sahaja air suam untuk membersihkan wajah.
CARA KERINGKAN WAJAH YANG SALAH
Selepas membersihkan muka, gunakan sehelai tuala yang bersih untuk mengelap dan mengeringkan wajah.
Teknik yang betul adalah dengan menepuk tuala secara lembut pada wajah dan bukannya menggosok tuala pada kulit wajah dengan kasar. Kesilapan ini akan merosakkan struktur kulit anda yang lembut, jadi elakkan.
TIDAK GUNA KRIM PELINDUNG MATAHARI
Anda takut matahari boleh membuatkan kulit anda gelap. Tapi anda masih mengabaikan pemakaian krim pelindung matahari.
Krim ini bukan sahaja mengelakkan kulit anda gelap, malah memberi perlindungan terhadap sinaran UV. Bagi menghindari kulit anda rosak dan bermasalah, pastikan anda pakai krim pelindung matahari sebelum keluar rumah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda tertanya-tanya pada diri mengapa masih tidak memiliki pasangan atau teman wanita mungkin anda memiliki beberapa karakter buruk yang membuat wanita menjauhkan diri daripada anda. Soal diri dan cuba perbaikinya agar diri anda lebih dihargai.
Ego
Untuk alasan yang sukar dijelaskan, jenis lelaki begini memiliki kebencian tersembunyi terhadap wanita. Mereka sering merendahkan wanita, baik secara intelektual mahupun emosional. Hal ini menyebabkan lelaki sebegini sering memberikan komen yang menghina kaum wanita.
Jika anda adalah salah satunya:Get some professional help. Seriously.
Sering merasa diri benar
Gemar menghakimi orang lain. Lelaki begini mungkin tidak merokok, minum alkohol, dan tidak ragu memerintahkan orang untuk melakukan hal yang sama. Yang sering ditemui, mereka ini sering memberi berceramah kepada pasangannya.
Jika anda adalah salah satunya: Ingat, bila anda sudah berada dalam hubungan serius, anda berhak sesekali mengingatkan pasangan anda.
Suka bertengkar
Lelaki begini suka beradu pendirian dan bukan berbincang. Anda perlu tenang dan membuka minda. Lelaki jenis ini membuat wanita merasa harus pandai bela diri.
Jika anda adalah salah satunya: Tarik nafas. Kemungkinan besar anda gugup atau tidak tahu apa yang harus dikatakan. Gugup sering kali membuat anda bertingkah laku yang tidak seharusnya.
Kedekut
Lelaki ini akan mengajak pasangannya dan membayar tagihan masing-masing. Selalu memesan barang termurah ketika jalan bersama, dan membuat wanita merasa tertekan dan merasakan lelaki yang didekatinya seorang yang kedekut.
Jika anda adalah salah satunya: Santai sedikit. Tidak harus mengeluarkan seluruh harta dan warisan keluarga untuk mendekati wanita, tapi pastikan mereka merasa istimewa.
Tidak menghormati
Lelaki sebegini tidak menyembunyikan hobinya memandang wanita lain di depan pasangannya. Mereka kurang menghormati wanita pada umumnya.
Jika anda adalah salah satunya: Ini ialah kebiasaan yang harus disimpan dan jangan dibawa ketika bertemu dengan pasangan atau wanita yang akan anda dekati.
Bangga diri
Lelaki ini sering memandang rendah orang lain, kasar dan memiliki ego besar. Ketika mereka bersikap baik pada teman wanita atau pasangannya, mereka akan menilai sikapnya pada orang lain juga.
Jika anda adalah salah satunya: Ketepikan ego besar anda setelah itu, treat everyone with respect. Mudah, bukan?
Lurus
Lelaki berkarakter lurus tidak pernah pergi menyimpang untuk mendapatkan suasana baru atau pengalaman yang menarik. Wanita selalu mencari sedikit“bad boy” yang tidak terduga dari setiap lelaki yang ditemuinya.
Jika anda adalah salah satunya: Biasakan diri untuk memberi reaksi spontan dalam kehidupan anda.
Emosi
Lelaki yang suka beremosi dan gemar meluah perasaannya, ketika ia merasakannya. Ditambah dengan sering meragukan diri dan perlu sering diberi kemanjaan, lelaki sebegini membuang segala hal tentang berdikari dan percaya diri yang harusnya mendominasi keperibadian lelaki. Needy is a no go, bro.
Jika anda adalah salah satunya: Filter apa yang akan anda katakan, pada sesiapa dan di saat apa pun. Semua orang memiliki masalah dan perasaan sendiri yang perlu mereka hadapi tanpa harus ditambah dan diceritakan dengan apa yang anda rasakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada pelbagai jenis tepung beras. Pasti ada yg tak terfikir apa bezanya…bagi kita asal tepung beras semuanya sama.
Rupanya ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah, tepung beras biasanya berasal dari negara Thailand. Pasti ada yg tak perasaan kan? Takpa, kita sama geng???
Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada:
TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk mengoreng, seperti buat adunan utk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan termasuk adunan gorengan ikan, seperti goreng mamak, goreng berempah.
Ciri tepung:
*Tepung ini sangat ranggup
*Sesuai untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau@dhall
TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti kuih koci, kuih apam beras eno dan pelbagai lagi jenis kuih
Ciri-ciri tepung:
*Menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat
TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
Ciri-ciri tepung:
*Menjadikan ia lebih kental
TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam. Kalau buat apam rasa tepung nya kurang dan jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup
Kredit info: Resepi/Petua/Tips Memasak
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.