Kerohanian

Lelaki Solat Pakai Singlet Atau Tidak Berbaju, Apa HUKUMnya?

Share

Bolehkan lelaki solat dengan memakai ‘singlet’?

Setiap umat Islam sama ada lelaki atau perempuan wajib menjaga batasan aurat yang telah ditetapkan oleh syarak. Seperti mana yang kita semua sudah maklum, aurat perempuan meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, manakala aurat lelaki wajib ditutup di antara pusat dan lutut.

Disebabkan sedikit kelonggaran pada lelaki untuk menutup bahagian aurat mereka, ada yang menunaikan solat dengan memakai baju tanpa lengan atau tidak berbaju.

Foto: Best Life

Soalan ini telah mendapat perhatian Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan beliau menjelaskan bahawa solat dengan memakai singlet atau baju yang mendedahkan kedua-dua bahu, atau tidak berbaju hukumnya adalah makruh, namun sah solatnya.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).”

Imam Al-Tabari rahimahullah di dalam tafsirnya menyatakan bahawa perkataan خُذُوا زِينَة di dalam ayat bererti pakaian yang menutup aurat. Kami berdoa semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Wallahu a’lam.

Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi pencerahan buat kaum Adam semua ketika menunaikan solat nanti.

Artikel ini diambil dan diolah dari REMAJA.

Sumber: (1)

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Nana