Bagaikan perumpamaan harapkan pagar pagar makan padi itulah yang terjadi pada nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut ditetak dikepala dan tangan dengan parang oleh bapa kandungnya sendiri.
Kejadian yang berlaku di kediaman mereka di tingkat 4 Blok 11A Flat Puchong Permai, Subang Jaya, kanak-kanak itu yang sedang tidur di atas tilam di bahagian ruang tamu, ditetak suspek berusia 35 tahun sebanyak tiga kali dengan parang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian itu disedari oleh seorang penduduk yang menyangka kanak-kanak itu terjatuh dari tingkat 4 dan memaklumkan perkara itu kepada polis pada jam 5.45 petang.
“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya itu di luar pintu rumah sebelum dia mengurungkan diri di dalam.
“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya.
Ketika disoal siasat, suspek mengaku telah membunuh anaknya selepas mendakwa terdengar suara ghaib yang memintanya bertindak demikian.
Menurut Sinar Harian hanya bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun berada di rumah ketika kejadian. Beliau berkata, pihak polis pada awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Lebih menyedihkan, si bapa pula katanya peminum air ketum tegar dan ada rekod lampau tersabit kes dadah. Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Syabu. Suspek kemudian ditahan di tempat kejadian dan parang dipercayai digunakan dalam kejadian ini juga ditemui dalam rumah.
Polis kini sedang menjalankan siasatan dan kes ini disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dadah membawa padah bukan saja pada diri si penagih namun pada keluarga dan negara. Jauhi dadah jika ingin hidup bahagia dan sejahtera. Semoga keluarga mangsa terutamanya si ibu tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI