Apabila menyebut mengenai mangsa seksual, pasti perkara pertama yang ramai orang fikirkan ialah golongan wanita.
Bagaimanapun, golongan lelaki juga tidak terkecuali dalam menjadi mangsa jenayah seksual.
Tahukah anda yang gangguan atau serangan seksual yang dilakukan oleh wanita terhadap lelaki juga adalah suatu jenayah?
Menurut seorang peguam Gandhi Palanisamy, atau lebih dikenali sebagai Lawyer Gandhi di laman Tiktok, semua orang boleh menjadi mangsa jenayah seksual tanpa mengira jantina.
“Sudah pasti kalau kita lihat (perbandingan) dari perempuan ke lelaki, memang mangsa lelaki kuranglah,” kata Gandhi kepada Maskulin.
“Tapi saya rasa sebab kebanyakan mereka tak tahu yang serangan seksual sebegini, walaupun dari perempuan ke lelaki pun suatu kesalahan,” tambahnya.
3 Langkah Yang Perlu Diambil
Oleh itu, Gandhi menegaskan betapa pentingnya untuk membuat laporan polis secepat mungkin bagi lelaki yang menjadi mangsa seksual.
“Langkah pertama, buat laporan polis. Selepas buat laporan polis, kedua dapatkan pemeriksaan dari doktor. Sebab itu sangat penting, kena ada bukti yang serangan telah berlaku. Ketiga, polis akan ambil tindakan,”
“Apa yang kadangkala berlaku ialah mangsa seksual takut dan mereka menunggu untuk waktu yang lama. Kemudian apabila mereka membuat laporan, tak cukup bukti,” tegasnya.
Tambahnya, golongan lelaki juga tidak perlu risau kerana anda juga turut dilindungi dengan undang-undang jenayah seskual.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Petua-Petua Makan Durian Yang Mungkin Anda Tak Tahu, Berkesan Atau Sebaliknya?
Isi Kandungan
ToggleDurian, raja buah yang terkenal di Malaysia, bukan sahaja dinikmati kerana rasa dan aromanya yang unik, tetapi juga sering dimakan mengikut petua dan amalan tradisional.
Petua-petua ini bukan sahaja menambah pengalaman menikmati durian, tetapi juga dipercayai dapat mengurangkan kesan sampingan makan durian yang berlebihan. Berikut adalah beberapa petua popular yang sering diamalkan oleh rakyat Malaysia ketika menikmati durian.
Minum Air dari Kulit Durian
- Kaedah: Selepas makan durian, tuangkan air kosong ke dalam salah satu ruang kulit durian dan minum air tersebut.
- Manfaat: Petua ini dipercayai dapat mengurangkan kepanasan dalam badan yang disebabkan oleh makan durian. Kulit durian dianggap dapat menyerap sebahagian daripada ‘panas’ durian tersebut.
Makan Buah Manggis:
- Kaedah: Selepas makan durian, makan beberapa biji buah manggis.
- Manfaat: Manggis dikenali sebagai buah yang ‘sejuk’ dan dipercayai dapat mengimbangi ‘kepanasan’ durian. Gabungan ini sering diamalkan untuk mencegah rasa panas dalam badan.
Minum Air Garam:
- Kaedah: Larutkan sedikit garam dalam segelas air suam dan minum selepas makan durian.
- Manfaat: Air garam membantu dalam proses penghadaman dan dipercayai dapat mengurangkan rasa ‘muak’ selepas makan durian yang berlebihan.
Elakkan Minuman Berkafein dan Alkohol:
- Kaedah: Hindari minum kopi, teh, atau minuman beralkohol selepas makan durian.
- Manfaat: Kombinasi durian dengan minuman berkafein atau beralkohol boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan meningkatkan risiko kesihatan seperti peningkatan tekanan darah.
Makan Durian Bersama Pulut:
- Kaedah: Durian sering dimakan bersama pulut (beras pulut yang dimasak).
- Manfaat: Pulut yang bersifat lebih neutral dapat mengurangkan rasa ‘berat’ dan manis durian, menjadikannya lebih mudah dihadam.
Elakkan Makan Durian Sebelum Tidur
- Kaedah: Jangan makan durian terlalu dekat dengan waktu tidur.
- Manfaat: Durian yang kaya dengan karbohidrat dan gula dapat memberikan tenaga tambahan yang mungkin mengganggu tidur. Selain itu, durian juga boleh menyebabkan rasa panas dalam badan yang tidak selesa untuk tidur.
Makan Durian dengan Sedikit Air Batu:
- Kaedah: Makan durian bersama dengan sedikit air batu atau ais krim.
- Manfaat: Air batu dipercayai dapat mengurangkan rasa panas dalam badan dan memberikan kesan penyejukan selepas menikmati durian.
Durian adalah buah yang dinikmati oleh ramai orang, tetapi kepanasannya sering menjadi isu.
Petua-petua tradisional yang diamalkan oleh rakyat Malaysia bukan sahaja menambah kepada pengalaman makan durian, tetapi juga membantu mengurangkan kesan sampingan makan durian yang berlebihan.
Walaupun adakalanya sesetengah petua ini mungkin tiada penjelasan saintifik untuk membuktikan keberkesanannya, namun tidak menjadi kesalahan untuk mencubanya. Selamat menikmati durian dengan cara yang betul dan bijak.
BACA: Bila Doktor Tanya “Sudah Makan?”, Bagaimana Nak Jawab?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Makan Ikut Nafsu, Nanti Badan Tak Menampung
MAKANAN SEIMBANG ADALAH MAKANAN YANG MEMBEKALKAN CUKUP ZAT UNTUK KEPERLUAN BADAN SETIAP HARI. ANTARA KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG:
PEMBESARAN FIZIKAL LEBIH SEMPURNA
Tubuh perlu menerima semua zat yang diperlukan untuk membina badan yang kuat dan sihat. Keupayaan fizikal ini membolehkan kita menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Pemakanan seimbang menjadikan fizikal seseorang itu lebih baik dan sihat berbanding individu yang kurang menjaga aspek pemakanan.
MENYEDIAKAN VITAMIN MENCUKUPI KEPADA BADAN
Keperluan vitamin mencukupi ini menjadikan tubuh manusia lebih berdaya tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau dengan kata lain, tidak mudah jatuh sakit.
MAMPU MENGAWAL OBESITI
Salah satu aspek utama pemakanan seimbang adalah keperluan mengambil makanan berkhasiat secukupnya, mengikut keperluan badan dan bukannya berlebihan.
Kawalan pemakanan menjadikan tubuh seseorang itu ideal dan mudah menjalankan pelbagai aktiviti cergas yang mampu menyihatkan badan, sekali gus menghindarkan obesiti.
PERKEMBANGAN MENTAL TIDAK TERGANGGU
Kekurangan zat makanan tertentu boleh membuatkan seseorang cepat letih fizikal dan mental. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih berkesan.
Selain empat manfaat di atas, amalan pemakanan seimbang dan sihat juga memberi kesan kepada berat badan ideal yang menjadi dambaan setiap orang. Boleh dikatakan mendapatkan berat badan ideal menjadi cabaran besar kepada hampir semua orang khususnya selepas usia menjangkau angka 40.
7 LANGKAH BERAT BADAN IDEAL!
MULAKAN SEKARANG
Menurunkan berat badan tidak cukup dengan bermodalkan niat. Anda perlu tekad melakukannya selain memastikan diri mengikut segala perancangan terutama dari segi pemakanan harian anda dan senaman.
LETAKKAN SASARAN YANG MUNASABAH
Tetapkan sasaran yang mampu dicapai dan bukannya di luar kemampuan diri. Penurunan berat badan sebanyak setengah kilogram setiap minggu dianggap jumlah yang ideal dan tidak keterlaluan. Malah, anda juga tidak berasa tertekan untuk mencapai sasaran.
Keupayaan seseorang individu berbeza antara satu sama lain. Sesetengah orang yang mempunyai perancangan teratur dan tekad yang tinggi mungkin boleh mencapai penurunan yang lebih banyak berbanding setengah kilogram dalam tempoh seminggu. Jangan paksa diri sehingga melebihi kemampuan.
TIDAK PERLU TERLALU MEMAKSA
Jangan memaksa diri dengan langsung tidak mengambil makanan wajib seharian. Ramai yang mungkin menyarankan supaya anda mengehadkan itu dan ini, tetapi sebaiknya dapatkan ilmu mengenai pemakanan.
JUMLAH KALORI
Ketahui jumlah kalori yang perlu diambil setiap hari, begitu juga jumlah kalori yang perlu anda bakar supaya ia memudahkan lagi proses penurunan berat badan.
Sekiranya anda langsung tidak mengambil makanan penting, ia bukanlah dapat membantu anda menurunkan berat badan. Hakikatnya ia lebih membuatkan anda berasa terlalu lapar yang secara tidak langsung akan mendorong anda makan dengan lebih banyak. Apabila mengambil makanan lebih daripada had sewajarnya, tentu sekali kalori juga bertambah.
Percepatkan sarapan jangan meninggalkan pengambilan sarapan kerana ia ternyata dapat membantu anda menurunkan kalori dengan lebih cepat. Sekiranya anda meninggalkan sarapan, bimbang anda akan terlebih makan menjelang tengah hari kerana terlalu lapar.
BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Kurang minum menyebabkan berlakunya banyak masalah kesihatan lain dan mengganggu proses penurunan berat badan. Kita disarankan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Pada masa sama, kurangkan pengambilan minuman dan makanan manis.
BERSENAM WALAUPUN GERAKAN RINGKAS
Senaman memainkan peranan penting dalam proses menurunkan berat badan. Senaman yang dilakukan secara sistematik menyebabkan proses mengeluarkan peluh dan pembakaran kalori berjalan dengan cepat, sekali gus membantu mendapatkan berat badan ideal.
Amalkan senaman tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 45 minit sehari. Bagi yang tidak biasa, ia mungkin kelihatan membebankan tetapi percayalah pasti ada hikmah di sebaliknya. Untuk mendapat kesan yang lebih baik, lakukan senaman setiap hari.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
“Merdeka Dijajah, Tapi Belum Merdeka Pada Sikap”, DBKL Kecewa Sikap Sesetengah Orang Awam Rosakkan Pokok Lanskap
Tidak dinafikan sambutan perarakan Hari Kebangsaan yang berlangsung pada tahun ini memang cukup luar biasa. Orang ramai membanjiri lokasi perarakan di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya bagi meraikan hari penuh bermakna ini.
Ramai tidak menyangka puluhan ribu manusia membanjiri sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Malah dilaporkan ada yang sudah berada di lokasi seawal jam 5 pagi. Keterujaan ini mungkin disebabkan negara kita sudah dua tahun tidak meraikannya akibat pandemik COVID-19.
Kemeriahan sambutan yang berlangsungh semalam turut dikongsi orang ramai menerusi laman media sosial. Pelbagai karenah dan telatah mencuit hati serta menusuk kalbu dapat kita saksikan. Kemunculan pasukan penyelamat dan juga pasukan Unit Anjing Pengesan PDRM (K9) di antara yang paling mendapat sambutan.
Namun dalam keghairahan sambutan itu berlaku pula kejadian yang kurang enak dan tidak diingini. Selain masalah sampah yang dibuang merata-rata, kejadian pokok lanskap yang habis musnah dipijak turut berlaku.
Dwan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan kekecewaan mereka menerusi satu hantaran di Facebook tentang perkara tersebut.
“Korang dah kenapa?”
“Seronok Min tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.
“Tapi dalam pada itu, ada pula sesetengah di kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan.. langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik semangat tu dah bagus.. tapi caranya tak betul”.
KESEDARAN & TANGGUNGJAWAB
Bukan sahaja keindahan pokok-pokok lanskap itu musnah namun kerugian yang dialami juga dijangka cukup besar. Namun apa paling penting sebenarnya ialah kesedaran dan tanggungjawab untuk ktia semua agar perkara ini tidak berulang di masa akan datang.
Rata-rata warganet juga melahirkan rasa kecewa dan marah dengan kejadian seperti ini.
Di antara komen menarik, “merdeka daripada dijajah negara asing tapi belum merdeka dari segi akal dan sikap”.
Menerusi hantaran dari DBKL, beberapa foto dan video menunjukkan pokok-pokok lanskap yang ditanam oleh pihak mereka habis lenyek dipijak pengunjung. Malah lebih teruk ia mungkin tidak dapat diselamatkan langsung.
Semoga perkara seperti ini dapat kita elakkan berlaku lagi di masa akan datang. Selain itu juga MASKULIN berpendapat Putrajaya mungkin lebih sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan seperti ini.
Selamat Hari Kebangsaan!
Kredit: DBKL
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI