Selain perempuan, skrub muka juga penting untuk lelaki dapatkan kulit bersih dan sihat. Namun tak ramai lelaki yang mengamalkan skrub muka dan menitikberatkan penampilan wajah.
Memandangkan kulit wajah sering terdedah dengan sinaran ultra ungu, habuk dan kekotoran, skrub muka boleh membantu menambahkan dan membuatkan wajah nampak muda dari usia.
Agar lelaki boleh tampil menawan dengan kulit wajah yang bersih, cerah dan bebas cela, jerawat serta masalah kulit yang lain, ini 5 sebab kenapa lelaki juga perlu mengamalkan skrub muka.
Golongan lelaki yang aktif dalam aktiviti luar harus menggunakan skrub muka kerana pencuci biasa atau makeup remover tidak mampu menanggalkan kekotoran yang melekat pada kulit. Peninggalan kekotoran degil inilah yang bakal mengundang pelbagai masalah kulit. Dengan melakukan skrub muka, wakah anda lebih bersih dan mampu membersihkan wajah secara menyeluruh hingga ke liang pori.
Sel-sel mati akan membuat kulit anda nampak kusam dan kurang bermaya. Kesannya membuatkan wajah anda nampak lebih tua dari usia. Regenerasi sel kulit mati yang dibuat secara teratur amat penting dalam regim penjagaan kulit wajah agar ia kekal awet muda. Oleh itu, proses eksfoliasi secara rutin sememangnya diperlukan. Dengan rutin melakukan skrub muka ini ia akan mengangkat sel kulit mati dan menjadikan kulit muda dan sihat.
Setiap hari kulit wajah akan menghasilkan sel kulit mati. Jika ia dibiarkan akan menyebabkan pori-pori wajah anda tersumbat yang akhirnya menimbulkan masalah kulit lain seperti jerawat dan sebagainya. Produk skrub muka yang dihasilkan mampu menanggalkan sel-sel kulit mati. Penggunaannya secara teratur dipercayai mampu menjadikan sel kulit wajah kelihatan lebih berseri, halus dan licin.
Melakukan skrub wajah dengan rutin juga dapat menjadikan wajah anda lebih cerah, malah membantu memudarkan noda bekas jerawat.
Jika anda memiliki kulit yang warnanya tidak sekata atau flek hitam yang disebabkan oleh luka jerawat atau pengaruh sinar ultra violet, anda juga boleh menyamarkannya dengan skrub muka. Dengan eksfoliasi, lapisan kulit yang bernoda tadi akan terangkat sedikit demi sedikit. Jika ia dilakukan secara rutin, tidak mustahil kulit wajah anda akan bebas noda.
Pastikan anda mengamalkan 4 rutin penjagaan wajah ini untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersih.
Sama ada lelaki atau perempuan, kita pasti tahu mencuci muka adalah rutin yang perlu dilakukan untuk membuang kotoran di kulit wajah. Pertama sekali bagi si gadis pastikan anda mencuci wajah menggunakan pencuci sesuai dengan kulit sebelum memulakan solekan. Begitu juga bagi lelaki, cuci muka terlebih dulu sebelum meletakkan sebarang krim atau bedak asas pilihan anda.
Menggunakan skrub secara berkala adalah perlu untuk proses pengelupasan kulit. Ini kerana ia akan membuang sel kulit mati sepenuhnya sebelum memulakan solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada wajah dan leher. Mahukan hasil terbaik? Bilas dengan air suam.
Mencuci akan menghilangkan minyak dan menjadikan wajah kering. Untuk seimbangkan kembali, sapukan serum wajah terlebih dulu sebelum menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapan. Pelembap kulit boleh membuatkan lapisan muka lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF iaitu mampu menghalang sinaran cahaya matahari. Impak menggunakan pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dengan membuat kaedah urutan. Ini kerana serapan pelembap lebih cepat dan pantas berbanding sapuan biasa.