Walaupun mengetahui yang sarapan pagi sememangnya penting, namun masih ramai yang skip sarapan atas pelbagai alasan.. Jangan sesekali skip sarapan pagi kerana ia dikatakan membuatkan anda nampak lebih cepat tua. Benarkah dakwaan ini? Jom kita ketahuinya.
5 keburukan skip sarapan pagi dan bekerja dengan perut kosong
1. Refleks perlahan
Sarapan merupakan sumber tenaga utama untuk prestasi fizikal dan mental yang lebih aktif.
Tanpa pengambilan sarapan pagi, badan akan mengalami kekurangan bekalan gula, mengakibatkan kehabisan tenaga, keletihan, tumpuan lemah, kemurungan dan refleks perlahan.
2. Kecekapan kerja menurun
Ads
Selepas tidur semalaman, nutrisi badan anda berkurangan dan paras gula pula sering jatuh pada kadar minimum.
Mengelak makan sarapan menghalang tubuh badan untuk menambah gula dalam darah, menyebabkan simptom-simptom seperti pening, lemah badan dan kemurungan, lantas mempengaruhi prestasi kerja.
3. Cenderung menjadi obesiti
Sesetengah orang menganggap mengelak sarapan pagi dapat mengurangkan kalori dengan harapan untuk mengurangkan berat badan.
Ads
Namun, mengelak sarapan pagi akan menyebabkan lebih mudah lapar menjelang waktu makan tengah hari dan sekaligus mendorong untuk makan secara berlebihan.
Akhirnya, pengambilan karbohidrat organik secara berlebihan menyebabkan cubaan kurangkan berat badan menjadi lebih sukar dan cenderung kepada obesiti.
Ads
4. Sembelit
Apabila tiga hidangan dalam sehari diambil secara tetap, tubuh secara automatik akan memelihara pergerakan usus dengan lebih efektif.
Jika anda sering mengelak sarapan pagi, dalam jangka masa panjang ia akan mengganggu ritma normal ini dan sekali gus boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
5. Penuaan pra-matang
Apabila badan mengalami kekurangan sumber tenaga, ia mula membakar tenaga daripada simpanan glikogen dan protein. Dalam jangka masa yang lama, ia bakal menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut dan anemia. Dan ini bererti anda akan lebih cepat jadi tua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai di antara kita dengan muka penuh yakin capai roti putih capai roti putih, makan dan rasa kita sudah mendapat khasiat kerana roti tadi tidak diletak jem atau dicicah kopi.
Hakikatnya, tabiat memakan roti putih bukanlah baik untuk kesihatan. Laman web kesihatan & gaya hidup, www.boldsky.com mengulas fakta tentang keburukan amalan roti putih dengan terperinci seperti di bawah:
1. KADAR SODIUM TINGGI
Roti memiliki kadar sodium yang sangat tinggi. Apabila anda kerap makan roti putih, kadar garam di dalam tubuh akan meningkat dan ia bakal menjejaskan kesihatan anda.
2. TIDAK ADA NUTRISI
Roti putih tidak mempunyai nutrisi. Memang ia mengenyangkan perut terutamanya bagi anda yang mahu mengelak nasi tetapi ia tidak memberikan vitamin atau preotein yang diperlukan tubuh.
3. MENYUMBANG KEPADA KEGEMUKAN
Seperti yang dikatakan pada awalnya, ramai yang konfiden makan roti putih untuk elak nasi akan membuatkan mereka jadi kurus. Sebenarnya, roti mengandungi kalori yang akan meningkatkan berat badan anda.
4. MENGANDUNGI PROTEIN ‘JAHAT’
Gandum pada roti mengandungi protein ‘jahat’ (glutten) yang sangat tinggi. Protein ini boleh menyebabkan perut terasa sakit (Coeliac) selepas makan.
5. TINGGI KARBOHIDRAT
Majoriti makanan berasaskan roti memiliki jumlah karbohidrat yang tinggi. Jika kerap makan roti putih, karbohidrat yang ada di dalam tubuh akan menyebabkan gangguan otak yang dapat menurunkan fungsi kognitif.
6. MENINGKATKAN KADAR GULA DALAM DARAH
Pati yang terdapat pada roti akan cepat memasuki saluran pencernaan tubuh dan seterusnya memasuki aliran darah dengan menjadi glukosa. Bila ini terjadi, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin naik dengan cepat.
7. MENGANDUNGI SIRAP JAGUNG FRUKTOSA
Roti mengandungi sirap jagung fruktosa (gula) yang tinggi. jenis gula ini memberi kesan kepada kepada kesihatan anda khususnya mereka yang mengalami gout kerana menurut kajian untuk pesakit gout, antara penyebab kenaikan asid urik dalam darah adalah disebabkan kandungan fruktosa yang tinggi dalam tubuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Boxer lebih longgar, selesa dan ‘bergaya’ sama ada ketika bersantai di rumah mahupun ketika tidur dikatakan lebih selamat dari segi kesuburan. Benarkah begitu?
SELESA
Boxer lebih longgar berbanding seluar dalam memberi pergerakan yang bebas buat si pemakai. Apabila dipakai bersama seluar longgar atau seluar pendek, pemilihan boxermembantu aliran udara. Untuk lelaki aktif bersukan pula, seseorang mungkin memerlukan lebih banyak sokongan untuk alat kelaminnya. Jika anda memilih boxer yang berfabrik ringan dan nipis, ia membuatkan anda seolah-olah tidak memakai apa-apa tetapi masih kekal tertutup.
FASHIONABLE
Di negara barat, boxer boleh dijadikan penambah gaya ketika berfesyen. Hari ini, boxer banyak dijual dengan cetakan menarik dan lebih macho. Corak yang fashionable ini membuatkan lelaki suai padan boxer dengan baju-t, seluar atau topi. Mereka akan sengaja menampakkan bahagian atas boxer dengan melondehkan sedikit seluar bawah pinggang. Maklumlah, terdapat boxer pelbagai corak bermula dari karakter kartun sehinggalah motosikal yang boleh mewakili hobi masing-masing.
KELANCARAN SPERMA
Mengekalkan suhu sejuk pada testis membantu melancarkan pengeluaran sperma dengan lebih baik selain membantu meningkatkan aliran udara. Ada sesetengah boxerdireka khas untuk lelaki yang mahu mengingkatkan potensi dengan adanya poket di hadapan untuk memudahkan letak pek ais bagi suhu lebih rendah.
SELUAR TIDUR
Mana mungkin anda selesa tidur dengan seluar dalam yang ketat dan menjejaskan pergerakan anda. Boxer dikatakan lebih selesa untuk masuk bilik tidur selain membolehkan anda tidur dengan ‘buas’ tanpa mengganggu alat kelamin. Jangan terkejut apabila ada lelaki menjadikan boxer sebagai ‘seragam’ tidur setiap hari.
Info
Pemakaian seluar dalam ketat merupakan antara punca kemandulan lelaki dan juga mempengaruhi bilangan sperma.
Doktor turut menyarankan tidak memakai seluar dalam ketat terutama ketika bersukan lebih-lebih lagi duduk dalam tempoh yang lama.
Menurut pakar perubatan lelaki hospital New York, Grunebaum juga menyarankan pakai boxersetiap masa.
Apabila anda di rumah, lelaki akan menanggalkan seluar dalam ketat kerana ia bukan saja mengurangkan suhu testis tetapi membuatkan anda kelihatan tidak seksi di mata pasangan.
Boxer atau seluar dalam, kedua-duanya sama berfungsi sebagai lapisan menutup alat sulit. Tetapi, jika diteliti dari segi keselesaan, gaya dan kesihatan, boxer lebih mendahului. Jadi, kini yang mana satu lebih menjadi pilihan dan keutamaan anda. Boxer atau seluar dalam ketat?
SUMBER : KitabLelaki
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi perokok tegar, biar tidak makan nasi asalkan boleh menyedut asap daripada sebatang rokok. Lihatlah betapa hebatnya kesan merokok itu.
Setiap tahun harga rokok di negara ini akan naik, ia sekali gus membuatkan perokok merasa keinginan untuk berhenti. Tetapi percayalah hasrat untuk berhenti itu adalah sukar bagi mereka meskipun mengetahui merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah mendatangkan kemudaratan pada kesihatan mereka.
Bagi yang mempunyai keazaman yang kuat untuk berhenti merokok, memang sukar untuk berhenti begitu sahaja ataupun dalam masa yang singkat.
Justeru itu minta bantuan orang tersayang terutamanya keluarga atau rakan-rakan dan doktor. Menurut kajian dengan bantuan orang yang terdekat ia akan menjadikan hasrat untuk berhenti merokok adalah lebih mudah.
Makanan Yang Mampu Membantu Anda Berhenti Merokok
MADU
Makan madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah.
Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam darah.
MAKANAN MASIN
Makanan masin dapat memadamkan keinginan peghisap rokok.
Apa yang perlu dilakukan adalah cuba makan dalam kuantiti yang sedikit masin ataupun mengambil secubit garam.
HALIA DAN BAWANG PUTIH
Halia dan bawang putih dapat membantu untuk mengatasi keinginan merokok.
Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu melepaskan racun-racun yang berpunca daripada merokok.
Ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika menarik diri daripada kebiasaan merokok.
KAYU MANIS
Menghirup atau menghidu aroma kayu manis boleh membuatkan seseorang itu seperti sedang ‘berkhayal’ rasanya lebih enak dari asap rokok.
Menurut pakar pemakanan memakan kayu manis juga akan menenangkan otak dan saraf.
EPAL
Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit.
Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan rokok.
Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh.
Malah, tekstur epal juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok.
SUSU
Ketika merokok, bibir kehilangan kenyalan dan menjadi lebih gelap.
Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan zat di bibir.
Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit.
Kesimpulan
Ramai yang gagal untuk berhenti merokok pada cubaan pertama (selalunya lebih lima kali) sebelum mereka benar-benar dapat berhenti merokok.
Jika mula merokok semula selepas cuba berhenti, jangan putus asa. Setiap kali anda berhenti merokok walaupun dalam jangka masa pendek, sebenarnya semakin hampir dengan matlamat jangka panjang.
Selalu ingatkan diri bahawa dengan berhenti merokok dapat mengelakkan penyakit serius dan hidup lebih lama dan anda pasti berjaya melaksanakannya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.