Lelaki Sejati Bukan Hanya Pada Badan Yang Sado Semata-Mata

Share

RUTIN CALISTHENICS PERKASAKAN TUBUH” – LIFIQ

 

Jejaka masa kini dilihat sudah cukup arif dan mula sedar akan keperluan memiliki tubuh badan tegap. Bukan semata-mata untuk injeksi keyakinan tetapi kekal sihat dalam melakukan rutin harian. Buat jejaka seperti Lifiq, selain giat dalam aktiviti senaman di gim, dia sendiri cukup aktif melakukan rutin calisthenics, iaitu merupakan sesi senaman yang semakin mendapat perhatian anak-anak muda sepertinya.

Definisi lelaki maskulin “Seorang yang yakin dengan diri sendiri tanpa perlu bersikap bongkak atau menunjuk-nunjuk.(stay humble)” .

Mudah cemburu “Saya mula membina badan disebabkan rasa kagum dan cemburu dengan rakan sebaya yang mempunyai tubuh tegap. Lalu, saya mula mengikuti rakan lain dan mulai belajar cara-cara bersenam.

Dari awal, saya jenis yang suka bertanya jika ingin dapatkan apa-apa kepastian dalam rutin senaman. Rutin wajib yang saya lakukan setiap masa adalah push-up,pull-up,sit-up dan bicep burl. Selepas tu, selepas habis kerja saya akan melakukan rutin senaman calisthenics dengan grup BAR-Steel saya di Taman Bandar, Kuantan”.

BAR-Steel “Saya mula menyertai BAR-Steel pada awal 2013. Sebelum itu saya juga aktif dengan aktiviti Capoeira dengan Persatuan Capoeira Pahang dari tahun 2011. Group Bar-Steel dan Persatuan Capoeira Pahang boleh dikatakan satu kumpulan kerana di Pahang kami adalah satu-satunya team yang menggabungkan fleksibiliti dan kelincahan dari Seni Capoeira, kekuatan dan ketahanan daripada senaman calisthenics  menjadi satu ‘Hybrid Athelete’.”

Kebaikan calisthenics “Sejenis senaman yang merangkumi pelbagai pergerakan asas. Senaman ini biasanya dilakukan tanpa menggunakan beban atau peralatan. Ia bertujuan bagi meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti badan. Malah, senaman calisthenics merupakan pergerakan yang dilakukan secara lokomotor. Ia melibatkan pergerakan asas seperti melompat, membaling, melontar dan sebagainya.

Antara kebaikannya adalah pilihan rutin tepat bagi menurunkan berat badan di samping suntikan aktiviti Capoeira sebagai rutin kardio, kemudian membentuk semula otot-otot badan dengan membuat senaman calisthenics. Ia juga untuk mendapatkan kekuatan otot tangan, kondisi dan keseimbangan tubuh badan. Amat bersesuaian buat mereka yang kurus.”

Inspirasi “Inspirasi saya ialah Aziz Shaversian atau lebih dikenali sebagai Zyzz. Manakala idola saya ialah Marc Fitt dan Lazor Angelov”.

Sasaran 5 tahun “Selepas in,  saya akan lebih giat menyertai pertandingan fitness atau body building. Saya juga ingin menjadi model kecergasan dalam membantu dan memberikan nasihat terutama berkaitan dengan penjagaan tubuh badan”.

Bahagian tubuh perlu ditambah baik “Otot perut, bahu, belakang badan, dada. Malah saya idamkan untuk mendapatkan tubuh yang betul-betul tegap seperti Lazor Angelov”.

Nasihat “Jangan takut mencuba. Jangan takut bertanya kepada mereka yang berpengalaman dan paling penting adalah disiplin diri. Jangan malas.

Tubuh badan tegap lambang lelaki sejati? “ Saya setuju kerana memiliki tubuh yang tegap dan kuat menunjukkan secara fizikal anda merupakan seorang lelaki sejati. Namun, seorang lelaki sejati bukan hanya pada fizikal sahaja, ia juga merupakan seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga serta  menghormati orang-orang yang ada di dalam hidupnya”.

 

PROFIL

Nama penuh: Mohd Qushairi Afiq bin Sazeli

Nama komersial: Lifiq

Tarikh lahir: 24 Sept1990

Tempat lahir: Kuantan, Pahang.

Pencapaian:

Top 11 – Mr Ikip Badan Cantik Juara

Mr Oasis Gym Stylo 2014

 

Published by
Kim Rahim