Lelaki Bawa Dua Isteri Tunai Haji Bersama Raih Perhatian Netizen -‘Ini Baru Adil.’
Jun 21, 2024
Share
Menunaikan haji bersama tersayang pasti menjadi impian setiap kita. Musim haji 2024 sudah pun berakhir dan sebahagian jemaah telah melakukan tawaf Wada sebelum meninggalkan Makkah.
Namun, lelaki dan dua isteri ini menjadi perhatian warganet apabila bersama-sama dijemput ALLAH ke Tanah Suci baru-baru ini.
Lelaki bawa dua isteri tunaikan haji
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh wanita yang dipercayai isteri kedua, Syuhada Sharidin berkongsi beberapa gambar bersama suami dan madunya.
Syuhada menitipkan harapan agar segala urusan ibadah haji dipermudahkan dan dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka.
“Bismillah…Semoga Allah permudahkan, semoga Allah merahmati, semoga Allah mengeratkan lagi kasih sayang di antara kami.
“Semoga panggilan ini membuatkan hati kami makin kuat dan semoga ikatan ni terus kuat hingga ke akhir perjalanan,” ujarnya.
Lelaki bawa dua isteri tunaikan haji
Rata-rata netizen memuji suami yang adil terhadap dua isterinya. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut gembira melihat kebahagiaan keluarga tersebut dan memuji tindakan lelaki berkenaan yang berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya
MASKULIN : Alhamdulillah, seronok lihat kebahagian pasangan ini, siapa kata poligami tak boleh bahagia?