Senyum itu sedekah.

Dan senyum itu merupakan pengenalan pertama eseorang yang jika berkenan di mata boleh turun ke hati!

Perbuatan senyum ini selalu sahaja dikaitkan dengan golongan lelaki. Senyuman ni boleh jadi senjata. Kadangkala dengan senyum saja dah boleh buat hati seorang wanita huru-hara macam orang berebut nak beli tiket bola.

Tapi orang lelaki juga kena akui, senyuman wanita juga dia punya bisa boleh tahan juga. Cuma kali ini MASKULIN nak kupas sedikit tentang beberapa jenis senyum yang ada pada orang lelaki.

Ads

SENYUM LEBAR NAMPAK BARISAN GIGI

Lelaki & Rahsia Di Sebalik Senyuman Mereka

Ini senyuman seorang lelaki yang mempunyai keyakinan sangat tinggi. Bukan itu sahaja dia juga seorang yang sangat realistik dalam hidup. Namun kelemahannya, mudah berasa selesa bila sudah senang. Geng-geng yang senyum lebar sampai nampak gigi ini juga sentiasa menerima apa sahaja seadanya dan setiasa bersyukur.

SENYUM BIBIR TERKATUP RAPAT

Kalau dari segi tak elok mungkin orang yang senyum terkatup bak mulut kena kunci dengan mangga solex begini ada masalah mulut berbau atau gigi rongak. Kalau dari segi karakter lelaki yang senyum seperti ini sangat licik dan kadangkala memiliki sifat misteri. Dan mereka ini juga sebenarnya sukar untuk didekati apatah lagi orang wanita.

Ads

BACA: Ini Alasan Mengapa Bro Kena Pakai Jam Tangan 

SENYUM SEKILAS

Lelaki & Rahsia Di Sebalik Senyuman Mereka

Ads

Pernah tengok orang yang malu-malu kucing senyum? Rasa nak sekeh kepala dia pun ada, bukan? Tapi hakikatnya tuan punya badan orang yang senyum begini adalah seorang yang introvert dan sukar menyesuaikan diri bila berada di tempat atau bergaul dalam environment baru. Tapi jika sudah kenal lama mereka akan jadi orang paling baik dengan kita.

SENYUM PALSU

Lelaki & Rahsia Di Sebalik Senyuman Mereka

Biasanya senyuman bagi seseorang yang karakternya digelar sebagai ‘fake‘. Jangan terpedaya dengan senyuman lebar yang diikuti dengan ketawa. Bila ketawa matanya tidak tertutup seiring dengan senyuman. Seolah-olah ada perkara yang ingin disembunyikan atau dirahsiakan. Orang yang melontarkan senyuman palsu juga sering nampak gubra dan tidak tentu arah bola kita lihat terus ke mata. Orang seperti ini memang susah nak setia pada yang satu.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI