Memakai jaket sentiasa membuatkan penampilan seseorang lelaki lebih macho dan up to date. Ia tak pernah lapuk malahan menambahkan lagi seri kepada mereka yang menggayakannya.
Namun, jaket kulit tidak mudah untuk dijaga kerana materialnya amat berbeza daripada pakaian lain.
Silap cara penjagaan boleh membuatkan jaket anda cepat lusuh dan hilang kualitinya.
MASKULIN sediakan tip asas cara penjagaan yang boleh anda buat untuk membasuh jaket kulit kesayangan anda. Orang kata, alah membeli menang memakai!
BACA: Pengumpul Koleksi Terhad Adidas Pasti Berebut Liam Gallagher X Adidas Padiham LG SPZL
Bahagian dalam jaket sukar dijaga apatah lagi apabila ianya berbau hapak kesan daripada berpeluh dan habuk. Basuh jaket anda secara teknik hand wash menggunakan air suam dan sedikit sabun pencuci jenis air. Rendam seketika dan gosok secara lembut. Jangan rendam terlalu lama dan sidai di ruang terbuka yang mempunyai aliran angin. Jangan jemur di luar terik matahari kerana ianya akan mengecutkan jaket kulit.
Masukkan sabun pencuci air ke dalam air dingin. Guna jaring kain jika ada ataupun terbalikkan bahagian dalam jaket ke luar dan zipkannya. Guna jenis cucian paling perlahan dan keringkan jacket secara manual tanpa perlu memerahnya. Gantung jaket di bawah kipas dinding.
Jika bahagian luar kotor akibat tumpahan makanan atau minuman, segera bersihkannya menggunakan kain lembut dan usap dengan gerakan ke bawah. Jangan gosok secara kasar! Anda juga boleh gunakan minyak kelapa ataupun minyak zaitun bagi mengilatkan permukaan jaket kulit. Dapatkan produk penjagaan pakaian kulit di pasaran. Anda juga boleh menggunakan syampu bayi yang bebas daripada bahan kimia dan bersihkan dengan kain lembut. Pasti jaket anda berbau harum.
BACA: Ini Adalah 6 Tip Lelaki Kurang Kacak Untuk Tampil Lebih Bergaya & Stailo, Tak Pakai Banyak Duit!
Letakkan beberapa buku yang berat di atas jaket anda semalaman. Ini membantu mengurangkan kedutan. Pastikan anda sentiasa menggantungnya dan jangan lipat jaket kulit. Gunakan seterika di tahap suhu sederhana, Alaskan kain di atas jaket dan gosok secara perlahan pada satu arah.
Kalau jaket anda terkena air hujan, jangan terus masukkan dalam mesin basuh. Ini kerana suhu panas boleh merosakkan material asasnya. Cara yang paling mudah adalah gantungkan ia di tempat yang ada aliran angin atau banyak cahaya tetapi bukan cahaya matahari.