“Apa salahnya sesekali bohong? Bohong sunat. Raikan orang yang kita sayang!” Istilah bohong sunat selalu digunakan dalam rumah tangga. Suami kadangkala tidak berterus-terang hal sebenar kerana tidak mahu isteri mengamuk. Isteri ada ketikanya menyembunyikan sesuatu kejadian kerana tidak mahu suami berasa curiga dengannya.
Cakap bohong memang sangat lazim dalam kalangan kita. Bohong semacam suatu alasan bagi mewajarkan sesuatu tindakan, menyembunyikan ketidakjujuran atau memperdaya seseorang dengan niat tidak baik.
Bohong boleh berlaku dalam hal sekecil-kecilnya sehingga hal yang besar-besar. Bohong dalam perkara kecil seakan-akan sudah terlalu biasa, kita lakukan tanpa rasa bersalah atau rasa berdosa. Kadangkala kita rasa malas hendak ke pejabat, maka kita beri alasan seperti, “sakit perut, cirit-birit atau anak meragam”.
Berbohong hukumnya haram kerana perbuatan itu boleh mendatangkan bahaya sama ada pada orang yang dibohongi, pada orang lain atau pada si pembohong itu sendiri. Perbuatan ini ada kena-mengena juga dengan janji, iaitu apabila kita enggan mengotakan janji, maka kita berbohong dengan pelbagai alasan.
BOHONG BESAR
Berbohong besar biasa berlaku apabila menggunakan nama Allah iaitu bersumpah palsu. Ulama menyifatkan perbuatan bersumpah dengan nama Allah sebagai dosa yang paling buruk dan celaan yang amat keji.
Dalam suatu kisah menceritakan, suatu ketika Rasulullah berjalan dan bertemu dua orang lelaki yang sedang bersumpah-sumpahan ketika berjual beli seekor kambing. Yang seorang berkata, “Demi Allah, saya tidak akan mengurangi harganya sekian, sekian.” Yang seorang lagi berkata, “Demi Allah, saya tidak akan melebihkan harganya sekian, sekian.” Tidak lama kemudian urusan jual beli selesai. Rasulullah kemudian bersabda, “Telah wajib atas salah seorang daripada kedua-duanya dosa dan mestilah ia membayar kaffarah (denda). (Riwayat Abul Fatah al-Azdi daripada Nasikh al-Hadrami)
Ads
Pembohongan dalam jualan biasa berlaku. sesetengah peniaga berbohong dia membeli barang sekian dengan harga RM10 dan menjual dengan harga RM11, dengan untung RM1 sahaja. Tetapi sebenarnya dia mungkin membeli dengan harga RM5 sahaja.
BOHONG YANG DIHARUSKAN
Dalam keadaan tertentu, bohong diharuskan jika untuk tujuan yang baik. Bohong diharuskan dalam perkara berikut, namun dalam batasan, tidak melebih-lebih dan melampaui batas:
-Untuk menghalang berlakunya peperangan.
Ads
-Untuk mendamaikan dua orang yang bermusuhan.
-Untuk menyenangkan hati orang yang teraniaya.
-Untuk membahagiakan suami atau isteri dan rumah tangga.
Ads
Ummi Kalsom meriwayatkan dengan berkata, “Aku tidak mendengar Rasulullah
memberikan keringanan berdusta pada sesuatu perkara kecuali tiga tempat iaitu orang yang menyebut sesuatu untuk kebaikan, orang yang menyebut sesuatu dalam peperangan (strategi perang) dan orang yang berbicara dengan isterinya dan suaminya berbicara dengan suaminya. (Riwayat Muslim)
Kata Ummi Kalsom lagi bahawa Rasulullah bersabda, “Tidak dinamakan pendusta orang yang mendamaikan dua pihak yang berselisih faham, lalu dia berkata yang baik atau menambahkan yang baik.” (Riwayat Bukhari daripada Ummi Kalsom)
Sahabat Abu Kahil menceritakan, dua orang sahabat Nabi bertengkar sehingga putus silaturahim. Dia kemudian menemui salah seorangnya dan bertanya, “Apa yang berlaku antara anda dengan dia?” Sesungguhnya aku selalu mendengar dia memuji anda.” Kemudian dia temui pula sahabat yang seorang lagi dan berkata hal yang sama. Akhirnya kedua-duanya berdamai. Kata Abu Kahil, dia rasa telah membinasakan diri (rasa bersalah kerana berbohong) lalu dia bertemu Rasulullah untuk mendapatkan nasihat.
Kata Rasulullah padanya, “Hai Abu Kahil, perbaikilah antara manusia.” Maksudnya, “damaikanlah walaupun dengan berdusta.” (Riwayat Tabrani (bukan hadis sahih)
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang luar panggil Pati Ikan Bilis , tapi orang Kelantan lebih suka menamakan BUDU . Pekasam ikan bilis ini merupakan makanan tradisional orang Kelantan yang boleh didapatkan di kedai-kedai terdekat dengan harga yang cukup murah .
Selain untuk dimakan , tahukah anda bahawa BUDU ini mempunyai banyak khasiat atau manfaat untuk kesihatan? Budu kaya dengan protein dan turut dikenali sebagai serat yang baik . Kandungan serat-serat yang ada di dalam budu lebih bagus dari serat ikan-ikan lain, dan ianya mudah dicerna oleh tubuh kita.
PENCEGAH KANSER
Budu mempunyai Gluthaione sejenis anti oksidan yang mampu mengeluarkan toksin dan meningkatkan daya tahan tubuh yang memerangi berbagai penyakit berbahaya, salah satunya kanser.
AWET MUDA
Unsur ganestine dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas yang mampu menghambat penuaan dan juga kanser payudara. Untuk kalian yang ingin nampak awet muda takperlu beli ubat mahal-mahal , cukup dengan budu.
TURUNKAN KOLESTEROL
Tahukah anda, dengan melakukan pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu, mampu menurunkan kolesterol.
CEGAH CIRIT BIRIT
Budu mengandungi sejenis zat antibakteria yang mampu mencegah “diarrhoea” atau lebih dikenali dengan cirit-birit. Selain itu manfaat budu yang lain mampu menghalang penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan juga hypertensi.
TINGKATKAN IQ
Budu mampu merangsang sel-sel otak dan meningkatkan daya ingatan. Selain itu juga mampu membunuh bakteria yang menyebabkan perut kembung pada anak-anak.
Khasiat Budu ini diperoleh dari proses ikan bilis yang diperam. Wah, selain sedap dimakan ternyata Budu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menjelang tahun baharu, pastinya ramai yang berkobar-kobar mahu melangkah ke tahun seterusnya dengan azam baharu.
Namun persoalannya, adakah azam tahun ini sudah berjaya dicapai?
Jika tidak, adakah azam yang tidak tercapai itu dibawa ke tahun hadapan pula?
Lalu timbul persoalan lain pula, sudah berapa kali azam itu dibawa ke tahun seterusnya?
Kali ini, MASKULIN kongsikan beberapa tips untuk membantu anda mencapai azam anda agar ianya tidak di ‘kitar semula’ untuk tahun berikutnya.
Jangan Berangan Terlalu Tinggi
Tidak salah berangan-angan kerana ia boleh menjadi nyata. Namun angan-angan yang terlalu tinggi boleh menjadi sesuatu yang mustahil.
Katakanlah anda adalah seorang lepasan sekolah tanpa simpanan wang pada tahun ini. Anda mempunyai impian untuk menjadi seorang jutawan. Adakah impian itu mampu dicapai dalam jangka masa setahun?
Dalam memasang impian, ukurlah baju di badan sendiri. Jika anda menetapkan impian yang tidak realisitik, lebih tinggi keberangkalian anda untuk gagal. Bila sudah gagal, anda juga yang kecewa dan hilang semanagat bukan?
Jangan Tunggu 1hb Januari
Memang ia dikenali sebagai “azam tahun baharu”, tapi perlukah anda menunggu tahun baharu untuk memulakan langkah pertama?
Setiap azam sudah dipasang menjelang tahun baharu. Oleh itu, bukankah lebih baik jika anda sudah memulakan langkah seawal mungkin.
Setidak-tidaknya, anda sudah tidak perlu ‘bertatih’ lagi apabila tahun baharu tiba.
Contohnya, jika anda berazam untuk bersenam demi menurunkan berat badan pada tahun hadapan, laksanakan terus senaman itu walaupun masih berbaki beberapa minggu sebelum tahun baharu.
Apabila sudah tiba 1hb Januari, impian anda lebih mudah untuk dilaksanakan kerana anda sudah pun membina stamina dan tabiat tersebut.
Percayalah, jika anda menangguhkannya sekarang, lebih tinggi keberangkalian untuk anda menangguhkannya lagi.
Jangan Fikir Setahun Itu Lama
Ramai yang sering ‘mengitar semula’ azam mereka kerana tidak sedar yang waktu semakin berlalu hingga akhirnya, penghujung tahun sudah tiba.
Penting untuk anda sedar yang waktu berlalu pantas dan tempoh setahun boleh berlalu tanpa kita sedari.
Jika anda fikir yang tempoh setahun itu adalah lama, lebih kerap anda menangguhkan kerja-kerja untuk mencapai matlamat anda.
Ingat, masa itu tidak boleh diganti. Amatlah rugi jika kita membiarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkannya.
Bak kata pepatah Arab, “Masa itu ibarat pedang. Jika anda tidak memotongnya, ia akan memotong anda”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Penyakit show off” demikian tulis seorang pengguna Twitter juga memuat naik tweet Hafiz Hamidun berkata penyakit suka menunjuk-nunjuk semakin membarah dalam masyarakat kita.
Malah, Pinot (@_miyaarsad) juga menyertakan beberapa gambar yang dipernah dimuat naik oleh Hafiz bersama dengan ‘harta kemewahan’.
Tweet Pinot yang dimuat naik sejak jam 5.31 petang Rabu telah dikicau 11,155 kali dan disukai 4,593 pengguna laman berkenaan yang juga memberikan pelbagai reaksi terhadap tweet tersebut.
Tidak kurang juga, ada yang mengecam Pinot kerana menimbulkan fitnah dan memalukan dirinya sendiri.
“Maaf cik atau puan, fikir dulu sebelum tweet. Sekarang awak sendiri dah memalukan diri awak sendiri,” kata Dham (@nordhamira).
“Yang aku tak faham sekarang ni, individu yang post ini tak dengki pun. Hahaha! Dia just nak tunjuk balik ciri-ciri orang munafik ini apabila dia berkata dia berdusta. Hahaha! Rata-rata pekomen sekarang cakap individu ini hasad jeles apa semua. Hahaha! Meleis sangat,” kata Fxdz.lie (@jxmbonix).
Bagaimanapun, tampil seorang individu menjelaskan dua gambar yang dikongsikan Pinot itu merupakan gambar ELshape di Melaka, bukannya harta Hafiz seperti yang didakwa.
Sementara itu dalam tweet balas Hafiz berkata, “Alhamdulillah. Semoga hidup awak bahagia dan jiwa awak senang.
“Kalau posting itu buat awak puas hati, I hope you juga sedia tanggung benda fitnah yang orang mengata pasal saya. Assalamualaikum,” katanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.