Lelaki berambut kerinting dikatakan sangat menyeronokkan, peramah dan mudah bergaul selain cekap dan kreatif dalam menyelesaikan tugasan harian.
Dalam masa sama, lelaki berambut kerinting juga rata-ratanya gemar melibatkan diri dalam aktiviti lasak dan ada kalanya dilabel sebagai “sexy looking guy” oleh para gadis.
Jadi kalau anda nak terus nampak kacak dan kekalkan keunikan rambut anda itu, apa kata buat 10 tip ini yang mungkin bermanfaat buat anda :
1. Mula dari bahagian hujung rambut
Mulakan sikat dari bahagian hujung rambut. Ianya untuk merapikan dan sekaligus mengelakkan hujung rambut tergulung dan kusut.
2. Guna sikat bergigi
Guna sikit jenis ‘bergigi’ berbanding jenis ‘berus’. Sikat jenis berus boleh mengakibatkan rambut keriting senang putus dan bertambah kusut. Pilih berus jenis bergigi untuk hasil keriting yang lama dan semulajadi.
3. Perlu lembut dan bouncy
Rambut keriting paling cantik bila ia dalam keadaan lembut dan bouncy. Jadi pastikan rambut anda tidak keriting dengan menyapu krim atau minyak rambut terutamanya di hujung.
4. Jangan pilih syampu sembarangan
Elakkan mengambil syampu rambut yang mengandungi bahan sodium lauryl sulfate, ia agak kasar untuk si rambut keriting dan menyebabkan rambut bertambah kering.
5. Guna perapi untuk rambut lembab
Selain menyapu krim atau minyak pada rambut, kegunaan perapi rambut juga amat penting untuk kesan lembab yang berpanjangan. Senang cerita rambut keriting senang kusut kalau kering!
6. Jangan gosok rambut terlalu kerap
Rambut keriting sangat sensitif (senang kusut). Elakkan menggosok rambut terlalu kerap dengan tuala dan pastikan hadkan penggunaan aksesori kepala seperti skaf, topi dan sebagainya.
7. Guna sarung bantal daripada fabrik sutera
Tukar sarung bantal anda kepada fabrik sutera. Kenapa? Sarung bantal dari jenis kapas menyebabkan rambut anda kusut kerana ia akan menarik rambut setiap kali anda bergerak. Berbanding dengan fabrik sutera yang lebih licin dan lembut.
8. Tak perlu syampu setiap hari
Tak perlu syampu setiap hari. Amalan tersebut beri kesan rambut anda lebih kering tapi anda boleh gunakan perapi setiap hari walaupun tanpa syampu!
9. Basuh rambut dengan air sejuk
Untuk rambut kekal lembap dengan cara semulajadi, basuh rambut anda dengan air sejuk. Ia dapat membuka kutikel rambut untuk mengeluarkan minyak semulajadi dan memastikan rambut anda bersinar dan tidak kusut.
10. Sediakan jadual untuk trim
Sediakan jadual trim setiap enam hingga kelapan minggu untuk mengelakkan rambut anda bertukar kepada rambut kembang kak limah!