Mahu Jadi Lelaki Segak, Anda Wajib Miliki 5 Jenis Kemeja Ini!

Share

Biasanya seorang lelaki seperti kurang peka dengan jenis pakaian yang sepatutnya mereka miliki & ada dalam simpanan.

Ia sebagai cara untuk makesure di setiap keadaan lelaki akan tampil bergaya serta selesa berada di khalayak ramai. Jadi Pastikan 5 jenis kemeja ini ada dalam wardrobe anda.

5 Jenis kemeja ini ada fungsinya yang tersendiri dan ia bukan sengaja direka untuk lelaki pakai sesuka hati. Setiap jenis kemeja ada tujuan pemakaian yang tersendiri.

Berikut, MASKULIN tampilkan 5 jenis kemeja yang lelaki patut beli & simpan dalam almari untuk kegunaan di masa hadapan.

BACA: Lelaki Kena Tahu 5 Trik Pakai Baju Kemeja Ini Kalau Nak Nampak Smart & Kemas!

1. Undershirt

Ramai tidak mengendahkan fungsi sebenar undershirt ini kerana ia dipakai di bahagian dalam dan sering dilupakan. T-shirt seperti ini berfungsi sebagai penapis bau badan kepada mereka yang mempunyai masalah bau badan. Selain itu, ia membantu mereka yang mempunyai masalah kuat berpeluh hingga terdapat kesan pada kemeja di bahagian luar.

2. T-shirt

Ini adalah pakaian yang selalu ada dalam simpanan seorang lelaki. Ia sesuai untuk digunakan di mana-mana sahaja. Masa yang sama ia didatangkan dengan pelbagai corak dan rekaan grafik yang memberi kelebihan kepada pemakainya. Ia sangat sesuai digayakan bersama seluar jeans dan seluar pendek khakis. Pemakaian ini sangat sesuai ketika menghadiri majlis casual atau tidak rasmi. Namun jangan pula anda pakai T-Shirt ketika menghadiri janji temu bersama tersayang, sangat tidak sesuai.

BACA: Bapa Stailo Tahu Macamana Nak Bergaya Di Samping Anak, Ini 6 Rahsia Mereka!

3. Kemeja Polo

Pemakaian polo shirt kebiasaanya dipakai untuk aktiviti-aktiviti riadah di luar dan ia boleh dimasukkan ke dalam seluar. Ia lebih menampakkan ciri-ciri versatility dan kekemasan. Datang dengan pelbagai warna, dan seperti biasa ukur saiz dan pilih warna yang bersesuaian dengan tubuh dan kulit anda.

4. Kemeja Henley

Rekaannya lebih kurang dengan kemeja polo, cuma ia memiliki lengan yang panjang dan mempunyai 3 butang. Ia kurang sesuai untuk dimasukkan ke dalam seluar dan lebih menarik jika dilepaskan. Mempunyai banyak pilihan termasuk dari segi warna dan fabrik, mengikut keselesaan dan keutamaan pemakai.

5. Kemeja berbutang penuh

Ini adalah kemeja wajib untuk seorang lelaki. Jika tidak memilikinya walau sehelai, ini ibarat anda memang langsung tidak mengambil tahu tentang tatacara pemakaian mengikut keadaan. Ia hadir dalam pelbagai rekaan sama ada corak berkotak, garisan panjang atau plain. Walaupun nampak ringkas tetapi ia masih lagi membuatkan pemakainya nampak elegan dan segak.

Published by
Team Maskulin