Menurut Kevin Zahri, berikut adalah antara tujuh sebab lelaki lebih mudah turun berat badan berbanding wanita.
1. Dia tidak ‘mengidam’ makanan manis.
Bagi kebanyakan wanita, mereka mengidamkan makanan seperti aiskrim dan coklat, tetapi kebanyakan lelaki mengidamkan jenis makanan seperti stik. Kajian dari Cornell University mendapati wanita kebanyakannya akan mencari makanan yang manis untuk mengurangkan tekanan manakala lelaki lebih cenderung untuk makan makanan seperti daging di masa-masa tertentu. Kenapa ini memberi kelebihan kepada lelaki? Ini kerana mereka makan makanan yang mengandungi protein, mengenyangkan, dan mengelakkan makan secara berlebihan jauh lebih baik dari kek coklat yang wanita sukakan.
Jika anda mengidamkan sesuatu pencuci mulut atau manisan juga, cuba gabungkan makanan berkhasiat seperti protein tinggi dengan chocolate chips ataupun kacang badam.
2. Dia tidak berasa stres dan marah apabila gagal menurunkan berat badan.
Jika anda seorang wanita, anda pasti akan tertekan dan memikirkan yang anda telah gagal. Kemudian anda mula mengurung diri di dalam rumah untuk mengasingkan diri dari orang lain. Dan bagaimana pula situasi lelaki yang menghadapi masalah yang sama? Dia mungkin masih boleh tersenyum sambil menikmati snek di depan televisyen. Kemudian, dia kembali meneruskan usahanya untuk mengurangkan berat badan tanpa rasa kecewa dan marah.
Untuk mengelakkan mentaliti sebegini terjadi, cuba laksanakan panduan 80% kaum lelaki. Kebanyakan lelaki akan mengelakkan apa jua perkara yang menghalang kesempurnaan, dan perkara yang sama dilaksanakan dalam diet mereka juga. Apabila wanita mula berdiet, mereka berusaha dari 0 ke 100, dan mereka menjadi ‘sempurna’ dalam masa semalaman, dan itulah sebenarnya ciri kegagalan. Itulah sebabnya panduan 80% ini diwujudkan iaitu cuba capai target penurunan berat badan sebanyak 80% setiap hari yang anda boleh.
Sehingga pada suatu hari, ia akan menjadi 120% kerana anda akan membiasakan diri anda. Untuk hari-hari tertentu seperti PMS anda mungkin akan mencapai 50% ataupun 20% daripada target. Tiada masalah asalkan purata pencapaian anda untuk hari itu mencapai 80%.
Ads
3. Dia membuat latihan angkat berat
Apabila kaum lelaki pergi ke gim, mereka selalunya akan memilih jenis latihan angkat berat yang membuat mereka berasa kagum jika melihat orang lain melakukan latihan angkat berat tersebut. Membina otot dalam masa yang singkat, menggunakan banyak otot dalam satu masa. Manakala bagi wanita, mereka akan memilih dumbell yang ringan dan membuat latihan yang sempurna tetapi dalam jumlah yang sedikit.
Jadi, ketepikan berat ‘Barbie’ itu. Jika anda melakukan dua set 12-15 pengulangan angkat berat, beban yang anda angkat mungkin terlalu ringan. Oleh itu, cuba pilih beban yang anda boleh angkat hanya dalam lingkungan 8 – 10 pengulangan. Apabila badan anda sudah terbiasa dengan 10 kali pengulangan, kemudian cuba tambah berat beban sehingga anda boleh membuat 3 kali pengulangan sahaja. Sekiranya anda mengamalkan latihan ini, anda akan dapat lihat otot di bahagian bawah lengan akan bertambah dan tisu-tisu lemak akan berkurangan.
4. Dia tidak menggunakan makanan sebagai terapi.
Wanita juga mengalami tekanan perasaan seperti lelaki. Mereka selalunya akan makan dengan banyak ketika tertekan. Kemudian, mereka berasa brsalah kerana makan bertalu banyak dan menjadi lebih tertekan sehingga mempengaruhi untuk makan dengan lebih banyak lagi. Tetapi lelaki tidak fikir yang makanan boleh meningkatkan kembali mood mereka. Anda juga harus lah begitu.
Ads
Tetapi lelaki tidak fikir yang makanan boleh meningkatkan kembali mood mereka. Anda juga harus lah begitu.
Hentikan tabiat sebegini dan cuba kenalpasti apakah keperluan di sebalik kehendak anda itu. Cuba letakkan keinginan untuk makan yang timbul itu dari 1 hingga skala 10. Jika skalanya adalah 8, cuba lihat apa yang menyebabkannya menjadi 8. Adakah anda kena marah dengan boss di pejabat? Atau anda dikejar anjing jiran?
Dengan menyesuaikan skala tersebut dengan tahap keinginan anda untuk makan dan tahap tekanan yang anda hadapi, lama-kelamaan anda akan belajar bagaimana untuk mengetahui bahawa anda sebenarnya lapar atau hanya untuk merawat perasaan anda yang ‘terluka’ itu. Dengan mengamalkan langkah sebegini, anda akan lebih bijak memilih apa yang anda ingin suapkan ke mulut anda.
5. Dia meluahkan rasa marahnya.
Orang lelaki kebanyakannya memilih untuk melakukan sesuatu aktiviti yang lebih ‘fizikal’ untuk melepaskan kemarahan mereka seperti berlari atau kickboxing. Manakala kebanyakan wanita cenderung untuk ‘menelan’ segala masalah yang mereka hadapi dengan pelbagai jenis makanan ! Oleh itu, jika anda berasa marah, cuba anda biasakan diri dengan melakukan sesuatu aktiviti yang boleh mengubati kemarahan anda selain MAKAN. Anda boleh berlari di tepi pantai atau mungkin berjalan-jalan di kawasan taman rekreasi berdekatan untuk menenangkan fikiran anda.
Ads
6. Dia meluangkan masa untuk dirinya sendiri
Bila orang lelaki ni marah-marah, dia tak terus pergi ke peti sejuk macam kebanyakan orang perempuan. Diorang tak cari coklat ke, aiskrim ke untuk sejukkan hati mereka. Tapi kalau wanita sedang marah, mereka sanggup ambil cuti kerja! Bagi kebanyakan wanita, satu-satunya sumber hadiah atau penawar kepada kemarahan mereka adalah makanan (BACA: selain shopping, of course!).
Oleh itu, apa kata bermula hari ini luangkan masa satu jam untuk diri anda sendiri. Berikan diri anda hadiah atau ubati kemarahan anda dengan perkara lain yang lebih berfaedah seperti meluangkan masa di kempleks membeli-belah untuk window shopping. Anda juga boleh mengajak rakan-rakan anda ke spa atau saloon bersama-sama sambil update gosip terbaru.
7. Dia tak pernah berpantang makanan!
Apabila wanita sedang berdiet, mereka berpantang makanan-makanan tertentu sehingga mereka tidak tahan untuk melanggar pantang yang mereka cipta sendiri. Kemudian, mereka akan makan macam tak ingat dunia ! Kajian mengenai perbezaan makanan dan diet pada lelaki dan wanita di Austria mendapati pendekatan kaum lelaki terhadap khasiat sesuatu makanan tidak rumit dan lebih selesa untuk diamalkan. Mereka masih lagi makan snek semasa menonton televisyen tetapi mereka akan makan dengan kuantiti 1/3 daripada kuantiti yang mereka biasanya ambil. Kajian di US pula mendapati secara purata, wanita yang sedang berdiet selalunya akan makan secara berlebihan selepas berdiet dengan beranggapan yang mereka akan meneruskan diet tersebut supaya kurang rasa bersalah terhadap diri sendiri.
Oleh itu, jangan ‘boikot’ makanan kegemaran anda, cuma anda perlu bijak mengawal kuantiti yang anda ambil.
Selain itu, jika anda berkeinginan untuk makan makanan yang manis, cuba lakukan sesuatu aktiviti yang boleh mengalihkan tumpuan daripada keinginan anda itu. Cari aktiviti yang benar-benar anda suka dan boleh menggembirakan hati dan minda anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bermula pada 11.11 (11 November 2017) sehingga 14.12 (14 Disember 2017) dengan menampilkan 60 juta produk dengan penjimatan sehingga 90 peratus.
Bertemakan “Shop the Universe”, Lazada Malaysia pada tahun 2017 telah memperkenalkan seksyen baharu di laman web Lazada bagi memberikan lebih banyak pilihan pada harga yang menarik kepada para pembeli di Malaysia.
“Online Revolution 2017”, acara membeli belah terbesar telah dilancarkan oleh Lazada Malaysia.
Antaranya:
Barangan Digital yang merangkumi e-baucar Lazada, Kad hadiah Petronas dan pakej pelancongan
Kedai Rasmi dengan lebih 1,000 jenama seperti Estee Lauder, Clarks, Senheng dan L’Oréal
Koleksi Taobao yang termasuk produk dan barangan istimewa daripada Penjual Taobao China yang teratas.
Selain itu, para pembeli juga boleh menikmati jualan kilat jenama yang menarik, barangan pada harga serendah RM1. Bahkan hadiah bernilai lebih RM 60 juta boleh dimenangi, termasuk pakej percutian Club Med, Go Pro, iPhone X, Perodua Bezza dan banyak lagi!
Ramai di antara kita akan mengalami masalah makanan tamat tempoh atau expired, lebih-lebih lagi golongan remaja yang masih bujang kan? Tahukah anda bahawa tidak semua makanan yang telah luput tarikh itu perlu dibuang dan tidak boleh dimakan.
Menurut pakar Paul VanLandingham dari Center for Food and Beverage Management of Johnson & Wales University kita masih boleh memakan sesuatu makanan yang sudah tamat tarikh luput, maka kita akan membuangnya.
1. Pasta Kering
Tahukah kamu pasta kering boleh disimpan satu hingga dua tahun daripada tarikh yang dicetak.
2. Bijirin
Apabila tidak dibuka, bijirin sarapan boleh disimpan selama enam hingga lapan bulan selepas tarikh tamat. Jika dibuka, bijirin akan kekal segar antara empat dan enam bulan.
3. Daging Mentah
Walaupun daging mentah dan ayam hanya akan disimpan selama beberapa hari dalam peti sejuk, tetapi barang-barang ini dapat disimpan melewati tarikh jualan mereka jika anda membekukan mereka. Daging akan bertahan tiga hingga empat bulan, sementara ayam atau ayam belanda boleh dibekukan selama setahun.
4. Ikan Mentah
Seperti daging mentah dan ayam, ikan mentah boleh bertahan lebih lama – antara enam dan sembilan bulan dari tarikh jika anda membekukannya.
5. Keju
Secara umumnya, keju selamat dimakan walaupun melebihi tarikh luputnya. Seperti banyak barangan makanan, rupa dan bau akan memberitahu anda lebih lanjut sama ada keju selamat untuk dimakan atau tidak.
6. Sayur Dan Buah Sejuk Beku
Eat By Date memberitahu bahawa sayur dan buah sejuk beku yang tidak dibuka boleh disimpan selama lapan hingga 10 bulan selepas tarikh luput.
7. Susu
Susu boleh bertahan lima hari atau lebih lewat dari tarikh luput. Berapa lama ia bergantung kepada kandungan lemaknya. Walaupun susu tanpa lemak boleh bertahan antara tujuh dan 10 hari, anda boleh menyimpan susu lima hingga tujuh dari tarih luput. Jika susu rosak, ia akan kelihatan berwarna dengan tekstur yang kental dan berbau masam.
8. Makanan Dalam Tin
Walaupun tidak semua makanan dalam tin boleh bertahan lama, tetapi kebanyakan masih boleh dimakan walaupun melepasi tarikh luput dan ianya telah terbukti oleh sains.
9. Roti
Sama seperti keju, roti juga boleh dimakan walaupun selepas tamat tarikh luput. Semuanya bergantung kepada rupa dan bau roti tersebut, jika sudah naik cendawan maka buang sahaja. Roti yang dibungkus boleh disimpan selama lima hingga tujuh hari pada suhu bilik jika disimpan dengan betul. Setelah didinginkan, ia akan mengekalkan kesegarannya selama tiga hingga empat hari sebelum menjadi basi. Jika anda ingin melanjutkan hayatnya, roti yang dibungkus akan tetap segar sekurang-kurangnya tiga bulan dalam peti sejuk.
Fakta: Semua produk makanan yang mempunyai tempoh luput kurang dua tahun kena diletakkan tarikh tamat tempoh pada bungkusannya. Tetapi apakah bezanya ‘baik sebelum’ dengan ‘gunakan sebelum’? Dan apa akan terjadi jika kamu termakan produk yang sudah terlepas tarikh luput? Boleh bawa mautkah? Okey, di sini ada panduan untuk kamu tahu sebelum masukkan kerepek berusia setahun yang kamu beli di kedai runcit itu ke dalam mulut!
Baik Sebelum vs Gunakan Sebelum
Rupa-rupanya ada perbezaan! Dalam ayat mudah, ‘baik sebelum’ ada kaitan dengan kualiti makanan, sementara ‘gunakan sebelum’ berkaitan dengan keselamatan produk. Makanan dalam tin, makanan beku dan coklat menggunakan ‘baik sebelum’ dan bukannya ‘guna sebelum’ – bermakna ia secara umumnya selamat dimakan selepas tarikh tertera – selagi ia tak berbau pelik atau nampak semacam (gunakan judgement sendiri juga ya). Ia mungkin tak lagi rasa enak, tapi kamu boleh buat keputusan untuk memakannya atau tidak. ‘Guna sebelum’ pula berkaitan dengan keselamatan makanan dan biasanya dilihat pada daging dan produk tenusu. Makanan sebegini memang perlu dibuang pada tarikh itu kerana ia berbahaya untuk dimakan.
Menjelang usia 30 tahun, ramai lelaki mungkin mula mempertimbangkan perubahan dalam gaya hidup dan diet mereka. Salah satu perubahan yang paling penting dan bermanfaat adalah meninggalkan tabiat pengambilan gula dari diet harian. Dalam artikel ini, Maskulin menyenaraikan mengapa penting bagi lelaki untuk melupakan gula sebelum mencapai usia 30 tahun.
Gula tambahan dalam diet boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Dengan melupakan gula dari diet sebelum usia 30, lelaki dapat mengurangkan risiko penyakit jantung yang serius pada masa hadapan. Ini adalah langkah proaktif untuk menjaga organ yang sangat penting dalam tubuh kita.
Lelaki mungkin menyedari bahawa penjagaan berat badan boleh menjadi lebih sulit di usia yang lebih matang. Meninggalkan gula membantu dalam mengawal berat badan secara lebih berkesan. Pengambilan gula berlebihan boleh menjadi punca utama berat badan berlebihan, dan dengan menghapuskannya dari diet, proses pengawalan berat badan akan menjadi lebih mudah.
Usia 30 tahun adalah masa yang kritikal untuk mengurangkan risiko diabetes. Gula berlebihan dalam diet berkait rapat dengan diabetes jenis 2. Dengan meninggalkan gula, lelaki boleh mengurangkan risiko penyakit ini yang boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka.
Kita semua ingin mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menghadapi cabaran hidup seharian. Gula dapat menyebabkan penurunan tahap tenaga selepas peningkatan singkat. Dengan melepaskan gula dari diet, lelaki dapat menikmati tenaga yang lebih stabil dan berterusan sepanjang hari.
Kulit yang sihat adalah aset berharga, terutama ketika penuaan mula menghampiri. Meninggalkan gula dapat membantu mengurangkan risiko masalah kulit seperti jerawat dan penuaan kulit yang cepat. Kulit yang lebih cantik dan berseri adalah salah satu faedah besar.
Meninggalkan tabiat gula sebelum mencapai usia 30 adalah langkah bijak bagi setiap lelaki. Ini adalah pelaburan dalam kesihatan jangka panjang dan kualiti hidup yang lebih baik. Jika anda belum memulakan perjalanan ini, tiada masalah, selagi anda memulakannya secepat yang anda mampu.
Perubahan ini akan memberi pulangan yang besar, memberi anda kekuatan dan kesihatan untuk menghadapi segala cabaran yang datang dalam tahun yang mendatang. Jadi, mulakan perubahan anda hari ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.