Ini yang menarik perhatian kami, nemerusi brobible.com, kajian terkini menyatakan bahawa suami yang lebih tinggi dengan mempunyai isteri yang rendah memperoleh rumahtangga yang bahagia. Percaya atau tidak itu terpulang pada anda. Dalam kajian ini, ada pelbagai faktor yang menyebabkan mereka berkata sedemikian. Ini antaranya.
Menurut hampir 8,000 para isteri yang terlibat dalam kajian ini, ramai antara mereka menyatakan bahawa kehidupan mereka bahagia tatkala mempunyai suami tinggi si sisi. Walaubagaimanapun, langit tak selalunya cerah. Para isteri ini kemudiannya menyatakan bahawa lagi lama tempoh perkahwinan mereka, faktor ketinggian bukan lagi satu keutamaan.
Jadi apa yang para isteri ini komen mengenai suami mereka yang tinggi itu?
Ads
Hakikatnya, kebanyakkan mereka berfikir bahawa kebahagiaan yang dirasakan oleh isteri hanya disebabkan oleh inci antara dia dan pasangannya. Tidak begitu. Terdapat faktor lain yang juga boleh menyumbang kepada emosi ini. Pendapatan, maruah, dan kepercayaan lelaki juga memainkan peranan penting dalam kegembiraan keseluruhannya.
Ads
Kajian itu juga mendedahkan bagaimana suami yang lebih tinggi mungkin mempunyai potensi pendapatan yang lebih baik yang menghasilkan lebih banyak kepuasan di kalangan pasangan mereka. Lelaki yang lebih tinggi mungkin kelihatan lebih dipercayai dan bijak dari pandangan majikan. Oleh itu, mereka mungkin terlebih dahulu dinaikkan pangkat. Walau bagaimanapun, dalam skema keseluruhan perkara, kepintaran seorang lelaki hanyalah faktor kecil berbanding ketinggiannya dan kebahagiaannya.
Tidak sukar juga untuk membuat kesimpulan apabila mengkaji subjek ketinggian, bagaimana kajian itu juga menemui bahawa lelaki tinggi, kurus dan tegap dianggap lebih menarik daripada lelaki yang lebih pendek. Seharusnya, lelaki yang lebih tinggi mengalami kepuasan hidup yang lebih besar. Dengan rasa harga diri dan kepercayaan diri, ia mungkin akan menunjukkan bahawa lelaki bertubuh mantap ini lebih menarik.
Ads
Kita boleh salahkan evolusi. Wanita ditarik kepada lelaki yang lebih tinggi dan lebih tinggi kerana dianggap sebagai pemburu yang lebih baik semasa zaman prasejarah.
Namun, jangan terlalu fokus pada ketinggian. Ia bukan segala-galanya. Anggap ini asam garam kehidupan, gunakan pengetahuan yang anda terima dan ambil pendekatan untuk memulihkan sesebuah hubungan. Malah pengkaji ini pun tidak mengatakan yang ketinggian punca anda dan pasanga bertengkar. Banyak lagi perkara lain yang wanita pandang sebenarnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama COS cukup dikenali dengan rekaannya yang bersifat minimalis, authentic dan juga menampilkans entuhan yang lebih moden.
Pada musim perayaan Krismas dan musim percutian sempena Tahun Baru, COS memperkenalkan koleksi istimewa iaitu Gift Guide.
Koleksi yang rata-rata menampilkan rekaan eksklusif bersifat timeless ini merupakan seleksi sesuai dijadikan hadiah bukan sahaja untuk lelaki tetapi juga kepada wanita dan kanak-kanak.
Selain pakaian pelbagai seleksi aksesori dan pakaian musim sejuk menjadi antara pilihan menarik menerusi koleksi COS Gift Guide.
Tampil dengan tema warna yang tidak terlalu ‘loud’ serta memilih warna-warna bumi seperti hitam, emas, putih, kelabu, merah, krim, beige, silver dan juga hijau khaki inilah koleksi yang cukup lengkap meliputi keperluan seisi keluarga.
Anda boleh terokai sendiri koleksi menarik dari COS ini di outlet-nya terletak di Pavillion, Kuala Lumpur dan juga laman sesawang mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita semua mempunyai sahabat dan kawan-kawan yang sangat penyayang. Kawan adalah segala-galanya bagi kita. Dengan dialah kita luahkan rasa tak puas hati ketika di pejabat, mereka juga bahu untuk kita bersandar bila kita ditinggalkan kekasih. Tapi, tahukah anda dalam persahabatan yang anda bina itu, terdapat rakan yang baik dan rakan yang beracun? Kami sediakan list untuk anda kenali rakan-rakan anda dikategori yang mana.
Kejayaan
Seorang rakan yang baik akan berasa gembira dengan pencapaian yang anda miliki. Mereka akan menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada anda dan belanja anda makan! Ini termasuk kejayaan anda dalam hubungan dan juga kerjaya. Sementara rakan beracun, mereka akan cemburu dengan kejayaan anda malah hanya memberi senyum sinis ketika anda bercerita tentang kegembiraan yang anda baru perolehi.
Masa peribadi
Seorang rakan yang baik akan memahami masa peribadi anda. Sebagai contoh jika mereka mengajak anda keluar shopping, dan anda beri alasan tidak mahu ke mall kerana penat. Mereka akan menghormati keputusan anda. Mereka tidak akan menganggu anda. Jika anda berkawan dengan rakan beracun, mereka akan paksa anda jika anda tidak mahu keluar bersama mereka. Mereka akan mula protes, dan tidak bercakap dengan anda selama beberapa hari kerana anda tidak mahu meluagkan masa dengan mereka.
Jaga hati
Rakan yang baik akan lebih bijak menjaga hati rakan mereka. Ini kerana sifat sayang mereka terhadap anda mengatasi segala-galanya. Dia bertindak seperti ibu anda, seburuk mana pun anda, ibu pasti akan memuji bukan? Jika anda salah, mereka akan menegur secara baik, dan mereka lebih tahu masa yang sesuai untuk menasihati anda. Sementara rakan beracun, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam menjaga hati rakan. Mereka akan mengutuk anda jika fashion anda buruk dan malu untuk keluar dengan anda jika anda tidak pandai berfashion. Mereka akan menutup kelakuan mereka dengan ayat “aku cakap je. Ikut kau lah nak dengar ke tak” ini akan membuatkan anda lebih tidak selesa dan membuatkan anda hilang rasa konfiden.
Bertukar pendapat
Rakan yang baik sedia menerima pendapat anda tak kira apa pun. Walaupun mereka punya hujah tersendiri, tapi mereka akan berbincang dengan anda sehingga anda berdua ketawa di akhir perbualan. Sementara rakan beracun akan berusaha untuk menang dalam perbincangan yang diadakan. Dia tidak akan beri ruang untuk anda mengutarakan pendapan anda walau sedikit.
Telefon
Pernah tak anda terima panggilan dari rakan yang selalu minta bantuan anda? Tahniah! Itu rakan beracun anda. Rakan beracun hanya akan mencari anda dikala mereka susah. “dah susah baru nak cari” nampak sangat anda hanya diperlukan masa susah. Ini berbeza dengan rakan baik, mereka akan telefon anda walaupun mereka tidak punya topik perbualan. Telefon atau text hanya untuk cakap “rindu” “Apa cerita bro? Jom lepak”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin anda melihat perkara ini remeh dan biasa saja, namun ketagihan yang melampau pada diri seseorang yang kaki game telapun dikenalpasti bahawa ia merupakan penyait mental yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Ia bukan sahaja mengganggu jam biologi seseorang , ia juga boleh mengganggu hubungan diantara pasangan suami isteri. Malah kajian juga menunjukkan ketagihan ini akan menambah risiko untuk seseorang itu mengalami tekanan perasaan dan juga kerisauan yang melampau apabila mereka tidak tahu bila untuk berhenti.
Ketagihan ini dilihat sebagai sesuatu diluar kawalan yang bermula dari kalangan kanak-kanak yang berani menginggikan suara kepada ibu bapa mereka jika diganggu ketika bermain game. Bahkan, mereka ini sanggup membuang air kencing di tempat duduk mereka hanya semata-mata untuk tidak terlepas perlawanan ketika dalam permainan tersebut.
World Health Organization (WHO) iaitu Persatuan Kesihatan Dunia telah mengumumkan bahawa penyakit ketagihan game(Gaming Disorder) akan menjadi salah satu diagnosis untuk masalah mental. Ia telah dimasukkan ke dalam salah satu tempat rujukan bagi para doktor iaitu International Classification of Diseases (ICD) iaitu Klasifikasi Penyakit Antarabangsa.
Berdasarkan rootofscience.com ia berdasarkan bukti dan kajian dimana penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti ketidaupayaan seseorang itu untuk mengawal waktunya ketika bermain game hingga ia menyebabkan kesan negatif pada kehidupan sehariannya. Untuk mengesahkan penyakit ini, ketagihannya pada permainan tersebut perlulah teruk hingga menyebabkan kesan negatif pada diri sendiri, keluarga, pembelajaran, pekerjaan dan masyarakat dan ia perlu berlaku sekurang-kurangnya selama 12 bulan.
Berikutan dari penyelidikan yang telah dijalankan oleh Mengikut WHO, Persatuan Psikiatrik Amerika (American Psychiatric Association) 5 tahun lalu, penyakit ini menamakan sebagainya “Internet Gaming Disorder”. Dimana mereka yang ketagih kepada permainan ini selalunya mereka yang bermain permainan online. Sebab itu kita lihat ada anak-anak muda yang sanggup untuk pnteng sekolah dan berkampung di cybercafe semata-mata untuk bermain game.
Namun, disebabkan penyakit ini baru sahaja ditemui, masih tiada lagi rawatan ataupun protokol yang terbukti berkesan. Akan tetapi sudah terdapat persatuan dan industri yang menyediakan khidmat bantuan untuk mereka yang mengalami masalah ini terutamanya di Amerika, China dan juga Korea Selatan. Anda yang berada di Malaysia pun harus berhati-hati dengan perkara ini. Langkah awal terutamanaya kepada anak-anak haruslah diberi pemantauan secukupnya agar tidak ketagih pada permainan online.
Sumber: rootofscience.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.